04 Januari 2010

Kenapa Hakim bukan Islam dengar kes perkataan Allah ? Siapa yang patut dipersalahkan ?

17 Muharram 1431

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya mejadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan taHUN 2010.

Siapa yang menang dalam masalah ini saya kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang saya rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.

Tidak adakah lagi hakim berbangsa Melayu dan beragama islam yang boleh diputuskan oleh pihak yang terbabit untuk mendengar dan memutuskan perkara tersebut. Sedangkan Implikasi yang sangat besar kepada agama Islam. Bila ianya diputuskan oleh hakim yang bukan Islam tentunya saya melihat sesuatu yang tidak kena sekali lagi dalam sistem kehakiman di negara kita..

Rantaian penghakiman yang menyebabkan kepercayaan kepada sistem kehakiman negara yang semakin tidak dihormati adalah sesutu yang tidak boleh dinafikan lagi. Tambahan pula dalam kes perkataan Allah ini telah menambah banyakkan koleksi tersebut.

Bagi saya kesan yang besar akan berlaku dalam sisitem beragama di negara kita hasil dari keputusan tersebut ialah anggapan masyarakat pada satu masa nanti di mana semua agama akan dikatakan sama sahaja.

Realiti tersebut telah berlaku di negara Indonesia dan apakah kita sanggup berdepan dengan keadaan itu dalam keadaan sistem beragama di Malaysia yang saya kira sudah cukup baik apabila semua pihak sudah menerima pakai perkataan Allah itu adalah milik agama islam.

Sebenarnya semacam ada pengaruh pihak tertentu dan pihak luar yang cuba memporak perandakan sistem beragama di Malaysia yang sekian lama diguna pakai.

Persoalannya siapakah yang ingin dipersalahkan, adakah hakim yang bukan Islam yang memutuskan perkara tersebut atau pihak mana yang sebenarnya bertanggung jawab dan patut dipersalahkan.

Sebenarnya inilah kelemahan UMNO yang menunjangi kerajaan yang ada pada masa ini. Kerana UMNOlah sebenarnya agama Islam di bumi tercinta yang subur dengan Islam satu masa dulu telah dimusnahkan.

Kemusnahan dan kehancuran Islam di Malaysia adalah lahir dari sikap pemimpin negara sendiri yang lemah pengamalan Islamnya. Agenda Islam cuma bermain dibibir namun jauh sekali dalam perlaksanaan kehidupan seharian.

Realitinya kepada usaha pengamalam Islam yang lebih syumul sentiasa disekat dan dilemahkan di negara kita.Islam yang lebih liberal dan bercelaru sentiasa didokong oleh kerajaan.

Malah pada satu masa PM Malaysia sendiri memperkenalkan Islam bentuk baru iaitu Islam Hadhari. Jelas UMNOlah yang salah dalam persoalan ini.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan tajuk ni ,kenapa bukan hakim Islam yg mengadili kes ini.Mungkin keputusan sudah diatur sedemikian untuk menutup cerita kehilangan enjin jet,Rosmah membawa wang keluar rm600 ribu,kenaikan gula dan roti.Kita lihat pemimpin politik ada yang telah memakan umpan yang dihulurkan oleh Umno.

C++ berkata...

Hahaha.... yer la bhai... kenapa Hakim dier cuma sorang jer... plak tue bukan beragama Islam...

Apa kata gunakan 11 orang Hakim... campur-campur... Islam dan bukan... baru la kita tengok dier punya pola...

Oh yer... kenapa isu berkaitan Islam nih dihukum kan di Mahkamah Sivil.... Bukankah ianya perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah?

Muhammad berkata...

Assalamu Ala Man Ittaba' Al-Huda.

Sepatutnya kes-kes seperti ini berjaya membangunkan sebuah makkamah Islam Antarabangsa. Amin!

Sila layari laman:
http://rahsia-rahsiabesardalamal-Quran.blogspot.com/

dan
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

Terima kasih kerana menyiarkan ulasan ini. Dan tahniah jika anda selalu melayari laman di atas.

Anak Raja Dagang berkata...

Selamat datang ke dimensi baru Malaysia. Lepas ni orang Islam boleh kahwin degan bukan Islam. Berpurdah akan diharamkan.... Inilah permulaan....

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi bolehlah bapak-bapak paderi azan kat gereja dan baca khutbah pakai nama Allah!!!

serupasekala berkata...

Ini lah satu tanda yang menunjuk berlaku nya pada umat akhirzaman iaitu ISLAM AKAN BERADA DALAM MALAM YANG GELAP ( sebagaimana sabda nabi ) umat akhir zaman akan mengalami satu demi satu fitnah yang menimpa semacam berada dalam malam yang gelap.mana satu yang mahu dikutinya.

Apabila nama ALLAH diguna pada ugama lain maka haru birulah jadinya pada pewaris bangsa melayu yang kurang pangajian agama . ALLAH yang mana satu benar benar berada dalam pegangan akidah para remaja kita. sedangkan buku kristian bernama ALFURQAN.ALKITAB telah berada dipasaran sekarang. APAKAH KERAJAAN KITA TIDAK ADA UNDANG UNDANG BAGI MENGHARAMKAN BUKU BUKU TERSEBUT.Sedangkan nama nama tersebut adalah nama bagi ALQURAAN.

ini lah peranan besar sepatutnya dipikul oleh UMARAK dan Ulama dinegara kita.

APA AKAN JADI ISLAM DIMALAYSIA PADA 2020 DIMANA DINOBAT SEBAGAI NEGARA MAJU.

LU FIKIRLAH SENDIRI.

Habib RAK berkata...

Apabila kita merujuk kepada Al-Quran, ia dengan jelasnya iakan orang-orang tempatan yang tidak masuk islam memang mengunakan "Allah" untuk merujuk kepada tuhan. Apa yang dikhuatiri ialah "Allah" akan di putar belitkan untuk merujuk kepada anak tuhan, holy ghost dan berhala. Oleh itu, mungkin cara yang elok ialah untuk mengadakan satu peraturan yang boleh diterima oleh semua pihak.

tok lebai berkata...

Allah itu Tuhan semua manusia sejak Adam sampai Kiamat, dari dunia hingga akhirat. Betulah tu!! tetapi kata Allah 'sesungguhnya agama di sisiKu ialah Islam' Islam hak Allah -Allah hak Islam. Apa nak jadi kalau terpampang 'Allah' di menara gereja kelak. Patung-patung Jesus pun bertukar dengan nama baru 'anak allah. (nauzubillah) Hampa pakat fikir laa..hampa yang ada kuasa. Dah terantuk baru nak tergadah, kalau tidak 100 jung masuk pun hampa dok becawat dengan ekor juga!!!

david ahmad muniandy berkata...

dalam buku alkitab bible dalam bahasa melayu cetakkan oleh bible society of malaysia berkata tentang Allah kita....

tolong baca disini....

Kejadian(Genesis) bab 2 ayat 16-17
(16) TUHAN berkata kepada manusia itu, "Engkau boleh makan buah-buahan dari semua pohon di taman ini,
(17) kecuali dari pohon yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Buahnya tidak boleh engkau makan; jika engkau memakannya, engkau pasti akan mati pada hari itu juga."

dan baca ayat seterusnya Kejadian(Genesis)bab 3 ayat 3-4

(3) "kecuali dari pohon yang ada di tengah-tengah taman. Allah melarang kami makan buah dari pohon itu ataupun menyentuhnya; jika kami melakukannya, kami akan mati."
(4) Ular itu menjawab, "Itu tidak benar; kalian tidak akan mati.

lihat ayat "nanti kamu mati" benarkah ucapan tuhan ini???? "nanti kamu mati"

Lihatlah disini tuhan(bukan Allah sebab nanti salah guna) berbohong kepada adam, mari kita lihat ucapan setan(iblis) dalam alkitab:

Kejadian 3:4 Tetapi ular itu berkata kepada perempuan itu: "Sekali-kali kamu tidak akan mati, 3:5 tetapi Allah mengetahui, bahwa pada waktu kamu memakannya matamu akan terbuka, dan kamu akan menjadi seperti Allah, tahu tentang yang baik dan yang jahat."

tetapi dalam ayat suci Al-Quran surah Al-Baqarah telah kata dekat nabi Adam jikalau engkau sentuh pohon dan makan buah dari pokok di tengah-tengah taman syurga engkaulah orang yang zalim. Lihat engkau orang yang ZALIM bukan mati, kalau mati Allah akan cipta nabi Adam kedua.

lihat disini bahawa iblis(lucifer) adalah kata-kata yang benar dan jujur tidak seperti tuhan yang pembohong, alkitab telah mencatat kejujuran iblis(lucifer) ini, jika kalian percaya kepada bible bahasa melayu panggil alkitab, bererti kalian percaya kalau tuhan telah berbohong dan iblis(lucifer) benar, tapi sebaliknya. Alkitab memang diciplak oleh ahli kitab palsu kerana bisikan iblis kedalam hati ahli kitab palsu waktu mengarang. Dan kami umat islam tidak percaya pada bible.

Jadi siapa harus dipuji tentang kejujurannya??? Allahkah atau si ular iblis?

sebab itu kita umat Islam melarang sesiapa sahaja yang bukan Islam menggunakan perkataan ayat kalimah Allah sebab salah guna seolah-olah Allah adalah pembohong kita umat Islam kena ambil berat tentang kes.

david ahmad muniandy berkata...

mahkamah syariah harus masuk campur tentang hal ini sebab terlibat dengan isu agama. kuasa raja-raja harus mansuhkan IFC sebab pihak hakim dan Herald-The Catholic Weekly
telah bersiap sedia tentang undang-undang IFC terhadap umat Islam kita. kalau boleh mulai harini jabatan agama harus mencipta undang-undang baru.

Unknown berkata...

isu ini tdk akan selesai jika kita berterusan mencari siapakah yg wajar dipersalahkan. jika dilihat ada juga YB Pas menyokong penggunaan nama Allah. ada juga cendiakawan yang berhujjah bolehnya penggunaan itu pada org bukan islam. yang menjadi isunya ialah jika nama Allah digunakan sebagai senjata buat melebarkan lagi jaringan dakwah kristian sedia ada... saya harap semua ahli parlimen islam bersatu padu dan menentang kerja ini.

Agong Msia wajar masuk campur kerana ianya berkait dengan agama islam. semoga umat islam dpt membezakan antara keperluan agama dan politik.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang dapat dilihat satu usaha pihak munafik untuk menjadi jaguh mempertahankan Islam. Semoga Allah melaknat dan mencelakakan mereka kerana menggadai namaNya untuk kepentingan politik mereka ketika mereka diasak dengan pelbagai masalah.

Perjuangan palsu untuk mengalih pelbagai masalah kenaikan harga barang akibat kenaikan harga gula, yuran sekolah, isu moral di kalangan pemimpin, isu kehilangan enjin jet, saman RM 800 juta hasil kelemahan UMNO Kelantan dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

yang perintah malaysia BN dan UMNO, tolak BN PRU13

Tanpa Nama berkata...

ini trick lama nak dapat sokongan umat islam oleh BN/UMNO...kalau kafir laknat yg buat keputusan mahkamah..maknanya keputusan yg diatur..lepas tu UMNO berlakun lah nak bela umat islam malaysia..porah..taktik kotor..ptui..

Abul Hakim berkata...

Tuhan ialah pencipta alam semesta. Allah ialah NAMA TUHAN pencipta alam semesta yang TIADA seumpa dengan sesuatu.
Wallohua'lam'
Cuba lawati
www.siapaALLAH.blogspot.com

HambaALLAH berkata...

Sesungguhnya kalimah ALLAH ialah kalimah yang MAHA AGUNG. Kalimah yang merupakan SUMPAH dan JANJI antara seorang HAMBA dan PENCIPTAnya. Fahami penjelasan makna kalimah ALLAH dan kalimah TUHAN yang diberikan oleh seorang hambaALLAH di http://www.siapaALLAH.blogspot.com
semoga kita mendapat keberkatan hidup.