13 April 2012

Pasar lengang kerana gempa Aceh

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GERAI-GERAI menjual ikan di pasar pagi Tandop Kubang Rotan, Alor Setar lengang ekoran kekurangan bekalan ikan semalam.

ALOR SETAR - Dua buah pasar pagi di jeti pendaratan ikan di Kuala Kedah di sini lengang apabila kebanyakan gerai tidak beroperasi selepas bekalan ikan pada pagi semalam berkurangan gara-gara amaran tsunami akibat gempa bumi kuat 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara petang kelmarin.

Gerai-gerai menjual ikan tidak beroperasi kerana nelayan tidak keluar ke laut selepas amaran tsunami dikeluarkan dan tinjauan Kosmo! mendapati, hanya lapan daripada 13 buah gerai di pasar pagi Seberang Kota beroperasi manakala hanya enam daripada 13 buah gerai dibuka di pasar pagi Tandop Kubang Rotan.

Rata-rata peniaga dan nelayan memberitahu, bekalan ikan berkurangan selepas kesemua nelayan di laut diarahkan pulang oleh pihak berkuasa termasuk Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) petang kelmarin.

kosmo/-

Tiada ulasan: