10 Januari 2008

Calon PAS Perlu Usaha Lebih Menangi Hati Rakyat - Husam

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Calon dan pemimpin PAS terutamanya daripada negeri-negeri yang tidak pernah memenangi sama ada dalam pilihan raya kecil mahupun umum perlu berusaha keras dalam mendekati dan memenangi hati rakyat sebelum mengimpikan kejayaan memenangi pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan dialog bersama sidang editorial Harakah di Pejabat Harakah dekat sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan sidang pengarang serta wartawan.

Husam berkata, pendekatan yang dibuat oleh beberapa pimpinan PAS Kelantan selain pendekatan beberapa pemimpin Umno disana dengan menziarahi penduduk tempatan terutamanya dalam aktiviti keagamaan perlu dilihat secara positif.

Katanya, secara amnya dengan adanya media dan segala kelengkapan kempen melalui perkakas kerajaan pemimpin Umno/BN di sana tidak perlu beruasah sedemikian rupa bagi memenangi hati rakyat.

Tetapi sebaliknya pemimpin BN yang juga selaku pembangkang di Kelantan tidak hanya mengharapkan perkakasan kempen yang sedia ada, mereka berusaha dengan keras mendekati rakyat termasuk terpaksa solat fardhu berjemaah beberapa kali di pelbagai lokasi surau di kawasan mereka, katanya.

Biarpun kadang-kadang ianya dilihat seperti satu lakonan, tetapi ianya boleh dicontohi dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya kepada pemimpin yang berada di negeri-negeri Selatan seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, katanya.

Dalam dialog yang sama, Husam turut membincangkan secara serius mengenai peranan Harakah sebagai media pilihan raya dan berfungsi sebagai agen kepada PAS menyegarkan kempen pilihan raya dengan bahan yang menarik.

Husam antara lain mencadangkan beberapa idea baru bertujuan memantapkan Harakah sebagai organ terpenting kepada penerangan PAS selain media-media di bawah kumpulan Harakah serta method lain yang digunakan sebagai penerangan parti.

Antaranya Husam melihat peripentingnya Harakah menjadi sumber kepada pembaca, parti lawan dan akhbar lain dalam isu-isu yang membabitkan dasar parti sendiri dan pendedahan yang boleh menyedarkan rakyat.

Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada editorial Harakah membawa arus perubahan untuk dipersembahkan dalam pilihan raya akan datang, setidak-tidaknya Harakah sebagai media suara parti yang menyengat. - mks.-->(Sumber: Harakahdaily Wed Jan 09)

PM : Cegah Jenayah Cuma Dengan 3 Langkah?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan pelaksanaan tiga langkah penting membanteras jenayah dan memantapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

1. Mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan awam dan premis yang dikenal pasti berisiko tinggi.




2. Menyambung perkhidmatan secara kontrak pegawai dan anggota polis yang bakal dan telah bersara di samping penempatan kakitangan awam mengisi jawatan tertentu dalam PDRM yang sebelum ini dijalankan anggota polis seperti tugas-tugas perkeranian.

3. Menyegerakan penambahan balai polis di bandar-bandar baru termasuk menyewa bangunan kedai untuk tujuan itu bagi mengelak tempoh masa lama membina balai baru.

Langkah di atas ada kebaikan nya namun dilihat tidak dapat membenteras jenayah tanpa ada usaha secara ikhlas untuk membentuk masyarakat untuk anti jenayah dan tidak melakukan jenayah. Pintu-pintu maksiat hendaklah disempitkan dan ditutup terus. Contohilah apa yang dilakukan di Kelantan

Kebimbangan dalam batang tubuh pengawal keselamatan apabila bekas ketua polis negara Tan Sri Hanif Omar yang mengatakan 40 % pegawai atas terlibat dengan rasuah. Persoalan ini dulu yang perlu dijawab dan diperbetulkan oleh PM barulah langkah diatas berjaya dilaksanakan.







Parlimen Kuala Kangsar:Anwar Lawan Rafidah

Bekas Pemangku Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim membayangkan hasrat beliau untuk bertanding di Kawasan Parlimen di sini dalam pilihan raya ke-12 akan datang.




"Saya tersangat gembira kiranya dapat bertanding di Kawasan Parlimen Kuala Kangsar nanti bagi mengalahkan Dato' Seri Rafidah Aziz yang telah mengekalkan kemenangannya sebagai Ahli Parlimen di sini sejak sekian lama," katanya sewaktu berceramah di majlis perjumpaan sepetang bersama rakyat selepas Jumaat di Kg. Sayong Lembah dekat sini 4 Januari lalu..

Tegasnya, beliau ingin menjadi calon Kawasan Parlimen di sini adalah untuk melakukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat di bandar Diraja itu khasnya dan kemajuan pembangunan negeri Perak serta negara amnya.

Kenyataan Anwar di atas disambut oleh Rafidah ketika berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) kelmarin.

Rafidah Aziz bersedia berdepan dengan bekas ketuanya ,jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu.

Perkembangan ini sangat menarik bagi penduduk dinegeri perak melihat kepada kerusi Kuala Kangsar yang sangat sinonim dengan Istana Bukit Candan. Sebelum ini Rafidah dicabar beberapa kali oleh pimpinan PAS negeri Perak tetapi gagal ditumbangkan.

Pada tahun 1999, Rafidah di Cabar oleh AJK PAS Pusat yang semasa itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Peguan Asmuni Awi. Rafidah mendapat 12,074 undi dan Asmuni Bin Awi mendapat 9,300.

Pilihanraya ke 11 tahun 2004 Rafidah dicabar oleh Ir. Hj. Nizar Jamaluddin yang pada masa itu merupakan Bandahari PAS Perak. Sekali lagi beliau dapat mempertahan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 5557 undi. Rafidah mendapat 11305 undi dan Nizar mendapat 5748 undi.