28 Jun 2013


19 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin. Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami. “Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel. “Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit,” katanya. Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang.

“Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai,” katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh. Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795.

metro/-

Jerebu: PAS cadang kertas putih

19 Syaaban 1434 H. [MOD] -

(Jerebu di Kuala Lumpur semalam....hari ini keadaan semakin baik selepas hujan)

KUALA LUMPUR: PAS mengesa kerajaan membentangkan Kertas Putih dalam sidang Dewan Rakyat berhubung masalah jerebu yang berlarutan di negara ini.


Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar pencemaran itu termasuk dakwaan penglibatan beberapa syarikat Malaysia dalam pembakaran di sekitar Riau dan Jambi, Indonesia.



“Isu jerebu ini perlu segera dibincangkan dan tiada tempat paling baik bagi tujuan itu melainkan di Parlimen,” jelasnya.


harakahdaily/-

Azalina mahu cabar Shahrizat

Azalina mahu cabar Shahrizat
19 Syaaban 1434 H. [MOD] -




SHAH ALAM - Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said sedia untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

The Star melaporkan, Azalina yang merupakan ahli Parlimen bagi kawasan Pengerang berkata, beliau sudah memutuskan untuk mencabar Shahrizat kali ini.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar itu melaporkan Shahrizat juga mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Karier politik Shahrizat terjejas selepas dirinya terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lalu.

Meskipun begitu, Shahrizat berkata beliau masih mendapat sokongan daripada sayap wanita.

"Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lalu.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Azalina pula seorang bekas menteri dan ahli Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Azalina adalah Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

Sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.


sinar/-

Bapa campak ke lantai


19 Syaaban 1434 H. [MOD] -



Kuala Lumpur: Rimas mendengar tangisan anak berusia tujuh tahun, seorang lelaki sanggup memukul sebelum melibas gergaji di badan anaknya itu supaya mangsa akan berhenti menangis di kediaman mereka di Batu 2 1/2 Cheras, di sini.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia 43 tahun itu yang gagal mengawal kemarahannya bertindak lebih kejam apabila mencampak kanak-kanak lelaki terbabit ke lantai.

Isterinya yang terkejut dengan tindakan mangsa itu berlari mendapatkan anaknya yang meraung kesakitan sebaliknya suspek tidak mempedulikannya dan terus beredar.
Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu, Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya sebelum membawa anaknya itu ke klinik untuk menerima rawatan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 1 tengah hari suspek yang sedang mandi terdengar tangisan anaknya di ruang tamu.


“Pada mulanya suspek mengarahkan isterinya menghentikan tangisan anak lelaki mereka namun selepas beberapa minit mangsa masih menangis, suspek yang selesai mandi terus keluar dan memarahi anaknya.

“Malah, dia bagaikan dirasuk setan bertindak memukul anaknya beberapa kali namun tindakannya itu menyebabkan mangsa yang kesakitan meraung kesakitan,” katanya.

Sumber berkata, lebih teruk, suspek kemudian mengambil gergaji dan terus melibas ke badan mangsa beberapa kali menyebabkan mangsa menggelupur kesakitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
sinar/-

Polis tertidur atau penyamun tidak tidur?

19 Syaaban 1434 H. [MOD] -
WALAUPUN POLIS DIARAHKAN MERONDA 1 JAM SEKALI DI SEMUA LOKASI MESIN ATM... NAMUN DI JOHOR BAHRU SEMALAM, SAMUN DILAKUKAN PICK-UP LANGGAR MASUK BANK DAN TARIK MESIN ATM.....



 Harakahdaily.

Dakwat kekal pewarna makanan, apa kata Dr Agus

19 Syaaban 1434 H. [MOD] - 
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff


KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.


HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Khutbah Jumaat : “JERUBU AMARAN DARIPADA ALLAH”

19 Syaaban 1434 H. [MOD] -


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Muslimin yang dirahmati Allah SWT,
Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Marilah kita menginsafi, bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja.