08 Julai 2009

TERKINI :Tindakan Sultan Perak demi maruah negeri - Mahkamah

Setelah sebulan lebih dan hampir diadakan pembicaraan di Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak pada 9 dan 10 July ini barulah penghakiman bertulis dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Rayuan berkenaan hari ini.

Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali. Menurut laporan tersebut.

Hakim Zainun berkata dalam laporan itu, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.

“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan dalam bacaannya sekitar 4 minit memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei sebelum itu.

Sumber Bernama dengan edit.

18 ulasan:

sman berkata...

Saya sangka segala hukuman dibuat berasaskan fakta dan peristiwa sebenar, bukan tanggapan oleh hakim. Ternyata sangkaan saya melesat. Bunyinya macam seorang profesor sejarah memberi kuliah pulak.

Tanpa Nama berkata...

115 muka surat? Semasa dalam mahkamah hanya 4 minit! Ada ke dalam laporan penghakiman bertulis itu ada kisah Wan Empok dan Wan Malini turun dari bukit siguntang. Jika tidak manakan 4 minit boleh dihikayatkan menjadi 115 halaman. Berapa bulan tu nak tulis satu hikayat.

Syeikh YB berkata...

maksudnya begini :

bukan demi keadilan tapi demi maruah. bila berlaku adil maka kita dianggap bermaruah.begitulah sebaliknya.fikir2lah

zackeye berkata...

Keadaan normal tapi hakim tak normal.

Unknown berkata...

Alasan penghakiman ini mungkin disediakan oleh peguam Zamry kot? Ingat cerita corect... correct... corect...

Ruzzim berkata...

saya anak Perak berasa bertuah duduk di negeri naungan Tuanku.Tahniah kerana memakmurkan negeri dan melaksanakan proses demokrasi di negeri Perak

Ruzzim berkata...

saya anak Perak berasa bertuah bernaung di negri Tuanku.Tuanku bijak mengatur langkah membuat keputusan dan menggekalkan proses demokrasi di negeri Perak tang bertuah.Sudah mmg takdir dari Allah,BN saja yang layak memerintah negeri ini.DAULAT TUANKU....

Tanpa Nama berkata...

seluruh rakyat perak yakin takdir akan berubah nanti. tunggulah masanya. DAULAT TUANKU!!!!
kalau takdir menentukan perubahan nanti,perlembagaan negeri menentukan pilihan rakyat adalah mutlak.Seluruh sistem akan menerima pilihan rakyat.melainkan dipinda perlembagaan negeri dengan memasukkan klausa "HANYA BN SAHAJA AKAN MEMERINTAH PERAK SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI".Tunggulah saat dan ketika itu! DAULAT TUANKU!!!AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN. SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN!!!!

ubatkuat berkata...

kita tunggu je pru 13,,kalau perak jatuh ke tangan PR itu kehendak rakyat,,tapi kalau tewas BN apa pulak hukumnya..rakyat jelata derhaka jugak kah ??

Briged Akhdor LR2 berkata...

BN yg nampak takder maruah ..punca terjadi nya krisis perak perlu direnungkan ...pakatan rakyat mempertahankan hak rakyat..kalo dinilai secara rasional aper yg BN lakukan di perak amat memalukan ..kita saksikan aper yg berlaku selepas ini..yg terjadi skg kerajaan perak yg ada kini amat goyah...org BN TOK SAH LER MENDABIK DADA ..BUATNYA katak2 di perak melompat lg ..naye kome..aku sbagai rakyat perak terasa amat kerugian ats kudeta ini... biarpun hanya 11 bulan pakatan rakyat memrintah dgn baik berbanding BN YG setengah abad memerintah tp pakatan rakyat telah menunjukkan hasil kerja yg konsisten dan byk mmbuat perubahan ..bn tau rasuah rasuah rasuah ..saper blh nafikan silakan tp bukti byk dah diketahui.. bubar bubar bubar DUN kembalikan hak rakyat... pilihanraya jalan terbaik ..

Tanpa Nama berkata...

ruzzim dah kena selesema khxxxxr dah kot.. tak pun kena diabetes. kurangkan gula dalam pengamatan politik anda..

~PakKaramu~ berkata...

sALAM

eLOKLAH SEMUA adun pERAK DAN RAKYATNYA LETAK KESELAMATAN KAT SULTAN

Tanpa Nama berkata...

Macama ni baik kia dengar komen budak darjah 6 yang nak ambik UPSR jer,
memang puas hati jawapan mereka.
Baik mengaji di Idrisiah tepi Bukit Chandan jer.
Tidak pun mengaji kat Gunung Semanggol jer...
Hai.. apa nak jadi dgn Hakim macam ni???
Nak harap team bola dgn Takraw pun dah hancus....
Lingkup lah negara ni kalau macam ni gaye nya...

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia utk kekenyangan tembolok kroni dan juak2 paling setia dgn aku je maksudnya 1 malaysia ni,,

Baba siam berkata...

Di Perak masa kini lebihnya org tak normal dari yg normal,oleh tu yg normal tu dianggap tak normal lah....

umialia berkata...

PRU13 ketentuannya dengan perkenan ALLAH bukan T...ku

Tanpa Nama berkata...

rakyat yang memilih kerajaan sultan pilih pemimpin
yang disukai rakyat

Tanpa Nama berkata...

umialia ulasan awak tepat sekali... sabar dan redha dengan ujian ini pasti pru13 dikembalikan kepada rakyat untuk rakyat