08 Julai 2009

Khir perlu jawab!

Oleh : anuar mohd nor


Rumah Khir Toyo didedahkan oleh http://www.malaysiakini.com/ com dengan nilai lebih dari 20 juta. Dalam artikel mereka 'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi (klik untuk membaca) persoalan utama yang di kemukakan adalah duit untuk membiayai projek tersebut. Rumah tersebut terletak di lokasi Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Apa yang perlu kita dalam UMNO tegaskan adalah – persoalan sama, adakah unsur-unsur rasuah terbit dalam pembiayaan rumah sebanyak 20 juta tersebut. UMNO perlu konsisten dan tidak bertindak membela kerana tindakan membela tanpa justifikasi benar akan hanya merosakkan lagi kedudukan UMNO di Selangor.

Benarkah ada unsur songsang dalam pembiayaan rumah Khir? Sekiranya benar UMNO sendiri patut berdiri menolak sebarang budaya yang berbau rasuah dan tidak bertindak membela isu tersebut. Untuk perubahan dalam UMNO, untuk menunjukkan UMNO itu bersih – UMNO sendiri kena berani untuk mempersoalkan kehadiran rumah itu dan persoalan bagaimana pembiayaan di buat. Khir perlu jawab dan semestinya SPRM perlu hadir untuk menyiasat secepat mungkin dan tidak hanya tertumpu pada kes-kes kecil yang tidak melibatkan VIP UMNO.
sila komen di www.umno-reform2. com

6 ulasan:

member pencen keramat berkata...

Kalau tak dapat duit raswah macam mana nak dapat duit buat rumah macam tu, orang UMNO aje yang tak tau berfiker atau pun malas berfiker kerana mereka sama aja.

Tanpa Nama berkata...

dia kata kos 3.5 juta.... kalau nak tipu org pun kena la logik sikit.. Ini lokasi seksyen 7 shah alam... Kalau Jalan Kebun ke..Bukit Rimau ke boleh la...goblok punya jawa...

Tanpa Nama berkata...

aku pon jawa jugak

Tanpa Nama berkata...

macam Jackson Mikaeel juge ye!!! hutang ye!! kalau mati berape harge kerande haa???

Baba siam berkata...

Ha!,Ha!Taniah kpd Selangor dpt satu lagi Muzium rasuah selepas "Istana Zakaria",sekarang pula "Istana Toyol Java"....

Tanpa Nama berkata...

itu la.....dah orang sewa banglo sebab rumah kena repair korang bising. sekarang sebab jadi menteri berapa hari dapat buat istana 20 juta sapa nak jawab. Orang yang bising tu selalunya, orang yang bersalah.