04 November 2009

Kenapa perlu tauliah ?

Berikutan dengan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli parlimen Ampang (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib

Persoalannya bukan kerana bekas seorang mufti atau siapapun yang cuba dihalang mengajar kerana kononnya tidak ada tauliah, Namun yang menimbulkan persoalan kepada kita semua sampai bilakah persoalan tauliah ini akan dapat diselesaikan. Hampir setiap tahun persoalan ini diperkatakan malah sejauh mana ianya telah menemui jalan penyelesaian?

Teringat saya semasa belajar di Aceh Indonesia, saya melawat banyak pondok-pondok pengajian disekitar Aceh termasuklah sebuah pondok yang di asaskan oleh Tengku Ahmad Mempelam Golek. Pondok itu terletak di Aceh Besar tidak berapa jauh dari Kampus IAIN ArRanity tempat saya menuntut ilmu.

Yang menarik bagi saya, setelah lima tahun berada di pondok, pelajar yang telah tamat penngajian sesuai dengan syilibus yang ditentukan maka mereka diberikan semacam tauliah iaitu sebuah basikal tua untuk mengajar ditempat-tempat yang ditetapkan oleh pondok, kalau itulah tauliahnya mungkin basikal sebagai tanda dan kenderaan untuk sampaim ketempat bagi mencurahkan ilmu yang selama ini dipelajari Yang lebih jauh kemampuan ilmu yang telah dimiliki oleh pelajar pondok itu. Itulah tauliah yang sebenarnya.

Seorang bukan Islam boleh bertanya" belajat tinggi-tinggi perlu tauliah lagi ka ?" itulah soalan yang saya sangat sukar untuk menjawabnya.

Sebenarnya apa yang penting sekarang ialah penguasaan ilmu yang dikuasai oleh seseorang termasuk oleh Dr. Asri. dan sudah tibalah masanya semua pihak memikirkan langkah yang drastik untuk menyelesaikan persoalan tauliah ini dalam tempoh yang terdekat.

Paling kurang negeri yang masih dikuasai oleh Pakatan Rakyat mestilah ada penyelarasan kepada kegiatan agama yang lebih bebas berupa pengiktirafan kepada ilmuan agama dari negeri tersebut untuk mencurahkan ilmunya kepada masyarakat.

Saya tersangat malu dengan kumpulan yang rata-ratnya jahil agama dari pasukan polis dan penguatkuasa JAIS sendiri yang datang menangkap orang yang ada kelulusan PHD dalam bidang agama, pernah pula menjadi Mufti Kerajaan Perlis dan seorang pensyarah yang masih aktif. Bahasa mudahnya tok jahil pergi tasngkap tok alim.

Memalukan lagi ialah kuliah itu diadakan disebuah permis persendirian yang sebenarnya tidak ada sesiapapun yang berhak menganggunya. Sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (1)(b) semua warga negara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

14 ulasan:

anakjatiperak berkata...

Maka,apakah bezanya Jabatan Agama bawah UMNO dengan bawah PR.Kalau sama,lebih baik pakai yang dulu,,tak payah tukar kerajaan...

TokMudim berkata...

Ini bukan soal tauliah...ada benda ni

putar alam berkata...

Tauliah lebih bernilai dari ijazah.... !!???? Lain kali baik ambik tauliah aje tak payah belajar teruk2 buat ijazah.

Brahim Nyior berkata...

Tauliah tu macam lesen dan permit lah. Biasa gitu. Ceramah pun kena ada permit, kalau tak, Polis tak benarkan.

Dalam hal Dr. Asri, JAIS tu macam polis lah.

Tapi bagi teman, itu semua alasan JAIS. Ada 'hidden agenda'. Pls wait and see...

Brahim Nyior berkata...

Rasanya dah tau tangan di sebalik drama ni..

Baca di Mstar online:
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/2/mstar_berita/20091102172926&sec=mstar_berita

Buat Datuk Nakhaei, siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya..

Tanpa Nama berkata...

Barang kali ikut undang2 JAIS, jika Baginda Rasullah S.A.W. masih hidup, barangkali Baginda S.A.W. pun perlu diinterview dulu untuk dapatkan tauliah.

Tanpa Nama berkata...

betul isu tauliah memang dah lama. kat perak difahamkan kalau nak dapat tauliah tak kira sapa yang dah ada ijazah, MA,PHD dalam agama pun kena periksa dan interveu..walhal dah ada bergulung ijazah dan syahadah2 lain...hatta yang dah ada tauliah negeri lain tak boleh mengajar sebarangan kat negeri selain tauliah di keluarkan...terfikir juga adakah islam di negeri2 ni perli diajar ikut negeri..atau ??????...

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya yang dah ada pengiktirafan ijazah paling miniman tak perlu tauliah dah... mereka dah diiktirah oleh ulama di univ dah....

Tanpa Nama berkata...

janganlah bdodoh sangat...semmua dah tau asri tu wahhabi,pasai pa dok pertahan sangat...dia ni talibarut umno didokong oleh syahidan!!!apa la bengap sangat ni...takkan la pm nak bela klu org lain!!!woi bangun!!!apa pening2 pikir ni?hangpa pi semak balik masa pilihanraya kecik di melaka sblm pru 12 dulu,masa dia pegang jwtn mufti,dia dok tang mana masa kempen BN kat situ,dia ada d sisi mb perlis baca yasin utk kemenangan cina mca d situ!!!ngok betoi!!!pasai pa bila yasin mlm jumaat bidaah,bila yasin bn sunnah?

Tanpa Nama berkata...

Tauliah dari JAIS alias UMNO penting untuk mengajar sokong UBN!!!

Tanpa Nama berkata...

Tauliah penting di perak dan selangor bimbang ajar yang bertentangan dengan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

tauliah tak perlu, ini semua undang-undang manusia. Zaman nabi mana ada tauliah-tauliah ni. Sepatutnya semua orang dibenar bercakap pasal agama dan mengembangkan agama islam.

Tanpa Nama berkata...

Sampai masanya Kerajaan Selangor membersihkan pegawai-pegawai di Jabatan Kerajaan Selangor yang masih karat biru.

Mereka menjadi gunting dalam lipatan.

jangan terlambat seperti yang berlaku pada Kerajaan PR Negeri Perak.

Tindakan perlu segera

Tanpa Nama berkata...

Apa masalahnya dengan Wahabi ni. Betul seperti kata mufti perlis, Dr. Juanda semalam dalam Berita harian, kita tidak perlu terikat dengan mazhab 4 kerana mazhab ni tak ada zaman nabi pun. Kita kena rujuk terus kepada Quran