CERUN RUNTUH... Jalan persekutuan di KM 12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching, Rawang ditutup kepada semua lalulintas hari ini akibat cerun runtuh pada 2.45 pagi tadi. Pengguna jalan persekutuan tersebut dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sekiranya menghala ke Rawang dari Kuala Lumpur. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF
RAWANG: Jalan persekutuan di KM 12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching di sini ditutup kepada semua lalulintas hari ini akibat cerun runtuh pada 2.45 pagi tadi.
Cerun yang runtuh itu, berkeluasan 200 hingga 250 meter, menutupi laluan kedua-dua arah Jalan Rawang-Selayang menyebabkan lebih 80,000 pengguna tidak dapat melalui jalan itu yang ditutup sejak 4.45 pagi.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor melawat kawasan itu dan mengarahkan cawangan jalan dan cerun Jabatan Kerja Raya menyediakan satu laporan terperinci mengenai punca kejadian.
"Kerja pembinaan di kawasan berhampiran tempat kejadian harus dihentikan sementara menunggu laporan disiapkan bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang," katanya kepada pemberita.
Pada masa ini kerja pembersihan sedang giat dijalankan untuk membolehkan orang ramai kembali menggunakan laluan tersebut secepat mungkin.
Shaziman berkata jalan itu dijangka beroperasi seperti biasa pada pukul 7 pagi esok sekiranya tidak berlaku kejadian susulan dan hujan.
Pada 5.50 pagi, sepasukan polis serta unit anjing pengesan tiba di tempat kejadian dan mendapati tiada mangsa dan kenderaan yang tertimbus. BERNAMA
mStarOnline/-

7 ulasan:
Tanda kejatuhan UBN dalam PRU13...
akibat dari kerakusan pemaju.., pengguna yg menanggung akibatnya.. jika diperhati disekitar selayang, sepanjang jalan tersebut bermula dari kolam air panas terdapatnya projek2 perumahan bernilai jutaan ringgit, sebelum kolam air panas..., projek perumahan semi-d berharga 2 juta setiap unit.., juga projek kondo mewah dimana jelas kelihatan lereng bukit digondolkan dan jalan atas menuju ke hospital selayang, kepong jelas dalam risiko tanah runtuh... dan tak jauh dari tempat tanah runtuh tersebut juga terdapat projek2 perumahan jutaan ringgit....,
kot mana pun ulasan tu mesti ke politik jugak yer
salam yb
komen tanpa nama 11.49 tu nampak tergantung..
mestilah ke politik juga..sesiapa yang kakitangan kerajaan pasti tahu..walau ada akta yang mengatakan tak boleh..pasti nanti ada dapat phone dpd orang atas dari atasnya juga nyatakan sipulan ni..orang kuat ni..raja ni..sedara menteri ni..nak benda tu..mesti nak benda tu..tak ke ini politik juga..
tanpa nama macam tak tau je atau buat buat tak tau benda ni..
satu lagi projek bn??
Ini adalah azab dari Allah jangan salahkan sesiapa bn baik ataupun pr kalau hati tak ingat Allah seperti kaum indonesia disana, macam inilah gempa bumi seperti indonesialah....
bagi aku sampai harini masih belajar fardhu ain, kalian tanyalah diri sendiri sudah belajar habis belum fardhu ain dan syariat itu yang penting.
Salam YB,
komen david ahmad miniandy-4:29 AM saya setuju sangat dgn komen beliau tu di zaman dunia yg sudah hampir ke penghujung nya azab Allah diberi cash tak kira d mana kita brade lebih2 lg jika d Tanah Suci. Memang benar lah kalau hati dah mati, dah buta hitam pekat Hidayah Allah tak akan masuk kerana Hidayah Allah adalah Suci, yang Kudus yg akan masuk ke dalam hati yg bersih, yang sentiasa mengingatinya walau d mana skali pun dia brade kecuali dalam tandas.
La ni m'sia hanya dpt gegaran sj dari gempa bumi di negara jiran dan tak mustahil m'sia akan menerima nya satu hari nanti walaupun pakar2 saintis/geologi mengatakan m'sia bukan laluan nya.
Aku masih belajar mencari siapa aku yg sebenarnya krn Muslim dan Mukmin tu jauh bak langit dan bumi krn orang Mukmin tu celek dua mata hatinya iaitu Fuad dan Kalbun,krn Syariat,Tariqat, Hakikat dan Makrifat ada kaitan.
Catat Ulasan