21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
AYER KEROH – Jabatan Imigresen Melaka menahan 107 pendatang asing tanpa izin (Pati) di tujuh kawasan sekitar negeri ini, kelmarin.
Masing-masing, berasal daripada lapan negara itu berusia lingkungan 19 hingga 47 tahun, antara 172 orang yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu 6P.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, operasi yang dilakukan itu selaras di seluruh negara dengan berakhirnya Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang berakhir pada Rabu.
“Operasi dilakukan seawal jam 2 petang sehingga 5 pagi tadi (semalam), melibatkan kawasan pasar raya, hotel bajet, kediaman di Taman Merdeka termasuk di Estet Bukit Kajang, Jasin.
“Semasa serbuan di sebuah taman perumahan Taman Merdeka, ada yang menyorok di atas siling semata-mata mengelak daripada ditangkap,” katanya pada sidang media di pejabat Jabatan Imigresen negeri, semalam.
Menurutnya, dalam serbuan itu, seorang wanita warga tempatan berusia awal 30-an turut ditahan kerana memberi perlindungan kepada mereka.
Katanya, antara yang ditahan adalah 29 warga Bangladesh, India (12), Indonesia (45), Myanmar (empat), Nepal (11) dan masing-masing dua orang dari Nigeria, Pakistan dan Uganda.
“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar pas lawatan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan menetap di negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal di negara ini setelah pas tamat tempoh.
“Manakala, Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 iaitu dengan sengaja memberi perlindungan kepada warga yang melanggar peruntukan akta,” katanya.
Kamalludin berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,346 tangkapan direkodkan dengan 1,310 pendakwaan di mahkamah, melibatkan bayaran denda RM1.5 juta termasuk kompaun sebanyak RM222,110.
“Sementara bermula Januari hingga semalam, sebanyak 924 tangkapan dengan 131 pendakwaan di mahkamah membabitkan RM330,000 denda dan RM87,970 kompaun.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan