04 November 2009

SPRM Tangkap 'Anak Ikan' Untuk 1Malaysia

Oleh : Zabidie Abas

Semalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia cawanagan Selangor (SPRM) 'mengamuk' dan menangkap beberapa orang. Ia pendakwaan politik parti BN dan Pakatan Rakyat.

Khabarnya hari ini akan berlaku pendakwaan. Dipercayai bagi menutup 'Bajet 1Malaysia 2010' yang ditertawakan marhaen dan professional.

Pencatat menganggap ini hanya kes terpilih bagi menutup mata rakyat. Kes-kes besar seperti penyelewengan pembelian helikopter, kapal selam, projek PKFZ dan lain-lain melibatkan ratusan juta-billion masih dilindungi.

Kita akan saksikan penglipurlara Mr. 1Malaysia akan berlakun ala-Shah Rukh Khan dengan muka tegas dihadapan media kononnya Kerajaan 1Malaysia tidak 'memilih bulu' dalam kes rasuah.

Kita sedia maklum selepas menerima lembu, SPRM cuba membuktikan mereka tidak 'makan gaji buta'. Tetapi mengapa kes yang melibatkan puluhan ribu saja untuk didakwa.

Pencatat berharap SPRM Johor, Kedah, P.Pinang dan Perak yang sebelum ini telah banyak menerima laporan serta bukti penyelewengan tidak perlu menunggu 'hadiah lembu' baru ingin bekerja.

17 ulasan:

kelambuharimau berkata...

ish awak ni macam betul aje tuduhan yang awak lemparkan.dosa tau kalu perkara tu tak benar berlaku,,kalulah benar mesti dah kena tangkap punya lah..awak je yang keluarkan kenyataan yang tak betul ni..

masuksuku berkata...

salam yb
mereka kan lembu..itu sebab nak kena beri lembu..lebih lebih lagi lembu betina..provokasi sprm yang dapat lembu betina hari tu terus tukar pendakwaan terhadap jamaludin dan othman hanya kerana dapat lembu betina yang cun sebab bontot gebu..he..he..he..

Tanpa Nama berkata...

Syaitan mana nak tangkap iblis..

Tanpa Nama berkata...

SPRM kuda UMNO...

Tanpa Nama berkata...

SPRM dan UBN umpama segerombolan penyamun...

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak hapus rasuah, hapuskan UBN dahulu...

Tanpa Nama berkata...

Pengundi bagan pinang dah menyesal kerana sokong BN, kereta 15 tahun kena test puspakom!!! tempat buat rasuah!!! SPRM pejam mata???

Tanpa Nama berkata...

Bapa borek UMNO, anak rintek SPRM...

Tanpa Nama berkata...

UMNO rasuah 1 MALAYSIA, SPRM buat-buat buta!

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana nak hapus rasuah, Kerajaan BN pun rasuah maacam diperak...

Tanpa Nama berkata...

Kalau percaya SPRM Beng Hock mungkin tak mati lagi, wallahuaklam.

Tanpa Nama berkata...

SPRM(Suruhanjaya Pembantu Rasuah Malaysia)

Tanpa Nama berkata...

ak keje dgn kroni najib,,boss ak tuh abg dia mcm2 dpt tender k'jaan,dr sekolah smpai la ke kem2 askar,,boss ak tuh hampeh kuat tek duit pekerja,duit bangla pon dia sanggup tek, xbagus2

Tanpa Nama berkata...

jerung2 mmg susah nk tgkp..silap2 hri bulan kena "ngap" kt jerung tu..tgkp bilis je la snang..

Tanpa Nama berkata...

Tangkap yang tak buat rasuah kemudian tuduh rasuah lagi senang kerja agaknya????

Tanpa Nama berkata...

wahai kelambuharimau, apakah awak tak faham atau sengaja tak mahu faham? negara ada undang undang . sekiranya ada sesiapa yang membuat kenyataan palsu terhadap sesiapa pun, orang itu boleh diambil tindakan undang undang. kenapa umno dan bn tidak ambil tindakan menyaman.....sebab takut kebenaran akan terbongkar! sebenarnya awak tahu... tapi sengaja buat tak tahu.. ataupun bodoh bebenor!

Tanpa Nama berkata...

alahai...
ikan bilis ajer ker???
khir toyo yg billion2 tu tak tangkap...
rakyat da tak caya ngan sprm...
setakat tangkap ikan bilis, rakyat tak heran ar...
tangkap kepala dulu, baru la ekor jadi takut...
ni gi tangkap ekor, kepala still boleh nganga lagi...
bodohnya wayang sprm...
lain kali suruh la sprm masuk anak wayang, berlatih anak wayang...