Polis telah menangkap lebih seratus orang yang terlibat dalam kejadian ini serta meningkatkan perlindungan terhadap jalan utama di bandar, stesen TV dan syarikat gas asli.
Bilangan kematian itu dianggap sebagai yang teramai sejak berdekad-dekad lalu di China.
Keganasan di bandar raya Urumqi itu berlaku pada Ahad lalu dengan melibatkan ribuan penduduk sehingga menyebabkan operasi memerangi perusuh dilakukan oleh pihak berkuasa di seluruh Xinjiang.
Sebelum ini ketegangan berlaku sejak sekian lama berhubung isu penindasan pemerintah China terhadap penduduk etnik Uighur yang beragama Islam.
"Penduduk berada di dalam rumah. Perkara terbaik yang perlu anda lakukan ialah kembali ke hotel. Itu akan menyebabkan anda berasa selamat," kata seorang ahli perniagaan.
Agensi berita Xinhua yang memetik beberapa pegawai kerajaan menyatakan ratusan orang ditangkap kerana terlibat dalam rusuhan itu.
Namun, kumpulan-kumpulan entik Uighur yang beroperasi di luar China mendakwa pasukan keselamatan negara tersebut sebagai punca rusuhan.
Menurut kumpulan itu, pasukan keselamatan China bertindak keterlaluan dan melepaskan tembakan ke aras penunjuk perasaan.
Jurucakap kerajaan China, Wu Nong berkata, sebanyak 140 orang terbunuh dan 828 lagi cedera dalam rusuhan itu.
Menurutnya, angka kematian dijangka meningkat.
"Keganasan serius dan insiden jenayah itu menyebabkan kecederaan dan kematian lebih 1,000 orang yang tidak bersalah," kata Pengerusi Wilayah Xinjiang, Nur Bekri.
"Ketika ini, situasi masih rumit," katanya.
Imej di stesen televisyen CCTV menunjukkan beberapa lelaki menterbalikkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkapnya.
Terdapat imej yang menunjukkan seorang wanita ditendang ketika dia baring di tanah manakala beberapa buah bas dan kenderaan lain terbakar.
Menurut beberapa ahli perniagaan China berketurunan Han, terdapat 3,000 penunjuk perasaan etnik Uighur yang melakukan protes.
Kebanyakan penduduk di Uighur menyatakan mereka mengalami penindasan politik, kebudayaan dan agama.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Uighur Amerika Syarikat (AS), Alim Seytoff memberitahu di Washington bahawa penduduk melakukan protes selepas dua etnik Uighur meninggal dunia di sebuah kilang di selatan China.
Insiden itu mencetuskan kebimbangan di luar negara apabila Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon meminta semua kerajaan menghormati kebebasan bersuara. - AFP
08 Julai 2009
Rusuhan di Xinjiang Meragut 140 Nyawa dan 828 Orang Cedera
Seramai 140 orang maut dalam rusuhan yang berlaku di bandar Urumqi, Wilayah Autonomi Xinjiang dan sekurang-kurangnya 828 orang lagi cedera.
Siasatan awal mendapati, rusuhan tersebut menyebabkan lebih 260 buah kereta musnah dibakar di samping 203 buah kedai dan 14 rumah penduduk awam dirosakkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Mana keadilan untuk Muslim di China?
tanpa nama di atas, Dari seratus lebih orang yang mati pada 5 Jun, sekitar 80% adalah terdiri daripada mangsa Cina berbangsa Han yang bukan Islam. Jadi, sungguhpun kita mahukan keadilan untuk Muslim di China, umat Islam juga diharap janganlah memudaratkan nyawa orang lain.
bagi ana perkara ni perlu diteliti oleh semua pihak termasuk negara Malaysia yang mempunyai usaha sama besar dengan China...
langkah2 untuk meleraikan rusuhan ini mesti disegerakan...
ana sebagai saudara semuslim hanya dapat berdoa semoa muslim2 disana selamat n dirahmati Allah..
Ana harap Menteri Luar Negara tangkas bertindak untuk menyelesaikan konflik ini..kerana Yg. Berhormat mempunyai kuasa dan gunalah kuasa tersebut untuk melindungi mereka...
Catat Ulasan