21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
TUMPAT - Hanya kerana masalah lelangit sumbing, seorang anak yatim berusia lapan tahun terpaksa menempuh kehidupan sukar apabila badannya kerdil dengan ketinggian hanya 93 sentimeter dan berat badannya cuma lapan kilogram.
Keadaan tubuh kanak-kanak lelaki itu, Mohd Amirul Akma Mohd Faizol sebaya dengan bayi berusia setahun dan dia juga tidak dapat bertutur, berjalan serta menghadapi masalah pendengaran selain mengidap sindrom down.
Tiga tahun lalu, air mata ibunya, Norizan Mamat, 49, tidak pernah kering mengenangkan nasib anak bongsunya, Mohd Amirul Akma yang perlu menjalani pembedahan jantung berlubang dan kini dihantui pula pembedahan lelangit sumbing.
"Pembedahan jantung sudah berjaya dilakukan ketika dia berusia lima tahun lagi di Institut Jantung Negara.
"Tetapi satu lagi pembedahan segera perlu dilakukan untuk membaiki lelangitnya yang sumbing itu," katanya ketika ditemui di rumah kakaknya di Taman Sri Tanjung, Pasir Pekan di sini.
Disebabkan tiada rumah, Norizan terpaksa menumpang di rumah kakaknya, Roniah, 55, buat sementara waktu. Malah dia sebelum ini menetap di rumah mertuanya di Kampung Serdang Kubang Sepat, Pasir Mas.
Norizan berkata, yang merisaukannya adalah kos pembedahan itu memerlukan dia menyediakan wang sebanyak RM50,000 hingga RM100,000.
Katanya, dia hanya ada masa beberapa minggu sahaja kerana anaknya itu perlu dibedah pada 28 April ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II).
"Mana saya nak cari wang sebanyak itu sedangkan saya hanya mengambil upah menjahit baju selepas kematian suami lapan tahun lalu," katanya.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya, Mohd Faizol Yusof, Norizan dikurniakan tiga anak tetapi anak sulungnya sudah meninggal dunia ketika berusia lima bulan akibat paru-paru berair.
Norizan berkata, dia berharap anaknya itu dapat dibedah segera kerana besar kemungkinan anaknya itu dapat bertutur selepas lelangit sumbingnya ditutup.
"Ibu mana tidak mahu melihat anaknya membesar seperti kanak-kanak lain, tetapi kerana masalah lelangit sumbing, pembesaran anak saya terbantut.
"Walaupun dia makan banyak tetapi makanan itu tidak menjadi darah dagingnya, sampai sekarang badannya tidak membesar. Kalau minum atau makan makanan yang cair, pasti makanan itu akan keluar balik melalui hidung," katanya.
Mohd Amirul Akma bersekolah di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Ilham di Tendong Pasir Mas kerana sebelum ini mereka menetap di Pasir Mas.
Orang ramai yang prihatin dengan nasib adik Mohd Amirul Akma bolehlah menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islm Norizan Mamat nombor akaunnya 03-018-02-092459-8.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan