21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Hanya kerana mahu membeli barang di pasar malam, tiga penyamun yang terdesak sanggup menyamun seorang pengawal keselamatan dan melarikan wang berjumlah RM50 sahaja.
Baki RM30 lagi yang diambil dari dalam kocek seluar mangsa dipulangkan, dalam kejadian di sebuah kilang minuman ringan di Rembia, dekat sini, awal pagi semalam.
Mangsa, Sulaiman Ismail, 61, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dan dia baru selesai meronda di sekitar kawasan kilang.
“Tiba-tiba saya diserang tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan sebilah pisau ‘rambo’ yang masuk melalui pagar kawat yang sudah dipotong.
“Saya kemudiannya diseret ke belakang kilang,” katanya.
Menurutnya, kedua belah kaki dan tangannya diikat sambil diacukan pisau, sementara mulutnya ditutup dengan pita pelekat hitam.
“Ketiga-tiga penyamun mengacu pisau ke leher saya dan mengarahkan agar saya tidak menjerit.
“Saya merayu tidak diapa-apakan dan mereka mengarahkan saya memberi wang kerana mahu membeli barang di pasar malam,” katanya.
Sulaiman berkata, selepas itu dua daripada penyamun terbabit memanjat bumbung kilang dan cuba masuk ke dalam pejabat, sementara seorang lagi mengawasi kawasan sekitar.
“Mereka memecahkan alat penggera, sementara saya mengambil kesempatan meleraikan ikatan tali pada kaki dan cuba melarikan diri.
“Bagaimanapun, dalam cubaan melarikan diri dengan hanya berstoking, kaki saya tersadung dan terjatuh, namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya.
Sementara itu, pemilik kilang yang enggan dikenali berusia 43 tahun berkata, dia yang berada di rumah menerima isyarat alat penggera yang dipecahkan menerusi telefon bimbit.
Menurutnya, dia segera menghubungi balai polis berhampiran bagi memaklumkan kejadian yang berlaku sebelum bergegas ke kilang.
“Sebaik tiba, saya dapati pekerja saya berada dalam keadaan selamat dan hasil pemeriksaan dilakukan tiada barang berharga yang sempat dilarikan penyamun terbabit, selain wang RM50 itu sahaja.
“Ini kali kelima kilang saya dimasuki penceroboh selepas lapan tahun beroperasi dan kejadian ini berjaya dirakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada sudut bangunan kilang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, suspek disyaki warganegara Indonesia melarikan diri dan dipercayai tidak menaiki sebarang kenderaan.
“Mangsa tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan di bawah kesalahan samun berkumpulan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan