13 April 2012

Gandingan berpengalaman taruhan Faito

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GANDINGAN pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin dan Ahmad Fazrul Sham menjadi tunjang utama Faito Motobert Racing untuk mencatat kemenangan dalam pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malysia PETRONAS 2012 di Terengganu.

Pengendali pasukan, Rosnizam Mohd Noor percaya kombinasi Fuad dan Fazrul berpeluang cerah untuk mencatat kejayaan dalam kategori CP130 berbanding pelumba kurang berpengalaman.

“Fuad dan Fazrul mempunyai pengalaman dan kemahiran yang diperlukan kerana dapat memberikan maklumat tentang tindak balas jentera yang diperlukan kepada mekanik pasukan dengan tepat.

“Perlumbaan CP130 begitu kompetitif kerana bagi pelumba muda, mereka memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri melainkan benar-benar mempunyai bakat dan kebolehan yang luar biasa,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran di Terengganu, beliau berharap mereka dapat mengekalkan kedudukan­ konsisten dan berpeluang berada di atas podium.

Sinar Harian

Tiada ulasan: