17 Julai 2014

Yahudi bangsa yang dilaknat Allah

19 Ramadhan 1435. [MOD] -

SAYA sedang berehat di dalam wad HUSM pada masa sekarang atas nasihat doktor. Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita-berita dari akhbar-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza ada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan oleh Israel.

Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan Allah SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam Surah Fatihah. Selepas kita diwajibkan memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, Allah SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang-orang yang dimurkai. Sepakat para ulama menyatakan bahawa golongan yang dimurkai ini ialah orang-orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad SAW hanya kerana darah bangsa yang berbeza.

Penambakan laut, pasir dan syarikat keluarga diraja

19 Ramadhan 1435. [MOD] -


LAPORAN KHAS Dengan lebih daripada 3,000 hektar kawasan menjalani penambakan laut di selatan Johor dan beribu-ribu lagi hektar dalam perancangan, pasir menjadi satu komoditi yang semakin panas.