10 Januari 2008

Parlimen Kuala Kangsar:Anwar Lawan Rafidah

Bekas Pemangku Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim membayangkan hasrat beliau untuk bertanding di Kawasan Parlimen di sini dalam pilihan raya ke-12 akan datang.




"Saya tersangat gembira kiranya dapat bertanding di Kawasan Parlimen Kuala Kangsar nanti bagi mengalahkan Dato' Seri Rafidah Aziz yang telah mengekalkan kemenangannya sebagai Ahli Parlimen di sini sejak sekian lama," katanya sewaktu berceramah di majlis perjumpaan sepetang bersama rakyat selepas Jumaat di Kg. Sayong Lembah dekat sini 4 Januari lalu..

Tegasnya, beliau ingin menjadi calon Kawasan Parlimen di sini adalah untuk melakukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat di bandar Diraja itu khasnya dan kemajuan pembangunan negeri Perak serta negara amnya.

Kenyataan Anwar di atas disambut oleh Rafidah ketika berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) kelmarin.

Rafidah Aziz bersedia berdepan dengan bekas ketuanya ,jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu.

Perkembangan ini sangat menarik bagi penduduk dinegeri perak melihat kepada kerusi Kuala Kangsar yang sangat sinonim dengan Istana Bukit Candan. Sebelum ini Rafidah dicabar beberapa kali oleh pimpinan PAS negeri Perak tetapi gagal ditumbangkan.

Pada tahun 1999, Rafidah di Cabar oleh AJK PAS Pusat yang semasa itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Peguan Asmuni Awi. Rafidah mendapat 12,074 undi dan Asmuni Bin Awi mendapat 9,300.

Pilihanraya ke 11 tahun 2004 Rafidah dicabar oleh Ir. Hj. Nizar Jamaluddin yang pada masa itu merupakan Bandahari PAS Perak. Sekali lagi beliau dapat mempertahan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 5557 undi. Rafidah mendapat 11305 undi dan Nizar mendapat 5748 undi.

Tiada ulasan: