17 Muharram 1431
Kenyataan terbaru YAB. Mentei Besar Kelantan, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang megatakan kesediaan beliau meminda perlembagaan Kelantan untuk membolehkan orang bukan Melayu boleh menjadi Menteri Besar negeri itu menjadi antara berita yang diperkatakan di penghujung 2009 dan di awal tahun baru 2010 ini.
Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dan pandangan peribadi dalam persoalan ini setelah menagguhkan beberapa kali untuk melakukannya. Sebenarnya ini bukan kali pertama kenyataan Tok Guru dalam masalah yang sama. Seingat saya ianya telah melebihi lima kali dan mendapat liputan yang baik dari pelbagai media pro pakatan rakyat dan turut tersiar dalam media pro kerajaan..
Apakah yang menjadikan kenyataan ini penting? Bagi saya Tok Guru telah mendahului zamannya dengan tampil sebagai apa yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah :" Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit ". Dalam kata lain beliau telah menyakinkan bangsa lain bahawa Islam bukan hanya milik orang melayu sahaja.
Tok Guru telah menampakkan sosok yang sebenar sebagai ulama dan memperlihat dan menjelaskan sesuatu yang sebenarnya yang diajar oleh Islam. Tok Guru telah berjaya menyampaikan mesej Islam bahawa sesungguhnya untuk menjadi pemimpin tidak semesti berbangsa Melayu khususnya di Kelantan itu sendiri.
Beliau sekaligus menjelaskan kepada rakyat Kelantan bahawa Undang-undang Tubuh Kerajaan kelantan yang sedia ada adalah tidak menepati kehendak Islam apabila disebutkan disana hanya orang Melayu yang beragama islam sahaja yang layak menjadi MB Kelantan.
Sekian lama kita mencari seorang pemimpin yang sanggup mengeluarkan sesuatu yang pahit namun ianya benar. Kenyataan untuk meminda supaya manapun bangsa di Kelantan asalkan Islam layak menjadi MB adalah sesuatu yang melonjakkan Islam ke tempat yang sebenarnya.
Kerana itu sayalah orang yang bangga dengan pengikirafan yang diberikan oleh Tok Guru kepada selain dari melayu yang beragama Islam di Kelantan.
Segelintir pemimpin Umno menampakkan kebodohannya dengan menolak cadangan itu dengan andaian ia membelakangi kepentingan Melayu seperti yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad .
Ketika mengulas pandangan balas itu, Tok Guru menyifatkan mereka yang mempertikaikan cadangannya melantik orang Cina Muslim sebagai ketua kerajaan di Kelantan sebagai taksub kepada bangsa sendiri.
Katanya, bangsa Cina yang beriman kepada Allah tidak menjadi kesalahan dilantik sebagai pemimpin, memandangkan pemikiran mereka sudah lama maju ke hadapan, satu pengitirafan yang tidak boleh dinafikan oleh semua pihak.
Dalam kenyataan terbaru itu Tok Guru menegaskan “Kalau bangsa Arab sekali pun jahat nak jadi Menteri Besar saya tidak terima, tetapi kalau orang Cina berperangai baik, saya akan menyokongnya.
Sebagai Mursyidul Am PAS yang disegani oleh lawan dan kawan, Tok Guru juga telah melonjakkan PAS sebagai sebuah wadah politik yang sesuai untuk semua bangsa di Kelantan dan Malaysia. Sesiapapun yang terlibat dengan PAS apalagi sebagai Ahli yang disyaratkan ianya beragama Islam mestilah mendapat hak yang sama walaupun dari masan asal dan keturunannya.
Sebab itulah apa saja unsur yang menampakkan PAS hanya milik orang melayu mestilah segera di perbaiki. Kesediaan PAS membenarkan tertubuhnya Dewan perhimpunan Penyokong PAS juga sangat memberi nilai tambah kepada PAS.
Saya tertarik dengan ulasan teman saya dalam blognya Al Banjari pada satu masa dulu apabila dia mengatakan saf kepimpinan PAS mestilah diwarnai oleh watak non Melayu namun Islam bagi menampakkan ianya adalah benar-benar Parti Islam, bukannya Parti Melayu.
Kerana itu semua pihak mestilah berlapang dada dan sedia menerima hakikat bahawa PAS pada masa ini adalah milik semua sesuai dengan slogan "PAS For All".

16 ulasan:
btoi2... islam bukan untuk orang melayu, bukan untuk bangsa melayu saja tetapi untuk semua... walaupon bangsa lain tapi akhlaknya tinggi memang layak diangkat menjadi pemimpin.. katakan cintakan islam bukan cintakan melayu....
bila pemikiran berkitar sekeliling kotak asobiah isu melayu bukan melayu jadi pemimpin nampak besar dan signifikan.padahal umat Islam Malaysia telah lama maju ke hadapan menolak penting tidak bangsa berbanding daya pimpin seseorang tokoh.
p.s.
kadang-kadang seronok jumpa senjata, tapi senjata karat
aku banyak kecewa setiap pagi pergi ke pasar borong beli ikan berurusan dengan taukeh melayu Islam kita. walaupun mahal tetapi perkataan mahal itu bukannya alasan semata-matanya dan aku lihat sekeliling ramai juga orang melayu islam beli ikan dengan kaum cina bukan islam, hanya sedikit sahaja kaum melayu Islam beli ikan dekat dia.
persoalan di sini macamana nak kuatkan persatuan umat Islam kita? sedangkan kita sendiri berurusan dekat taukeh cina bukan islam sedangkan kita sendiri adalah Islam.
jadi kekayaan kemewahan umat Islam kita telah menghulurkan kepada orang yang bukan Islam, maknanya kita umat islam sendiri telah sokong persatuan kepada bukan beragama islam.
salahkan kita berjual beli dgn non Muslim???? Islam tidak mengharamkan berjual beli dgn non Muslim
org melayu lebih suka membeli brg dari org cina bukan islam kerana harga yg lebih murah.
sepatutnya mereka membeli dari org melayu walaupun harganya mahal sedikit...
ini menunjukkan org melayu sanggup mengenepikan bangsa sendiri demi mendapat sesuatu yg lebih baik utk diri mereka.
so,kenapa tidak diterjemahkan dlm soal memilih pemimpin(mb dan sebagainya)
sudah sepatutnya kita bersetuju dgn nik aziz bahawa org cina islam boleh menjadi mb jika dari segi ilmu,iman dan taqwa,mereka lebih baik dari org melayu.
secara gambaran dari luaran sahaja, jual beli bermuafakat dengan non muslim dengan membawa keharmonian, itu cuma zahir.
secara batin, non muslim telah terima beli wang dari muslim untuk membeli daging khinzir untuk mempersembahkan nenek moyang mereka, setiap bulan hari persembahan mereka.
p/s: dari segi kajian keseluruhan puratanya kalau betul2 lihat persatuan mana yang paling kuat sekali tentang sokongan lihat persatuan kaum india. Kaum india hindu dan kaum india mamak muslim mereka hanya menolong sesama kaum mereka sahaja, sejak bila anda pernah lihat mereka memijak langkah ke kedai runcit membeli barang dekat kaum cina bukan islam dan kaum melayu Islam. Kecuali tulis nombor bertuah kakaka....
yeahh...
UMNO dah lama mendahului PAS dalam ini. Tunku Abdul Rahman ada keturunan Siam, Pak Lah ada keturunan Cina dan berkahwin dengan bukan Melayu dan Tun Mahathir Mohamad dikatakan keturunan India dari Kerala. Yang ada persamaan antara mereka ialah beragama Islam, fasih cakap Melayu dan ahli UMNO. Tak ada pun perkara keturunan mereka diungkit2 masa mereka bertanding menjadi pemimpin UMNO.
Jadi apa benda yang dilalutkan oleh dek orang PAS ni? Jangan ingat UMNO perkauman. Orang Melayu dalam UMNO lah yang paling toleren kalau tidak masakan orang Cina, India dan bukan Melayu di Malaysia dapat menikmati keselesaan sehingga tahap mereka kini.
Anti Pembohongan
nak tanya satu soklan untuk mereka yang non Malay
1) Kat Negara China - adakah penduduk berketurunan lain boleh jadi presiden
2) Kat Singapore (dulu singapura) - ada 1% chance tak untuk melayu islam sana jadi PM?
3) korang pi sekolah yang ade murid cina dan cuba tanya pasal Perdana Menteri... jgn terkejut kalau derang cakap... buat apa setia kat negara malaysia... bukan boleh jadi PM pon (ni budak sekolah jawab ni)
4) yang pemilik ni dok bangga dia tu cina islam tu tak asobiyah ke? ke dia tak tahu maksud melayu dalam perlembagaan? ke ada agenda lain?
Ambo setuju dengan Tok Guru.Jangan terlalu taksub dengan tittle Melayu Islam!!!Islam tidak membezakan darjat keturunan,warna kulit,pangkat dan harta untuk menjadi big boss.....
kalau KM pinang masuk islam... sy sokong dia jadi pm...
sudah lah umno taksub bangsa..
jdlah Al-quran dan habis sebagai pegangan...
xkemane melayu tu...
Islam Is the one...Malaysia...is the one...janganlah kita berpuak2.bersuku2..jadilah umpama 1 keluarga...susah senang hidup bersama...islam adalah kebersamaan...baik yang kafir dilindungi...
jgn terlalu membangga diri..hai org melayu...kite ade nabi..nabi urg arab..bukan melayu...sedarlah...
orang umno ni betul2 jahanam...
kita cerita pasal cina islam dia cerita pasal tengku a.rahman dan mahadey pulak
mereka tu memang melayu dan ahli parti melayu
tokwear pulak cerita pasal negara cina dan singapore...
itu bukan negara islam,so,jangankan pm, jeneral tentera pun tak boleh bangsa lain
kelantan tu diperintah oleh parti islam(pas)
bukan parti melayu(umno)jadi apa masaalahnya
semua orang islam(yg layak) boleh jadi pemimpin hatta mb sekalipun!
huhuhu.. aku setuju ngan melatu islam... diorang lari topiklah.. apalah... apepon diorang still mengangap diorang tu melayu... ape cer.. kalau mcm takleh ckp united malay national organisation (UMNO).. itu kene tukar united mix racial national organisation.. mugehehehe
Catat Ulasan