30 April 2011

PAS tegas akan bersama Pakatan - Mustafa Ali

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 April: PAS dengan tegas menyatakan akan kekal bersama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.

Mustafa (gambar) mengulas kenyataan Najib yang sekali lagi menjemput PAS untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah beberapa kali ditolak oleh PAS.

Chua pula berkata, MCA tidak akan berada dalam kabinet lagi jika parti itu tidak mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib hari ini mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. Sebelum ini timbalan beliau, tan Sri Muhyidin Yasin juga datang ke Dun Manir, kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib.

"Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat - bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia," kata Mustafa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Bagi Mustafa, kenyataan Najib dan Chua ini hanya kenyataan politik.

Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.

"Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu," tegas beliau.

Nizar rasmi Kejohanan Motorcross Terbuka Perak di Kuala Kangsar

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA KANGSAR, 29 April:- Litar motorcross di bendang kering sayong diharapkan lain dengan litar yang lain bila peserta dan penganjur yang terlibat tidak mengabaikan tanggungjawab kepada tuntutan agama dan diharapkan supaya kerja kita dianggap sebagai ibadah kepada disisi Allah. Demikian antara penegasan Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, YB. Dato' Seri Muhamaad Nizar Jamaluddin semasa merasmikan Kejohanan Motocross Terbuka Perak di Litar kepala bendang Sayong, disini hari ini.

Kejohanan yang julung kali diadakan di litar yang juga baru dibuka itu menarik lebih 100 orang peserta dari seluruh negara, antaranya dari Kedah, perlis dan seorang pelumba dari Australia yang mewakili satu kumpulan dari Ipoh.

Penganjuran kejohanan ini adalah anjuran bersama yayasan amal malaysia bersama dengan Pengusaha-pengusaha Seramik Sayong yang menawarkan hadiah keseluruhan bagi semua kategori hampir RM 10,000.

Hadir saya dalam kejohanan itu ialah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan pengarah Program.

Selesai merasmikan program tersebut Dato" Seri Nizar yang juga ditemani oleh Isterinya serta 3 orang nakannya meluangkan masa untuk melawat lebih 40 gerai jualan kejohanan selama 2 hari itu.

Program penutupan akan disempurnakan oleh tuan Hj. Mohd Sabu esok pada jam 5.30 petang.






Abdul Rahman angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN: Tun Abdul Rahman Abbas hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi penggal keempat.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Hakim Pengurus Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Zakaria Sam di Seri Mutiara di sini.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, anggota Exco kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat.
Pada 19 April lalu, Abdul Rahman, 73, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memegang jawatan itu bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Abdul Rahman yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Abdul Rahman yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat orang anak.

Beliau yang berkelulusan ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982.
Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum bergiat aktif dalam politik dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bertam, Pulau Pinang selama empat penggal pada pilihan raya umum tahun 1978, 1982, 1986 dan 1990.

Abdul Rahman dalam karier politiknya pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974 hingga 1988, Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO dari 1976 hingga 1978 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada 1988. -

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar Panama

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

WASHINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Panama awal hari ini, kata kerajaan Amerika Syarikat.

Gempa yang berlaku pada kira-kira 3.19 pagi waktu tempatan, kira-kira 179 kilometer selatan bandar David, dekat sempadan Costa Rica, kata Pengkaji Geologi Amerika Syarikat.

Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan. - AFP

Kenyataan ADUN Titi Serong : Ucapan Najib gambaran UMNO dan BN sudah tersangat lemah

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Khalil Idham Lim.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan dirinya sendiri dan menunjukkan dia sudah tidak ada isu lagi untuk bercakap dengan meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat yang disifatkkannya jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Najib juga berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Sedangkan beberapa usaha dilakukan Umno yang dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Usaha ini diperhebatkan dan dilihat ada kewajaran lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Kalaulah dengan alasan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam, saya lihat kenyataan Najib adalah kenyataan yang sangat rapuh dan akan ditertawakan oleh sesiapapun yang tahu antara DAP dan UMNO sendiri siapakah yang sebenarnya lebih baik pada masa ini.

Tidak lagi bercakap siapa yang memperjuangkan Islam, kerana DAP walaupun parti bukan Islam seperti dakwaan UMNO dia adalah parti yang berjuang untuk Islam, ternyata yang telah ditunjukkan oleh Ketua Menteri dari DAP di Pulau Pinang, Lim Guang Eang adalah lebih baik dari masa pemerintahan BN.

Pemberiaan saguhati kepada para penghafal al Quran, bantuan kepada guru KAFA, Sekolah Agama dan banyak lagi usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang menunjukkan negeri itu lebih baik pembelaan Islam berbanding dibawah BN satu masa dulu.

Walaupun "wangi" yang dilakukan oleh Kerajaan PR ditutup rapat, malah di "busukkan" dengan putar belit dan cerita palsu oleh media BN, namun sesuatu yang baik dan wangi itu pasti dicium juga oleh seluruh rakyat Pulau Pinang malah sampai keluar Pulau Pinang.

Selain itu siapakah Najib yang memandai untuk mengajar PAS keluar dari PR. Nasihat saya jagalah dulu parti sendiri dan gabungan BN yang sudah semakin nazak dan akan dikuburkan dalam PRU ke 13 nanti. jangan menyibuk mengenai parti dan gabungan pakatan Rakyat, tahulah kami untuk mengajar BN dalam PRU ke 13 nanti !

Persoalannya ilah orang cina sudah menolak komponen parti yang mewakili orang Cina dalam BN iaitu MCA. Kegusaran kalau isu liwat dan video seks tidak menjadi untuk mengukuhkan sokongan melayu kepada UMNO, dimanakah lagi UMNO akan berpaut melainkan mencari kaedah baru untuk pecah dan lemahkan Pakatan Rakyat.

Bercakap dengan nada yang "bodoh" supaya PAS keluar dari PR dan jangan berkawan dengan DAP adalah ajakan supaya PAS bergabung dengan UMNO yang telah jelas ditolak oleh pemimpin PAS.

Alhamdulillah apa yang saya lihat dari kenyataan Najib pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu hari ini menggambarkan bahawa UMNO dan BN sudah tersangat lemah dan hampir pasti menerima kekalahan yang teruk dalam pru ke 13.

Kalau sebelum ini Pakatan Rakyat dapat membuktikan dan berjaya menumbangkan BN di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pualau Pinang. Adakah satu perkara yang mustahil dan susah sangat untuk kita menjadi kerajaan Pusat selepas PRU ke 13 ?

Kita tungu dan lihat.

Benarkah PKNP tak maklum MoU projek sensitif kepada Kerajaan Negeri Perak ?

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kesal dengan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kerana menandangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Zambry di petik sebagai berkata, "Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MoU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri...walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209"Walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kontroversi berhubung laporan sebuah portal sebelum ini bahawa sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah.

Laporan itu menimbulkan bantahan beberapa pihak yang bimbang mengenai kesan radiasi daripada projek itu.

Zambry berkata menjadi tanggungjawab PKNP untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri kerana sebarang perkara yang membabitkan soal dasar kerajaan negeri harus dimaklumkan terlebih dahulu.

Katanya, sebagai sebuah agensi kerajaan negeri, ia tidak boleh mengambil sebarang tindakan sesuka hati terutama yang berkaitan perkara sensitif.

Portal berita berkenaan melaporkan pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai memorandum persefahaman dengan PKNP bagi menjalankan projek itu di Bukit Merah.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd, telah memohon kepada Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja pembersihan.

Ketua Eksekutif PKNP Datuk Samsudin Hashim semalam berkata MoU itu hanya memberi kebenaran kepada Syarikat CVM Mineral Limited untuk melaksanakan kajian kemungkinan melombong sisa nadir bumi dan tiada kelulusan projek nadir bumi diberikan.

MoU itu hanya membenarkan firma itu untuk mengkaji elemen daya maju operasi perlombongan nadir bumi di Bukit Merah, katanya.MK/-

Ulasan Cina islam :

Namun timbul persoalan yang sangat serius apabila pengerusi kepada PKNP adalah Dr. Zambry dan timbul berbagai persoalan termasuklah semacam CEO PKNK "dikambing hitamkan" demi untuk menyelamatkan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Perak.



Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat kata NUJ

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

NONE"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

NONE"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

NONE"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.

Malaysiakini/-

Politik 'longkang' cemari Rukun Negara

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Wira Arjuna

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMedia arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.

NONE“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau sebelum ini.

Di Kelantan, PKR mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen “pencerahan isu Anwar” oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat KEMAS. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa.

Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat.

Ke mana hala tuju negara?

Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini?

NONEKe mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal kesopanan dan kesusilaan?

Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik?

Apakah benar polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis?

Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan “jam Omega' sebagai modal politik ketika pilihan raya negeri Sarawak yang lalu.

Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib.

NONEMalah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah.

Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998.
Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim.

alleged four full sex videos on youtube 290411Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, TV3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan.

Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan BN (BN).

Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan ketua pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya.

Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain.

Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah.

NONEDalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.

Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan.

Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.

Malaysiakini/-

Nostalgia Ikan Laga Bendang


26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


MALAYSIA mencatatkan kehadiran 25 spesies betta liar iaitu ikan hiasan dalam perairan air tawar negara. Spesies tersebut berpotensi untuk dikomersialkan memandangkan ia mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Laporan oleh Fishbase 2011 menyebut bahawa sebahagian besar ikan itu terdapat di Semenanjung Malaysia, lima spesies di Sarawak dan empat spesies di Sabah. Daripada jumlah itu beberapa jenis pula telah dikenalpasti berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan.

Antara spesies yang telah dikenalpasti ialah Betta bellica, Betta coccina, Betta persephone, Betta livida, Betta pulchra, Betta fusca dan Betta pugnax. Peminat ikan betta itu termasuklah mereka dari Jerman, United Kingdom, Amerika, Jepun, Taiwan dan China.

Uniknya spesies itu adalah ia hanya ditemui di rantau Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sehubungan dengan itu, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi di Jelebu, Negeri Sembilan telah mengenal pasti beberapa spesies ikan hiasan tempatan terutamanya ikan betta yang sangat berpotensi dikomersialkan untuk pasaran dalam dan negara, kata Pengarah FRI Glami Lemi, Zulkafli Abdul Rashid.

Maklumat mengenai potensi spesies tempatan ikan hiasan itu sebenarnya telah dikumpulkan sejak tahun 2000.

Menurut Zulkafli, FRI telah memulakan kajian dengan menjalankan aktiviti pengumpulan spesimen ikan dari habitat semula jadi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Spesimen ikan liar betta yang berjaya dikumpul akan dipelihara dan dijinakkan dalam tangki di makmal FRI Glami Lemi sehingga matang dan boleh membiak. Setakat ini, 10 spesies betta telah dapat dijinak dan dibiakkan dalam makmal.

Zulkafli berkata, satu baka baru jenis Betta Bellica, yang berasal dari hutan simpan paya gambut di Pagoh, Johor dan Sabak Bernam, Selangor, berjaya dibiak dan dijinakkan dalam tangki dan berpotensi besar untuk dipasarkan.

Spesies itu dilaporkan telah banyak terancam dan diharapkan usaha pembiakan dapat diteruskan pula oleh penternak yang berminat untuk tujuan komersial.

"Spesies ini juga dikenali sebagai ikan pelaga hijau, tempala atau sepilai oleh penduduk tempatan tapi kami menamakannya Betta Manja kerana sifatnya yang begitu manja ketika lapar," jelas beliau.

Berpotensi dikomersialkan

Keistimewaan ikan hiasan itu ialah ia tidak berlaga sesama sendiri seperti ikan pelaga Siam, selain mempunyai warna badan yang cantik, bercoklat gelap, sisik berwarna hijau berkilat, mata berwarna biru berkilat dan sirip ekor yang panjang berbentuk nyalaan lilin.

"Ia sangat jinak dan makan di atas jari pemiliknya. Spesies ini berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan," katanya.

Pegawai penyelidik kanan FRI Glami Lemi, Mohamad Zaini Suleiman pula berkata, ikan itu berpotensi dibiakkan dalam kurungan (tangki) sebab sepasang ia boleh menghasilkan 200 ekor anak.

"Jadi, dalam tempoh enam atau tujuh bulan, saiznya mencecah kira-kira tiga setengah inci dan boleh dipasarkan pada harga RM5 seekor manakala induknya RM10 hingga RM15 seekor.

"Ia juga boleh dikomersialkan dan dipelihara dalam tangki untuk dijadikan peliharaan kesayangan kerana keistimewaannya yang tidak takut untuk makan di tangan tuannya.

"Tidak mustahil pada masa hadapan, ikan ini boleh dijadikan sebagai ikan spa untuk urutan dan perubatan," katanya.

Pengarah teknikal dan pengeluaran Aquatics International Sdn. Bhd., Syed Abas Alattas, berkata, sehingga kini belum ada penternak ikan betta liar secara komersial di Malaysia. Pihak beliau akan mengimport ikan itu dari Thailand sekitar 20,000 ke 30,000 ekor sebulan untuk dieksport semula ke negara lain.

"Memang kita dapat keuntungan, tapi kalau boleh dikeluarkan secara komersial di Malaysia adalah lebih baik," katanya.

Sementara itu, satu kolokium sehari telah diadakan di FRI Glami Lemi baru-baru ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan sasar akan potensi ikan betta bagi meningkatkan pendapatan.

"Di samping menjana pendapatan, kolokium ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang perlunya konservasi terhadap khazanah semula jadi kita yang sangat bernilai untuk diwariskan kepada generasi akan datang," kata Zulkafli.

Kolokium dengan tema "Khazanah Warisan Penjana Kekayaan" itu diadakan untuk membentangkan kepada masyarakat terutama yang terlibat dalam industri perikanan mengenai kejayaan dalam penyelidikan perikanan. - Bernama