MANONG – Pas negeri ini masih meneruskan matlamatnya untuk memberi penjelasan kepada rakyat hingga ke peringkat akar umbi berhubung kedudukan sebenar pergolakan politik Perak selain mengetengahkan isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Naib Presiden Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, DUN Perak dijangkakan akan dibubarkan dalam masa terdekat dan meminta rakyat bersiap sedia dengan membuka bilik gerakan pilihan raya.
Menurutnya, antara senjata Barisan Nasional (BN) yang akan digunakan sekiranya berlaku pembubaran DUN adalah dengan cuba meyakinkan orang Melayu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah, kaum tersebut akan ditindas.
“Kita dapat isyarat DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi dan bilik gerakan serta jenteranya harus dibuka sekarang.
“Jika DUN Perak dibubarkan, BN pula akan mengeluarkan isu perkauman dan cuba meyakinkan orang Melayu bahawa jika PR mentadbir, orang Melayu akan ditindas,” katanya.
Salahuddin berkata, pihaknya dan penyokong PR tidak kisah sekiranya kalah dalam pilihan raya tetapi biarlah rakyat yang membuat pilihan mereka.
“Apa pun biar rakyat diberi pilihan untuk menentukan kerajaan yang baru.
“Yang penting kita harus bekerja kuat dan Insya-Allah PR akan kembali berkuasa,” katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu dan perkembangan semasa di Kampung Ara Panjang, kelmarin.
Beliau berkata, wakil PR akan mendekati rakyat sehingga ke akar umbi bagi mendengar keluhan mereka yang selama ini tidak dibantu oleh BN.
“Kami akan melaksanakan tanggungjawab itu sebaiknya bagi menyelami masalah rakyat di sini,” katanya.
Katanya, konsep gagasan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan pada hari ini adalah ciplak dan pembentangan bajet 2010 juga tidak menepati slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.SinarHarian/-