Pena Idham Lim
24 Ramadhan 1438H.
Teringat kisah silam semasa usia sekolah rendah di kampung kelahiran di Kelantan. Ada yang suka takutkan saya dengan katanya nak bagi sunatkan saya. Akibatnya sering saya lari ketakutan. Selepas saya masuk Islam saya pergi berjumpa doktor disebuah klinik di Machang dan tanpa rasa takut benarkan doktor sunatkan saya. Ternyata apa yang ditakutkan selama ini tidak benar dan menakutkan saya juga lagi tidak benar. Untunglah saya masuk Islam walau ada yang takut-takutkan saya dengan bersunat. Namun saya maafkan mereka sempena Ramadhan yang mulia ini.
Sejahtera Bersama Islam.