13 April 2012

Joy jadi lelaki

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOY berwajah perempuan (kiri) dan lelaki (kanan).
JAKARTA: Muhammad Prawirodijoyo, yang selama 19 tahun dianggap wanita kerana keabnormalan kongenital atau kemaluannya, akhirnya sah menjadi lelaki selepas menjalani pembedahan penyesuaian kelamin, semalam.

Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang.

Jurucakap hospital, Darwito, berkata Muhammad yang selama ini dikenali sebagai Siti Maimunah dan juga Joy, menghadapi masalah keabnormalan kongenital iaitu lubang kencing berada jauh di belakang.

“Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil,” kata Darwito.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pakar perubatan itu mendapati Joy mempunyai zakar.


“Pemeriksaan ultrasound juga menunjukkan dia mempunyai testikel tetapi tidak normal,” katanya.

Pembedahan itu dijalankan dalam dua peringkat.
Semalam, pakar bedah melakukan uretroplasti untuk membuat saluran kencing baru di bahagian bawah zakarnya.

Pembedahan kedua akan dilakukan enam bulan selepas pembedahan pertama dengan pakar bedah berharap dapat mencantumkan saluran kencing baru pada hujung zakar Joy.

Dia menjadi tajuk akhbar apabila mengemukakan petisyen untuk menukar jantinanya dari wanita kepada lelaki tahun lalu.

Mahkamah Semarang meluluskan permohonannya 27 Disember lalu, apabila usianya genap 19 tahun. - JP

Umno = United Myanmar Nepal Organisation

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 13 April: Umno sudah jadi 'United Myanmar Nepal Organisation' bukan lagi 'United Malays National Organisation' sepertimana yang menjadi kebanggaan orang Melayu suatu hari dulu, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu (gambar).

Ketika berucap di program minum petang anjuran PAS Tasek Gelugor di Taman Sepadu, Tasek Gelugor semalam, beliau menempelak kepimpinan parti perkauman itu kerana sanggup menjual negara semata-mata untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

"Umno dan jadi parti serabut iaitu United Myanmar Nepal Organisation bukan lagi Umno seperti dulu yang bekerja kuat untuk rakyat walaupun ada kalangan mereka mengamalkan dasar penyelewengan, rasuah dan penipu," jelasnya.

Bagi beliau, Umno sudah tersasar jauh daripada landasan mereka untuk memastikan Melayu terpelihara dengan aman, harmoni di tanah air sendiri.

Sekarang ini Umno tidak boleh di terima ramai sebagai sebuah parti yang mahu membantu anak Melayu sebaliknya menjadi sebuah 'parti penekan' untuk anak bangsa maju di bidang tertentu.

Tambahan lagi kepimpinan mereka tiada lagi rasa tanggungjawab membela kalangan Melayu yang ketinggalan, dakwanya.

Bagi mereka jika ada peluang ambil dulu, manakala yang tinggal serpihan barulah diberikan kepada rakyat jelata khususnya orang Melayu.

Sehubungan itu, Umno jelas Haji Mohamad Sabu, tidak releven lagi untuk diperjuangkan oleh orang Melayu khasnya kerana memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan (JPN) dan penglibatan Pegawai Khas Perdana Menteri bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai negara.

Ujarnya, mereka sanggup jadi pengkhianat untuk terus berkuasa tanpa berfikir tindakan itu mengancam ketenteraman negara serta membolehkan negara tergadai suatu hari kelak.

"Biar Umno, JPN, SPR dan pegawai Khas Perdana Menteri buat perkara yang tidak betul. Kita tetap akan ke perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Kuala Lumpur nanti.

"Saya harap semua ahli, penyokong dan orang yang prihatin terhadap penyelewengan SPR gerakan langkah ke perhimpunan tersebut nanti, " ajaknya.

Bagi beliau, 'Task Force' yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar itu bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana perbuatan tersebut mengundang keresahan rakyat.

Bukan itu sahaja, kedatangan warga asing untuk mengundi itu kelak pastinya mengundang kemarahan rakyat tempatan walaupun mereka ada kad pengenalan dan nama sebagai pemilih.

"Saya benar-benar bimbang apabila warga asing datang mengundi nanti. Pasti terdapatnya bantahan penduduk tempatan walaupun mereka mempunyai kad pengenalan sah dan terdapat nama dalam buku pemilih.

"Umno mungkin tidak terkejut kerana merekalah perancang utama fenomena tersebut yang jadi mangsa nanti rakyat yang tidak puas hati, " jelasnya beliau lantang.

Sementara itu dalam ceramahnya sempena Paluan Gendang PRU13 yang diadakan di Padang Awam, Penaga, Kepala Batas, Mohamad berbangga sekarang ini kerana ramai anak muda sertai PAS termasuklah golongan artis.

Golongan artis yang dulunya terdedah dengan gejala yang kurang bermoral kini terpanggil untuk membantu PAS menyuarakan kehendak parti dan Pakatan Rakyat.

"Keadaan ini amat membanggakan saya kerana mereka yang bergelar artis sanggup turun padang atau berada sepentas dengan kepimpinan PAS menyuarakan prinsip PAS kepada masyarakat, " tegas beliau.

Turut berucap pada program Paluan Gendang PRU13 itu ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfudz Mohamed, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain dan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Harakah Daily

Mahkamah tolak saman Umno atas Ustaz Hadi, Mohd Sabu

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 13 April: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang dan timbalannya, Haji Mohd Sabu di atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Umno Selangor telah melalui Setiasusaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini.

Artikel Harakah tersebut telah diterbitkan pada edisinya bertarikh 19 Ogos 2011 yang lalu.

Ustaz Hadi dan Mat Sabu kemudiannya telah memfailkan Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi membatalkan saman Umno Selangor tersebut.

Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan.

Di dalam hujah lisannya Hanipa berhujah perkataan 'any office bearer (mana -mana pemegang jawatan) di dalam seksyen 9 (c) akta tersebut bermaksud hanya seorang pemegang jawatan di dalam PAS yang boleh di saman maka tindakan Umno Selangor yang menamakan lebih dari seorang pemegang jawatan PAS tersebut adalah secara jelas satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana ia melanggar seksyen 9(c) Akta tersebut.

Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Harakah Daily

Isu YB di pusat hiburan, Ali tertinggal bas

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MELAKA, 13 April: PAS Melaka menyifatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tertinggal bas dan kurang bermaklumat mengenai isu seorang wakil rakyat Umno yang diperiksa di dalam pusat hiburan di Melaka Raya, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Menteri Melaka perlu merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Jit Poh bertarikh 25 Mac 2012 berkenaan isu seorang wakil rakyat turut diperiksa di sebuah pusat hiburan jam 2.40 pagi.

"Dua buktinya iaitu akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Jit Poh menyatakan wakil rakyat daripada Jasin, asasnya ada dan saya harap polis maklumkan kepada Ketua Menteri bahawa ada wakil rakyat dalam serbuan itu.

"Kalau rujuk laporan media itu YB BN kena nafikan kerana YB pembangkang tak terlibat sebab kalau ada mesti media perdana melaporkannya secara terperinci, isu ini isu moral," ujarnya.

Beliau turut meminta polis membuat kenyataan berhubung isu ini kerana media secara jelas melaporkannya tetapi sebaliknya tiada laporan polis yang dibuat mengenai insiden tersebut.

"Kita cabar wakil rakyat terbabit atau BN saman dua akhbar ini sekiranya berita itu tak benar dan minta wakil rakyat dari Jasin iaitu empat daripada Umno termasuk seorang daripada MCA menafikannya.

"Kita juga minta wakil rakyat terbabit meletak jawatan sebagai pengajaran kepada semua wakil rakyat agar bertanggungjawab terhadap amanah yang diletakkan pada mereka bukannya mengambil kesempatan berpoya-poya dalam pusat hiburan," katanya.

Serbuan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menerusi Ops Tapis di pusat hiburan itu turut memeriksa seorang wakil rakyat yang juga merupakan pelanggan di situ dan berjaya menahan 12 orang yang didapati positif dadah (AMP).

Harakah Daily

Penyenaraian FGVH: Durian Runtuh atau Durian Reput?

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KEADILAN memandang serius kenyataan PM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan 22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidak pernah impikan sehingga mereka akan “tersandar, rebah dalam kejutan” hasil tawaran awam permulaan atau “initial public offering” (IPO) FELDA Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada lewat Mei atau awal Jun 2012.

2. Dengan “gula-gula” pilihanraya semanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerima saham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentif penyenaraian tersebut.

3. Malangnya, jangkaan tersebut ternyata meleset kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, para peneroka dan pekerja FELDA tidak akan menerima saham percuma atau wang tunai insentif penyenaraian.

4. Sebaliknya, KEADILAN difahamkan bahawa:

4.1 Para peneroka dan pekerja FELDA diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut

4.2 Walaupun margin pinjaman adalah 100%, tempoh pinjaman adalah untuk 6 bulan sahaja yakni para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ATAUPUN menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh 6 bulan

4.3 Walaupun “stamping fee” diketepikan, para peneroka dan pekerja FELDA masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima

4.4 Kadar faedah “daily rest” pada paras 5% setahun yakni lebih 2.5 kali ganda kadar faedah pinjaman mudah bagi National Feedlot Centre (NFC) pada paras 2%

5. Jelas sekali apa yang disifatkan oleh PM Najib sebagai “lonjakan berganda” ini sebenarnya lebih cenderung ke arah membuka peluang niaga baharu dan memberi kesempatan kepada institusi kewangan terbabit mendapat hasil atas titik-peluh dan keringat peneroka dan pekerja FELDA, terutamanya 5 bank pelaburan yang dilantik menyelenggara kesemua perkara berkaitan penyenaraian, 7 bank yang dipilih untuk memberi pinjaman membiayai pembelian saham, dan beberapa syarikat pembrokeran saham yang dilantik untuk menjalankan urusniaga jual-beli saham di pasaran terbuka. Yang paling ketara adalah bil yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh 2 bank pelaburan domestik dan 3 asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH.

6. Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti Bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja FELDA menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank. Walaupun KPF dijangka akan kekal sebagai pemegang saham terbesar di samping Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala syarikat asing hanya ditawarkan sebahagian kecil saham dalam IPO FGVH, tiada apa yang menghalang mana-mana pelabur (Bumiputera dan bukan Bumiputera) dari membeli saham FGVH di pasaran terbuka.

7. Lebih malang adalah nasib anak peneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untuk menjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas 360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai kerana telah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian.

8. KEADILAN menggesa agar PM Najib menghentikan “umpan undi” atau “rasuah politik” seumpama ini dengan serta-merta, dan menerangkan kepada umum perangkap yang tersirat di sebalik 'durian runtuh' ini. PM wajib menjawab kepada setiap satu mekanisme di atas bagi meleraikan kebimbangan ramai, lantas benar-benar memberi fokus yang sewajarnya atas hak dan kepentingan mereka yang kurang bernasib baik!

----------------------------
Penulis adalah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Harakah Daily

Nelayan Sekinchan Dapat Bot Melalui Program MES

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SEKINCHAN APR 13 : Hasrat Persatuan Nelayan Sekinchan untuk memiliki bot kecil bagi bantuan kecemasan akhirnya direalisasikan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Timbalan Persatuan Nelayan Sekinchan, Tan Thiam Hee berkata, bantuan bot bernilai sekitar RM40,000 itu diperlukan bagi nelayan ketika menghadapi kecemasan.

Bot tersebut mempunyai enjin 60 kuasa kuda, empat tempat duduk dan dilengkapi jaket keselamtan.

“Bot ini akan banyak membantu nelayan menghadapi kecemasan jika ada yang sakit atau mengalami kecederaan dan perlu sampai ke daratan secepat mungkin bagi mendapatkan rawatan segera di hospital serta lain-lain situasi kecemasan lagi.

“Amat sukar jika hendak menggunakan bot besar kerana muara sungai sempit dan akan mengambil masa empat hingga lima jam bergantung kepada pasang surut air,” katanya dipetik menerusi blog DAP Sekinchan.

Beliau berkata demikian sewaktu menerima bot yang disampaikan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, di jeti nelayan Sekinchan di sini. Hadir sama wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS).

Tambahnya, dengan adanya bot ini, nelayan tidak perlu tunggu air pasang untuk sampai ke dataran.

Thiam Hee turut menyatakan penghargaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang sentiasa prihatin terhadap masalah golongan nelayan.

Sementara itu, Suee Lim turut menyatakan perhargaan terhadap keprihatinan Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Yaakob Sapari terhadap masalah nelayan.

Menurutnya, bot yang sedia ada untuk kecemasan sudah uzur dan nelayan bimbang ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Dengan adanya bot ini, kebimbangan nelayan dapat diatasi. Apa yang kita harapkan, bot yang diserahkan pada persatuan nelayan ini dapat dijaga dan diselenggara dengan baik dan mereka boleh memanfaatkannya sebaik mungkin dalam menghadapi bencana di laut,” katanya.

selangorku/-

PAS tambah cawangan baru dalam Dun Ali Rustam

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BUKIT KATIL, 14 April: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menerima tamparan hebat apabila sebuah lagi cawanagn baru PAS ditubuhkan dalam kawasannya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Baru.

Malah lebih menarik, cawangan di Padang Jambu di Dun itu ditubuhkan oleh beberapa orang ahli Umno telah keluar parti itu dan menyertai PAS.

Malam tadi Mesyuarat Agung pertama PAS Cawangan tersebut telah diadakan di mana perlantikan ahli jawatan kuasa (AJK) telah dibuat dengan jayanya.

Serentak dengan itu Unit Peti Undi (UPU) Padang Jambu juga ditubuhkan bagi menggiatkan lagi kerja-kerja pilihanraya yang sebelum ini dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Ali Sharif dalam ucapan perasmiannya melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut yang telah sekian lama diidamkan.

"Padang Jambu bukanlah kubu kuat BN kerana PAS mendapat undi yang banyak pada setiap Pilihanraya, kita hanya kalah sekitar 100-200 undi sahaja".

"Insya Allah dengan penubuhan cawangan ini PAS akan membuat kejutan pada PRU 13 di Peti Undi Padang Jambu ini" ujar Mohd Ali yang juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip berkata satu lagi cawangan PAS akan ditubuhkan dalam Dun Bukit Baru iaitu cawangan Bukit Baru Dalam.

Beberapa penyokong PAS dan bekas-bekas ahli Umno sudah bersedia untuk menubuhkan cawangan tersebut.

"Kita sudahpun mengenalpasti penyokong PAS dan Umno yang bersedia memikul amanah menggerakkan cawangan dan Unit Peti Undi Bukit Baru Dalam'.

"Majlis penubuhannya akan diadakan dalam masa terdekat" kata Ramli.

Harakah Daily

Nizar, isteri bermotosikal bantu mangsa banjir

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KAMPAR,13 April: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam hanya menaiki motosikal melawat mangsa banjir di selatan Lembah Kinta.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya Datin Seri Fatimah Taat dan anggota Unit Amal PAS selepas mendapat maklumat awal jam 5 pagi semalam.

Dalam kejadian semalam kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 4 pagi.

Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk sebagai banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Di antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Kejadian tersebut didakwa berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam semalam dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tembok sungai yang pecah.

Dalam pada itu selain membantu mangsa berpindah, Mohammad Nizar juga sempat memasak untuk mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan.

Ketika ditemui, Nizar yang juga bekas menteri besar Perak mahu kerajaan negeri melalui Majlis Keselamatan Negeri menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.

Beliau juga turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera tebing sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan hutan secara berleluasa menjadi penyebab banjir besar berlaku hanya dalam tempoh dua jam selepas hujan lebat pada malamnya.

Beliau selaku timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut mengarahkan jabatan amal PAS kawasan Kampar dan kawasan berdekatan untuk membantu mangsa terutamanya penyediaan makanan, pakaian dan tempat perlindungan sementara.

Harakah Daily

Jasin: 40 ahli Umno sertai PAS

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MELAKA, 13 April: 40 ahli Umno daripada tiga cawangan di Unit Peti Undi Seri Mendapat, Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Jasin, di sini telah mengistiharkan keluar Umno dan menyertai PAS Cawangan Felcra Lembah Kesang.

Borang permohonan keahlian telah disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan, Azahari Md Shah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man sambil disaksikan oleh Bob Lokman pada program ceramah beliau yang diadakan di Seri Mendapat, baru-baru ini.

Menurut Azahari bahawa gerakerja secara tersusun bagi penambahan ahli baru yang dilaksanakan selama ini telah berjaya dengan kemasukan empat puluh orang ahli ke dalam PAS Cawangan dan kebanyakkannya terdiri daripada golongan pemuda.

"Ianya menyuntik semangat kepada kami untuk meningkatkan lagi gerakerja, lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRU13 yang semakin tiba dan dengan pelbagai isu yang melanda negara kita kini termasuk di Felcra dan Felda," ujarnya.

Manakala, Bob Lokman dalam ucapannya menegaskan kepada anak muda supaya menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS kerana ianya selari dengan Islam dan memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

"PAS parti dakwah, bukan kata PAS dan Umno sama macam Manchester United dengan Arsernal iaitu siapa pandai kelecek dapat jaring gol dia menang, perjuangan PAS dan Umno jauh beza, ini anak muda kena faham.

"Umno pejuang dasar 1Malaysia, Islam Hadhari, DEB dan Buku Hijau tapi PAS perjuangkan dasar Islam, penjajah dah jauhkan kita dari Islam datang Umno pula tak kuatkan Islam maka hina kita hari ini di mana kita sebelum ini dapat kemuliaan kerana Islam," kata beliau.

Bob Lokman turut menempelak Umno yang hanya berdiam diri walaupun Islam dihina oleh pemimpin MCA, Chua Soi Lek yang mengugut untuk keluar daripada BN sekiranya Umno melaksanakan hukum hudud.

"Kita kena tebang dan tanam semula BN ini dengan digantikan Pakatan Rakyat untuk ubah negara ini dan bagi mengubah nasib kita semua," tambahnya.

Harakah Daily

Taktik belek RM100

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BUKIT BERUANG - Polis negeri menasihati orang awam supaya berhati-hati dengan sepasang suami isteri dari Timur Tengah yang melakukan tipu daya melarikan wang di kaunter pembayaran di kedai yang menjalankan urus niaga secara tunai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Superintendan Soh Hock Sing berkata, modus operandi itu dikesan selepas menerima dua laporan mengenai kejadian di dua buah kompleks beli-belah ternama di negeri ini sejak Mac lalu.

“Laporan pertama diterima pada 28 Mac lalu, membabitkan kerugian RM1,050 di sebuah kedai di Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan laporan kedua pula pada 10 April dengan jumlah kerugian RM250 di Mahkota Parade,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Hock Sing berkata, pasangan berusia 40-an itu dilihat bersama seorang kanak-kanak dipercayai anak mereka, memasuki kedai sebelum membeli barangan murah dan membayar dalam jumlah besar di kaunter pembayaran.

“Kebiasaannya ketika mahu membuat pembayaran, mereka yang mengaku sebagai warga asing memaklumkan kepada juruwang bahawa mereka tidak pernah melihat wang RM100 dan sebagainya, lalu meminta juruwang menunjukkan wang tersebut.

“Ketika juruwang menunjukkan wang yang diminta, salah seorang daripada mereka merampasnya dan berpura-pura membelek duit sebelum memulangkan duit itu dalam jumlah yang kurang,” katanya.

Menurutnya, penipuan itu berjaya dikaburi apabila seorang lagi daripada suspek berbual dengan juruwang dan kesempatan itu digunakan untuk mengambil wang tanpa disedari juruwang terbabit.

“Kedua-duanya meninggalkan kaunter selepas memperdaya dalam tempoh singkat dan juruwang hanya menyedari kekurangan duit selepas mengiranya semula,” katanya.

“Polis masih memburu suspek yang melakukan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya,” katanya.

Justeru katanya, orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

sinar harian/-

Tiga penyamun terdesak RM50

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Hanya kerana mahu membeli barang di pasar malam, tiga penyamun yang terdesak sanggup menyamun seorang pengawal keselamatan dan melarikan wang berjumlah RM50 sahaja.

Baki RM30 lagi yang ­diambil dari dalam kocek se­luar mangsa dipulangkan, dalam kejadian di sebuah kilang minuman ringan di Rembia, ­dekat sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Sulaiman Ismail, 61, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dan dia baru selesai meronda di ­sekitar kawasan kilang.

“Tiba-tiba saya diserang tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan sebilah pisau ‘rambo’ yang masuk melalui pagar kawat yang sudah dipotong.

“Saya kemudiannya diseret ke belakang kilang,” katanya.

Menurutnya, kedua belah kaki dan tangannya diikat ­sambil diacukan pisau, sementara mulutnya ditutup dengan pita pelekat hitam.

“Ketiga-tiga penyamun mengacu pisau ke leher saya dan mengarahkan agar saya tidak menjerit.

“Saya merayu tidak diapa-apakan dan mereka mengarahkan saya memberi wang ­kerana mahu membeli barang di pasar malam,” katanya.

Sulaiman berkata, selepas itu dua daripada penyamun terbabit memanjat bumbung kilang dan cuba masuk ke ­dalam pejabat, sementara seorang lagi mengawasi kawasan sekitar.

“Mereka memecahkan alat penggera, sementara saya mengambil kesempatan meleraikan ikatan tali pada kaki dan cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, dalam cubaan melarikan diri dengan hanya berstoking, kaki saya ­tersadung dan terjatuh, namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya.

Sementara itu, pemilik ­kilang yang enggan dikenali berusia 43 tahun berkata, dia yang berada di rumah menerima isyarat alat penggera yang dipecahkan menerusi telefon bimbit.

Menurutnya, dia segera menghubungi balai polis berhampiran bagi memaklumkan kejadian yang berlaku sebelum bergegas ke kilang.

“Sebaik tiba, saya dapati ­pekerja saya berada dalam ­keadaan selamat dan hasil ­pemeriksaan dilakukan tiada barang berharga yang sempat dilarikan penyamun terbabit, selain wang RM50 itu sahaja.

“Ini kali kelima kilang saya dimasuki penceroboh selepas lapan tahun beroperasi dan ­kejadian ini berjaya dirakan menerusi rakaman kamera ­litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada sudut bangunan kilang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, suspek disyaki warganegara Indonesia melarikan diri dan dipercayai tidak menaiki sebarang kenderaan.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan di bawah kesalahan samun berkumpulan,” katanya.

Sinar Harian

Seksaan Teringan

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".

- Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Ditipu penyamar ejen PBPM

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KLANG - Empat peniaga yang berhasrat menjadi ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) mendakwa kerugian RM23,000 selepas ditipu seorang individu menyamar sebagai ejen persatuan dikenali sebagai Lim.

Keempat-empat mereka terpengaruh dengan tawaran lelaki dikenali sebagai Lim, 30-an itu yang menawarkan harga bayaran baucar murah selain dijanjikan kad PBPM dan stiker serta jaminan dilindungi pihak berkuasa.

Teruja dengan tawaran itu, peniaga yang juga pemilik kilang besi, Song Weng Khwen, 39, berkata, dia membayar sebanyak RM5,000 kepada Lim pada September 2009 yang menggunakan alamat pejabat PBPM di 83-2, Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves.

“Saya diberikan dua resit bertarikh 14 September 2009 dan 3 November 2009 serta tertera jumlah bayaran RM3,500 dan RM1500 sebagai bukti bayaran.

“Setahun kemudian, pada September 2010, kad persatuan saya tamat tempoh dan saya ingin memperbaharuinya melalui individu sama bagaimanapun, saya gagal menemuinya hinggalah rakan lain memaklumkan Lim menipu,” dakwanya.

Menurutnya, dua lagi rakannya yang turut mendaftar keahlian persatuan turut membuat pembayaran sebanyak RM17,000 pada 2009 dan 2011 kepada individu yang menghilangkan diri terbabit.

Menyedari ditipu, dia membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Klang pada 9 Januari lalu.

Seorang lagi mangsa, Tan Chee Hoe, 42, mendakwa, dia mengenali Lim menerusi seorang rakan ketika bertugas dalam Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sebuah kawasan di Klang.

“Disebabkan berminat dengan tawaran itu, saya membayar RM1,000 kepada dia (Lim) dan diberikan kad persatuan serta pelekad sebagai bukti keahlian pada November 2010 yang turut beralamat di Batu Caves.

“Menyedari kad bakal tamat tempoh pada Oktober 2011, saya berhasrat menemui Lim semula lebih awal pada Ogos 2011 di sebuah restoran di Jalan Pekan Baru Off Jalan Meru.

“Sebagai bayaran, saya serahkan cek Maybank berjumlah RM1,000 serta salinan kad persatuan lama kepadanya. Saya turut minta dia menandatangani baucar sebagai bukti bayaran memandangkan tiada resit dikeluarkan,” katanya.

Chee Hoe berkata, dia mendapati tandatangan pada baucar baru dan lama amat berbeza hingga timbul keraguan di hatinya.

Dia kemudiannya membuat laporan terhadap Lim pada 11 November tahun lalu .

Sementara itu, Sinar Harian menghubungi nombor telefon pejabat beralamat di Batu Caves namun gagal dan kemudian menghubungi pula Pejabat Urusetia PBPM yang beralamat di No. 8B, 2nd Floor, Jalan Pangkor, Off Jalan Tun Razak. 50400, Kuala Lumpur.

Salah seorang kakitangannya memaklumkan ramai mangsa pernah tertipu dan meminta orang ramai melayari laman web PBPM atauhubungi talian 03 - 4041 7777 atau 03- 4045 7877.

Sinar Harian

Anggota polis maut dilanggar lori ketika kejar kereta

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM - Seorang anggota polis yang sedang mengejar sebuah kereta, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum digilis sebuah lori di Permatang Tinggi, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata ketika kejadian pada pukul 8.45 malam itu, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, yang bertugas di Balai Polis Machang Bubok, mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan semasa sedang meronda bersama rakan setugasnya dengan masing-masing menunggang motosikal.

Nan Ruazlan memintas kenderaan berkenaan bagi menahan dan memeriksanya danketika menghampiri kenderaan itu, pemandunya, seorang lelaki, memecut kenderaannya lalu bergesel dengan motosikal mangsa," katanya kepada pemberita selepas melawat jenazah mangsa di Hospital Bukit Mertajam (HBM), malam tadi.

"Akibat kejadian itu, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar pembahagi jalan dan beliau (Nan Ruazlan) terpelanting di atas jalan sebelum dilanggar sebuah lori yang lalu di kawasan terbabit," katanya.

Ayub berkata mangsa yang berasal daripada Felda Kahang Barat, Kluang, Johor yang cedera parah di bahagian kepala, mati di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke HBM untuk dibedah siasat.

Katanya, Proton Saga dan lori yang terlibat dalam kejadian itu meninggalkan tempat kejadian dan usaha mengesan pemandunya sedang giat dijalankan.

"Kita percaya lelaki yang memandu kereta Proton Saga itu terlibat dengan kesalahan berikutan keengganannya untuk berhenti dan diperiksa. Polis juga mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan berdasarkan nombor pendaftaraan yang diperoleh," katanya.

Katanya, polis juga memeriksa rumah pemilik kenderaan terbabit di Lunas, Kedah malam tadi, tetapi pemandu kereta terbabit tiada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Azwan Kamaruddin di talian 04-5301977 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, teman wanita Nan Ruazlan, Siti Junaida Mohd Hasnan, 20, yang ditemui di HBM berkata mereka telah merancang untuk mengikat tali pertunangan 27 Mei ini dan arwah membuat persiapan dengan membeli barang hantaran untuk majlis pertunangan itu.

Katanya, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana sejam sebelum kejadian arwah datang ke rumahnya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Selepas selesai badah siasat, mayat mangsa disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah seberang Perai Tengah, di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya. – Bernama

Sinar Harian

Pembantu Wakil Rakyat Pakatan Dakwa Dipukul Polis Dalam Lokap

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Putrajaya – Seorang pembantu ahli parlimen di Kelantan mendakwa dipukul tiga anggota polis ketika dalam tahanan, bulan lalu.

Mangsa, Ahmad Amin Draman, 47, ditahan kerana dituduh membakar bendera dan mengganggu ceramah sebuah parti politik di Tanah Merah, Kelantan, 11 Mac lalu.

Ahmad berkata, pada awalnya dia ke Balai Polis Tanah Merah bagi memberi keterangan, tetapi terkejut apabila ditahan atas beberapa pertuduhan.

Dia ditahan dari 26 Mac hingga 3 April lalu. “Semasa dalam tahanan, saya dimarahi seorang anggota polis kerana tidak menutup pili air dan atas sebab itu, tiga anggota polis lain membawa saya ke lokap yang tiada kamera litar tertutup, memukul di perut dan kaki.

“Mereka mengatakan saya samseng dan melakukan perbuatan tidak senonoh dalam lokap,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa. Sementara itu, Fariz berkata, polis perlu mengambil tindakan dengan menyiasat perkara ini atas dasar ketelusan dan profesional. -SH

Tidak mengaku bunuh rakan

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA ROMPIN - Mahkamah Majistret Rompin memindahkan kes seorang nelayan warga Myanmar yang dituduh membunuh rakan senegaranya, Soe Myint, 30-an ke Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam.

Majistret, Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas Pendakwa Raya, Yong Suk Hui memperoleh izin mengikut Seksyen 117A(1) Kanun Acara Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi dibicarakan.

Tertuduh yang tidak boleh bertutur dan memahami Bahasa Melayu hanya mampu tunduk dan mengangguk tanda setuju selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa, Amin Ahmad.

Dalam sebutan kes itu ­sebelum ini, tertuduh, Ba Than, 30, mengaku tidak bersalah membunuh rakannya dan meminta kes itu dibicarakan menggunakan khidmat guaman yang disediakan kerajaan.

Ba Than dituduh melakukan perbuatan itu bersama dua lagi abangnya, Khin Teng Meong, 42, dan Khin Tin Win, 30, pada 20 November tahun lalu di Jalan Ladang Kelapa Sawit, Jalan Kampung Kasing, Pianggu.

Bagaimanapun sehingga kini, kedua-dua abangnya gagal diheret ke muka pengadilan selepas gagal dikesan, dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

Ba Than dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Sinar Harian pada 20 November tahun lalu melaporkan seorang lelaki warganegara Myanmar dibunuh kejam oleh rakannya selepas masing-masing meneguk minuman keras di sebuah rumah kongsi yang dihuni salah seorang suspek.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku apabila sekumpulan lelaki mengejar seorang lelaki dipercayai rakan mereka menggunakan parang di sebuah jalan ladang.

Mangsa dipercayai maut selepas salah seorang suspek menghunus parang di sebelah bahu kanan mangsa, sebelum seorang lagi rakan suspek melibas menggunakan senjata yang sama pada bahagian badan mangsa.

Mangsa disahkan maut selepas mengalami pendarahan teruk pada anggota badan.

Sinar Harian

Pesakit asma tuntut hospital beri pampasan

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR – Pesakit Asma, Abdul Rahman Harun, 42 mendakwa kotak suaranya gagal berfungsi selepas menerima rawatan selama lapan hari dalam unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di utara tanah air, Januari lalu.

Isterinya, Salasiah Sabran, 49 berkata, Abdul Rahman merasa rimas kerana terpaksa berkata-kata tanpa suara dan menuntut pampasan daripada hospital berkenaan.

Menurut Salasiah, suaminya boleh bercakap seperti manusia normal sebelum dimasukkan ke wad ICU hospital berkenaan.

“Keadaan ini menyukarkan saya dan suami untuk berkomunikasi dan kami mohon hospital berkenaan memberi pampasan untuk kerugian ini.

“Pampasan yang dituntut daripada pihak hospital berkenaan juga bagi membolehkan suami saya menjalani rawatan untuk mendapatkan semula suaranya,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurut Salasiah, maklumat daripada hospital berkenaan mengatakan Abdul Rahman akan mendapat kembali suaranya selepas menjalani rawatan pakar di Kuala Lumpur.

“Kami dimaklumkan yang suami saya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh sembilan bulan selepas menjalani rawatan dengan pakar yang dimaksudkan.

“Atas nasihat rakan-rakannya, suami saya telah membuat laporan polis bagi mengesahkan kejadian ini di Balai Polis Kuala Kurau pada Isnin lalu,” katanya.

Salasiah memaklumkan, Abdul Rahman merupakan pekerja di sebuah kilang di Nibong Tebal, Pulau Pinag dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM1,000.

Katanya, pendapatan itu hanya cukup untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga termasuk tiga anak yang masih belajar di peringkat sekolah menengah, di sini.

“Dengan pendapatan suami saya yang tidak seberapa serta tanggungannya, agak mustahil bagi dia mendapatkan rawatan pakar di Kuala Lumpur.

“Kami berterima kasih kepada Baitulmal atas bantuan RM200 sebulan yang boleh menampung kos rawatan suami saya,” katanya.

Sinar Harian cuba menghubungi hospital berkenaan untuk mendapatkan maklum balas tetapi gagal.

Sinar Harian

Ahli Perniagaan Cedera Parah Kereta Meletup Di Butterworth

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan cedera parah apabila kereta jenis Nissan X-Trail miliknya meletup ketika beliau menghidupkan enjin kereta itu di hadapan rumahnya di Persiaran Sembilang, Taman Sembilang di sini, Jumaat.

Kejadian pada pukul 8.20 pagi itu menyebabkan Lee Chong Beng, 52, terbakar lebih 70 peratus di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub berkata ketika kejadian, Lee ingin menghidupkan enjin kereta itu untuk keluar bekerja.

""Ketika mangsa menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba berlaku letupan dan mengeluarkan api serta menyambar mangsa. Mangsa yang panik menjerit meminta tolong dan diselamatkan oleh orang awam yang melalui kawasan perumahannya itu," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, Jumaat, Ayub berkata sepasukan anggota bomba memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah mangsa.Ayub berkata anggota forensik dengan bantuan Jabatan Kimia masih menyiasat punca kereta itu meletup dan terbakar.

"Setakat ini kita belum tahu punca sebenar sama ada kejadian itu disebabkan sabotaj atau kereta mangsa mengalami masalah," katanya. - BERNAMA

Geng samun hotel tumpas

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MANJUNG - Polis Manjung berjaya menahan geng samun hotel bajet yang bergerak aktif di sekitar daerah itu sepanjang Mac lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, geng itu memulakan kegiatan mereka bermula jam 2 pagi dan menjadikan hotel bajet sebagai sasaran.

Menurutnya, kumpulan yang dianggotai lapan ahli berumur antara 25 hingga 40 tahun itu akan mengugut pekerja hotel dengan menggunakan parang sebelum menyamun mangsa.

“Mereka juga memakai topi keledar untuk mengelakkan daripada dicam oleh pekerja hotel,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung.

Kata beliau, sebelum ini, tidak ada kejadian seumpama ini dilaporkan dan selepas dua minggu geng itu bergerak aktif, tujuh ahlinya berjaya ditangkap.

Jelasnya, namun seorang lagi suspek masih bebas dan kini pihaknya berusaha menjejaki lelaki berkenaan.

“Dalam penangkapan itu, kami turut merampas tiga motosikal, sebuah kereta jenis proton Waja dipercayai digunakan untuk tujuan samun, dua telefon bimbit, sebilah parang, sebuah dompet dan sebuah komputer riba dipercayai kepunyaan mangsa.

“Dengan tertangkapnya geng samun berkenaan kita berjaya menyelesaikan tujuh kes samun sekitar daerah ini,” katanya.

Ahmad berkata, hasil siasatan, pihaknya mendapati seorang ahli yang juga ketua geng itu mempunyai rekod jenayah lampau manakala yang lain tiada.

“Sejak geng berkenaan ditangkap kita tidak lagi mendapat laporan mengenai kegiatan samun di hotel bajet sekitar daerah ini,” katanya.

Sinar Harian

Lelaki ditahan seludup diesel

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TELUK INTAN - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyeludup minyak diesel bersubsidi ke kawasan industri di luar Perak, awal pagi kelmarin.

Tangkapan itu dilakukan dalam satu operasi melibatkan sepasukan pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (PPDNKK) Teluk Intan, di hadapan Balai Polis Hutan Melintang.

Timbalan Pengarah KPDNKK Negeri, Rosli Ahmad berkata, ketika penahanan itu, suspek berusia 59 tahun memandu sebuah lori tangki bersama isteri dan anaknya dipercayai mahu menghantar diesel berkenaan ke kawasan perindustrian.

Menurutnya, suspek disyaki cuba menyeleweng diesel subsidi untuk kegunaan nelayan.

“Penangkapan itu dibuat selepas pasukan kami yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Noor Hisham Abd Aziz membuat risikan di sekitar kawasan nelayan Hutan Melintang,” katanya ketika ditemui di Pejabat PDNKK Cawangan Teluk Intan, semalam.

Kata beliau, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, pihaknya menemui diesel dianggar 10,920 liter dan bernilai RM30,248.

Jelasnya, ujumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM80,248 dan pihaknya percaya ada sindiket mendalangi kes seludup diesel bersubsidi menggunakan modus operandi tersendiri bagi mengaburi mata pihak berkuasa

“Kami juga percaya sindiket itu menjalankan urus niaga terlebih dahulu dan apabila persetujuan tercapai, mereka akan menyuruh seseorang untuk mengambil diesel lalu dibawa ke destinasi seterusnya.

“Kes ini merupakan yang kedua bagi tahun ini dan kami akan meneruskan usahanya membanteras kegiatan tersebut terutamanya di negeri ini,” katanya.

Rosli berkata, kes disiasat di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman penalti denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sinar Harian

Dua penagih cuba larikan diri

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LUNAS - Seramai 13 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kulim, diketuai Inspektor Mohd Amin Mat Yassin menahan 22 lelaki berusia di antara 18 hingga 60 tahun di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Masjid Sungai Seluang dalam satu serbuan dibuat kira-kira jam 8 pagi semalam .

Mohd Amin berkata, sebelum melakukan serbuan semua anggotanya menyamar sebagai buruh dan pekerja ladang.

“Kira-kira jam 10 pagi, beberapa lelaki dilihat masuk ke port menagih mereka yang dibuat dengan menggunakan daun pokok kelapa sawit.

“Melihatkan keadaan penagih semakin ramai, pihak kami terus membuat serbuan.

“Dua daripada mereka cuba melarikan diri dengan motosikal tetapi berjaya ditahan,” katanya.

Menurutnya, polis telah membuat intipan di lokasi terbabit sejak seminggu lalu.

“Seorang lelaki warga emas turut ditahan dan terpaksa dipapah keluar kerana mengalami masalah kesihatan.

“Ada juga di antara mereka yang datang membawa anak kecil. Mereka melakukan semua ini bagi mengaburi mata polis atau dijadikan alasan untuk melepaskan diri sekiranya ditahan,” katanya.

Beliau berkata, polis menemui dua port menagih dibina di sekitar kawasan ladang kelapa sawit itu.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Polis turut merampas 17 motosikal pelbagai jenis milik penagih. Semua motosikal ini akan diperiksa untuk siasatan lanjut,” katanya.

Semua suspek akan ditahan mengikut Seksyen 13 (1) Akta Pencegahan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sinar Harian

Air laut berubah warna

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TANJUNG – Setiausaha Unit Nelayan Sungai Gelugor, Zaharah S Jaafar memaklumkan nelayan di situ sudah mula menyedari perubahan warna air laut sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, perubahan warna itu didapati ketika kesemua nelayan melakukan kerja menangkap ikan.

“Ada antara anak-anak buah saya yang cerita air laut berubah dan hasil tangkapan juga sangat sedikit.

“Ada antara mereka yang bawa balik ikan dua tiga ekor ikan sahaja,” katanya yang mengulas kejadian dihadapi nelayan pihaknya, susulan gempa bumi kuat berlaku di Aceh Indonesia, kelmarin.

Sinar Harian dimaklumkan biasanya air laut berwarna biru kehijauan, tetapi berubah kelabu atau keruh dua tiga sebelum gempa terbabit berlaku.


Tambahan tangkapan di laut terbuka

Terdahulu, Zaharah memaklumkan, sejurus mendapat berita gempa dan terasa gegaran di Gelugor, dia segera menghubungi kesemua nelayan Sungai Gelugor yang berada di tengah laut.

Menurutnya, sehingga jam 6 petang hari kejadian gegaran itu, dia menunggu nelayan berkenaan di jeti, namun kesemuanya ketika itu tidak tahu gempa yang berlaku dan ada amaran tsunami dikeluarkan masa itu.

“Setelah tiba di darat ada yang maklumkan air di laut berkocak lain macam berbanding hari biasa, rupa-rupanya gempa,” katanya.

Sementara itu seorang lagi nelayan, Farid Mohd Mustafa, 29, berkata, dia tidak berasakan perubahan yang ketara terhadap hasil tangkapannya.

Menurutnya, namun ketika berada di laut terbuka, hasil tangka-pannya meningkat berbanding sebelum ini.

“Tetapi jika dibandingkan pada tahun 2004 iaitu seminggu sebelum tsunami, kami nelayan memperoleh RM10,000 seminggu hasil dari tangkapan laut.

“Bagi gempa kali ini hasil tidak ketara, namun tidak dinafikan memang ada pertambahan tangkapan di laut terbuka,” katanya.

Farid turut memaklumkan kebanyakan nelayan semalam hanya berehat kerana masih dalam keadaan berjaga-jaga.


Lokasi tumpuan lengang

Tinjauan Sinar Harian sejurus selepas amaran tsunami ditarik balik mendapati lokasi tumpuan pengunjung pada jam 12 tengah malam iaitu persiaran Queensbay Mall dan Padang Kota Lama masih agak lengang.

Peniaga dengan kenderaan lori yang biasanya sudah membuka perniagaan mereka pada waktu petang sehingga ke malam, tetapi sebaliknya lokasi berkenaan sunyi sepi.

Salah seorang pengunjung, Khusairi Abdullah berkata, kebanyakan peniaga di luar kawasan Queensbay Mall itu menjadi tumpuan selepas semua pengunjung keluar dari pusat membeli belah berkenaan.

Dia yang juga antara ribuan orang ramai di situ memaklumkan kebanyakan lori-lori gerai di situ diserbu untuk membeli makanan.

“Perniagaan mereka pada masa itu laris dan kemungkinan besar waktu malamnya mereka sudah tutup kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini kerana lokasi perniagaan mereka terletak berhampiran dengan laut,” katanya.


Air laut surut, sungai kering

Tinjauan ke kawasan terbabit juga mendapati air laut surut kira-kira sejauh 100 meter, berbanding dengan hari biasa.

Pada malam yang sama kakitangan sebuah hotel memaklumkan sungai yang menghala ke pantai di Batu Ferringhi kering secara tiba-tiba.

Menurut sumber, kebanyakan pengunjung hotel yang mendaftar masuk pada waktu tengah hari pula kemudiannya ramai yang mendaftar keluar gara-gara bimbang akan kejadian.

Susulan kejadian gegaran rumah ketika gempa kelmarin, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Nibong Indah di Sungai Nibong, Tengku Hazman Tengku Hassan mencadangkan supaya latihan kebakaran dilakukan di perumahan tersebut.

Menurutnya, cadangan latihan itu kerana kebanyakan penduduk tidak mengetahui cara yang betul ketika berlakunya kecemasan.

“Kemungkinan besar selepas ini kami akan mengadakan kawad latihan kebakaran bagi membolehkan penduduk tidak cemas dan semuanya dapat diselamatkan.

“Gegaran yang dialami penduduk kelmarin adalah antara kejadian kedua paling kuat selepas tsunami pada 2004. Selepas tsunami juga ada berlaku gegaran iaitu antara tahun 2005 hingga 2012, tetapi ini antara terkuat dan yang paling dirasai,” katanya.


Aktiviti harian seperti biasa

Walaupun rata-rata masyarakat di negeri ini masih heboh memperkatakan berhubung isu gempa, gega-ran dan tsunami semalam, namun mereka sudahpun kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Difahamkan, tiada rasa gusar di kalangan mereka melainkan hanya menjauhi kawasan pantai serta buat masa ini lebih peka dengan maklumat daripada laman web, berita televisyen dan juga Facebook.

Sinar Harian

Terkejut lori bergerak sendiri

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PENDANG – Gegaran susu-lan gempa bumi kuat petang kelmarin turut dirasai penduduk sekitar daerah ini sehingga menimbulkan rasa takut dan tanda tanya sebelum punca sebenarnya diketahui.

Gegaran lebih kurang dua hingga tiga minit itu menyebabkan rata-rata penduduk di sini mengambil langkah berjaga-jaga termasuk berlari ke luar rumah menyelamatkan diri setelah merasa kurang selesa dengan insiden dirasai.

Daripada maklumat diterima, antara kawasan merasai gegaran itu adalah Pekan Pendang, Jenun, Felda Sungai Tiang, Tokai, Kubang Jelai, Jelai, Koobah dan beberapa lagi.

Difahamkan rata-rata penduduk meluahkan rasa takut dan tertanya-tanya mengenai gegaran dirasai sebelum tahu kejadian sebenar daripada polis, media dan orang ramai.

Penduduk, Munif Shaufit Affandi, 31, dari Kampung Kubang Jelai berkata, dia terkejut melihat lori miliknya bergerak sendiri ke belakang dan hadapan perlahan-lahan setelah dimaklumkan abangnya.

“Kami sedang menonton televisyen dan masing-masing memaklumkan rasa pening seolah-olah kepala bergoncang hingga menyebabkan abang saya menoleh ke luar terus ternampak lori saya bergerak menyebabkan kami sekeluarga keluar menyaksikan kejadian itu.

“Saya hairan melihat kejadian itu hingga timbul pelbagai tanda tanya sehingga menjangka ia ‘diusik’ benda misteri, namun rasanya tidak kerana ketika itu siang,” katanya.

Munif berkata, tanda tanya itu terungkai apabila jirannya turut berlari keluar dari rumah memberitahu pintu rumahnya turut bergoncang dan mendapat maklumat bahawa ada kejadian gempa bumi.

Sementara itu, peniaga di kantin tapak projek baru Ibu Pejabat Polis daerah Pendang, Basrah Midin, 50, berkata, ketika kejadian kira-kira 4.40 petang itu dia sedang berehat di kantinnya, namun tiba-tiba terasa gegaran pada dinding.

“Gegaran dirasai kuat menyebabkan saya sangka ada jentera berat melalui kawasan itu, namun mendapati tiada sesiapa atau jentera lalu di situ kerana hari itu semua bercuti.

“Selepas itu, saya dapati jag berisi air bergoncang kuat dan beberapa pekerja kontrak di situ memaklumkan mereka turut merasai gegaran itu,” katanya.

Seorang kakitangan awam, Md Zalli Abdul Rahman, 56, pula berkata, ketika kejadian dia sedang menunggu masa solat Asar mendapati kerusi beroda didudukinya bergerak sendiri ke bahagian kiri dan kanan.

“Saya bangun memeriksa kerusi itu kerana sangka ia rosak. Namun saya dapati ia itu dalam keadaan baik dan pada masa sama isteri saya pula beritahu dia rasa pening kepala, kemudian anak pula yang lari memaklumkan rumah bergegar.

“Saya turut berlari keluar melihat keadaan kerana bimbang berlaku apa-apa, namun terlintas di fikiran saya kejadian tsunami ketika dahulu yang turut dirasai gegaran di rumah itu,” katanya.

Md Zalli berkata, dia yang ingin mengetahui punca gegaran itu terus menghubungi pihak polis termasuk jabatan berkenaan sebelum dimaklumkan bahawa berlaku kejadian gempa bumi di Aceh Indonesia.

Sinar Harian

Satelit Korea Utara 'Gagal Memasuki Orbit'

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SEOUL: Korea Utara berkata satelitnya telah gagal untuk memasuki orbit, yang mana pelancaran itu mencetuskan kritikan antarabangsa.

"Satelit pemerhatian bumi gagal untuk memasuki orbit. Saintis, juruteknik dan pakar kini mengkaji punca kegagalan itu," kata agensi berita rasmi Korea Utara tanpa mengulas lebih lanjut.

Kegagalan Korea Utara memasukkannya menandakan pelepasan dari masa lalu.

Ia menegaskan bahawa dua percubaan sebelumnya pada tahun 1998 dan 2009 untuk meletakkan satelit ke orbit berjaya walaupun kedua-dua jelas gagal.

Roket meletup tengah-tengah udara kira-kira satu atau dua minit selepas pelancaran pagi Jumaat dari daerah barat laut Tongchang-ri, jatuh ke Laut Kuning di luar Korea Selatan, menurut kementerian pertahanan Seoul.

"Berbeza dengan pelancaran lalu, Korea Utara mendapati amat sukar untuk memastikan kejayaan pelancaran itu kerana roket meletup terlalu awal dan sepenuhnya terdedah kepada negara-negara Selatan dan lain-lain," kata Profesor Sains Politik Universiti Korea, Yoo Ho -Yeol kepada AFP.

Korea Utara mendakwa ia adalah satu projek aman angkasa tetapi negara-negara termasuk Amerika Syarikat dan Korea Selatan berkata ia adalah ujian peluru berpandu jarak jauh yang terselindung dan diharamkan di bawah resolusi PBB.

mstar/-

Penghuni jambatan

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TIDUR...dua orang gelandangan tidur di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.
KUALA LUMPUR: “Dulu nampak seorang saja yang tinggal di bawah jambatan itu, kini selepas sebulan berlalu ada dua orang berada di tempat sama,” kata pemandu bas henti-henti, Sulaiman Razak, 35, apabila ditanya mengenai gelandangan yang menjadikan jambatan berdekatan Jalan Bangsar, di sini, sebagai rumah mereka.

Katanya, amat membimbangkan jika perkara itu berlanjutan kerana selain memberi pandangan tidak elok, kehadiran mereka juga boleh membahayakan masyarakat awam lebih-lebih lagi apabila tidak mengetahui status kesihatan gelandangan terbabit.

“Saya perasan sejak tiga bulan lalu ada seorang gelandangan di bawah jambatan itu berteduh siap dengan khemah buatan sendiri dan bantal, tetapi baru-baru ini ada seorang lagi mungkin rakannya turut tinggal bersama.

TERBIAR...pakaian orang gelandangan yang ditinggalkan di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.

TEMPAT TINGGAL...tempat tidur dua gelandangan di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.

“Tidak mustahil jika tiada tindakan diambil, selepas ini tambah seorang lagi rakan mereka. Lama-kelamaan kawasan itu tidak selamat buat pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, tambah merisaukan apabila keadaan itu boleh membahayakan orang awam yang melalui kawasan terbabit pada waktu malam kerana jalan itu sunyi dan gelap selain jauh dari penglihatan orang ramai kerana jambatan berkenaan terletak di tengah jalan raya.

Tinjauan ke kawasan berkenaan pada waktu pagi mendapati mereka tiada di tempat berkenaan kerana keluar mencari makan dengan merayau-rayau di kawasan sekitar dan keadaan di situ bersepah dengan sampah-sarap.

Malah, terdapat dua tempat tidur berasingan yang masing-masing beralaskan kotak dan baju sebagai bantal selain beberapa pakaian dan dua unggun api yang dibuat bagi mengelakkan cuaca sejuk pada waktu malam.

Sementara itu, penjawat awam, Norlaila Junaidy, 28, berkata, sikap tidak mempedulikan keadaan sekeliling sama ada daripada segi keselamatan atau pandangan orang awam membuatkan segelintir gelandangan tidak kisah menjadikan bawah jambatan sebagai tempat tinggal, malah ia perkara biasa bagi mereka.

“Setiap kali hendak buat pusingan U di Jalan Bangsar, saya pastikan kereta berkunci dan tingkap dinaikkan kerana khuatir berlaku perkara tidak diingini seperti mereka menerjah ke arah kereta.

“Walaupun kehadiran dua gelandangan terbabit tidak membahayakan orang awam, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dihubungi memberitahu, isu berkenaan akan dikaji dan dipanjangkan kepada pihak atasan untuk dinilai sebelum langkah seterusnya diambil.

metro/-

Fenomena halo berlaku di Alor Setar

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR). - BERNAMA

Gegaran berterusan

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ORANG ramai kembali semula ke pejabat masing-masing selepas gempa melanda Bandaraya Mexico , semalam.
Aceh bergegar lagi selain Mexico, Amerika Syarikat

BANDARAYA MEXICO: Gempa sekali lagi melanda Aceh semalam selain Mexico dan Amerika Syarikat tanpa menyebabkan kematian atau kemusnahan besar.

Gempa terbaru magnitud 5.3 di Aceh itu berpusat 442 kilometer ke barat daya Sabang di kedalaman 124 kilometer dan berlaku pada 7.29 pagi waktu tempatan.

Ketua geofizik Agensi Kaji Cuaca Geofizik, Iklim dan Geofizik, Dadang Permana, berkata 25 gegaran susulan dengan ukuran melebihi magnitud 5 berlaku sejak gempa bumi besar melanda tengah hari kelmarin.

Gegaran susulan terbesar magnitud 8.3 berpotensi mencetuskan tsunami direkodkan pada 5.45 petang kelmarin, dua jam selepas gempa bumi pertama berlaku.

Gempa juga melanda dekat pantai Mexico di perairan Pasifik magnitud 6.5 disusuli dengan satu lagi gegaran magnitud 7.1 di Sonora. Gempa magnitud 5.9 kemudian dilaporkan melanda kawasan 256 kilometer ke barat laut bandar Bandon di Oregon dan magnitud 5.3 di California, Amerika.

Pegawai Biro Tinjauan Geologi Amerika (USGS), Doug Gibbons, berkata gempa bumi di Amerika tiada kaitan dengan dua gegaran di Indonesia dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi Mexico dilaporkan berpusat di kawasan kurang penduduk di pergunungan barat negara itu tetapi masih menyebabkan bangunan tinggi bergoyang lebih 320 kilometer dari situ.

Ramai meninggalkan bangunan di ibu kota. Kerajaan berkata, tinjauan udara menggunakan helikopter tidak mengesan sebarang kerosakan. Kerajaan negeri Michoacan, pusat gegaran, juga tidak melaporkan sebarang kerosakan.

Gempa itu adalah yang terbaru dalam siri gegaran kuat melanda ibu negara Mexico sejak gempa magnitud 7.4 pada skala Richter menggegarkan selatan negara itu tiga minggu lalu, tetapi gegaran susulan tidak berlaku, kata pakar geofizik USGS, Dale Grant.

Gempa bumi besar bulan lalu dirasakan di ibu kota Mexico dan ia merosakkan beratus-ratus rumah dan menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut berhampiran sempadan antara negeri Guerrero dan Oaxaca.

Perkhidmatan gempa bumi Mexico berkata, gegaran diikuti rapat dengan 400 gegaran susulan termasuk satu yang berukuran 6 pada skala Richter. – AP/Bernama

2 pengawal pantai AS ditembak mati di Alaska

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ANCHORAGE (Alaska): Dua pengawal pantai Amerika Syarikat (AS) ditembak mati di stesen komunikasi di sebuah pulau di luar Alaska hari ini.

Mayat mereka dijumpai rakan setugas di dalam kawasan bertugas berdekatan Pulau Kodiak, di sini.

Pegawai Pemerintah di Pangkalan Kawalan Pantai, Kapten Jesse Moore, berkata tembakan itu mungkin berlaku sejurus mereka tiba di tempat kerja.

berita harian/-

Mengadu sakit perut, rupanya mengandung

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BESUT - Seorang wanita terkejut apabila mendapati kakaknya seorang orang kurang upaya (OKU), yang mengadu sakit perut rupa-rupanya mengandung enam bulan, selepas dipercayai dirogol seorang lelaki tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, wanita berusia 20 tahun itu membawa kakaknya berusia 27 tahun, ke sebuah klinik swasta untuk menjalani pemeriksaan, selepas dia mengadu sakit perut.

Menurut beliau, bagaimanapun pemeriksaan doktor di klinik berkenaan mendapati, kakaknya yang menghadapi masalah mental sebenarnya sakit perut kerana sedang mengandung enam bulan.

“Dalam perjalanan pulang dari klinik, mangsa menceritakan siapa yang telah menyebabkan dia mengandung iaitu seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Awie.

“Mangsa didakwa dirogol oleh suspek di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Gong Manok, iaitu bersebelahan dengan kampung mangsa dekat Kuala Besut,” katanya.

Kamaruddin berkata, berikutan itu adik mangsa membawa kakaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut Isnin lalu.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa tidak dapat mengingati masa dan tarikh kejadian disebabkan masalah mental yang dihadapinya.

Bertindak atas laporan itu, polis telah menyerbu rumah sewa suspek yang dikatakan masih bujang itu, namun gagal menahan kerana suspek telah berpindah dan usaha mengesan lelaki itu sedang dilakukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sinar Harian

Empangan bocor 75 liter sesaat

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BEBERAPA pekerja cuba membaiki kebocoran pada empangan hidroelektrik Song Tranh 2, dalam wilayah Quang Nam kelmarin.

HANOI - Pemerintah Vietnam mengarahkan supaya kebocoran yang berlaku di empangan Hidroelektrik Song Tranh 2 dibaiki dengan segera.

Arahan itu dikeluarkan selepas orang ramai mula bimbang berhubung kebocoran yang berlaku pada empangan berkenaan yang terletak dalam wilayah Quang Nam, tengah Vietnam.

Pada Selasa lepas, pihak pengurusan Empangan berkenaan memberitahu, kebocoran yang berlaku dianggarkan sekitar 75 liter sesaat iaitu lima kali ganda lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Mengulas mengenai kerosakan tersebut, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan, Hoang Quoc Vuong berkata, empangan itu masih selamat walaupun kebocoran yang berlaku adalah jauh lebih tinggi daripada tahap biasa.

"Kebocoran pada kadar 75 liter sesaat masih selamat. Di Amerika Syarikat, beberapa empangan mengalami kebocoran hingga 500 liter sesaat tetapi ia masih kukuh," katanya.

Menurutnya, pemerintah mahu kebocoran tersebut siap dibaiki menjelang 15 April ini. - Agensi