اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ
وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ
مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ
السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا
فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ
بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT,
Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian,
marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala larangan-Nya. Marilah kita menginsafi, bahawa kehidupan di
dunia ini adalah sementara sahaja.
Islam mengajar manusia bahawa Allah adalah Maha Mencipta,
Dialah yang mengurus dan mentadbir alam ini. Firman Allah SWT dalam Surah
Ar-Rahman ayat 29;
Maksudnya; “Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa
berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta
dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya”.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Bagi pendokong fahaman sekular, mereka menolak kewujudan
Allah. Mereka juga menganggap Allah tidak berperanan dalam perkembangan alam
dan kehidupan manusia. Pada pandangan mereka, Allah mencipta alam semesta dengan
kuasa-Nya, lalu membiarkan ia berjalan berdasarkan sistem semulajadinya.
Terserahlah kepada manusia untuk menguruskan alam dan menghadapi segala
kemungkinan dari sistem tabi’inya. Ini termasuklah penafsiran terhadap segala
musibah yang berlaku. Ia dianggap tiada kaitan dengan perlakuan manusia mahu
pun kemurkaan Allah SWT.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita sedang berhadapan dengan musibah jerubu dan cuaca panas
yang melampau, yang menyebabkan kita terpaksa tunduk pasrah mengakui kehebatan
Allah. Selain daripada akibat kebakaran dan pencemaran, ianya juga berpunca
daripada keengkaran manusia mematuhi kehendak Allah. Jika hanya disebabkan
pembakaran dan pencemaran, nescaya hujan yang turun akan menghilangkan segala
jerubu yang ada. Namun sejarah telah membuktikan bahawa usaha pembenihan awan
yang pernah dilakukan di negara ini,
tidak menyelesaikan masalah ini sepenuh.
Ini membuktikan bahawa segala jerubu yang didatangkan oleh Allah
kemungkinan besar menjadi isyarat kemurkaan Allah terhadap manusia. Oleh yang
demikian hanya Allah yang mampu menyelesaikannya dan kita wajib kembali kepada
Allah. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2;
الَّذِي خَلَقَ
الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ
الْغَفُورُ
Maksudnya; “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik
amalnya; dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang
bertaubat)
Sidang Jumaat sekalian,
Justeru, marilah kita perhatikan beberapa ayat Al-Quran
yang menjelaskan tentang hakikat bala dan bencana yang ditimpakan ke atas
manusia dek kerana rasa takabbur dan sombong diri untuk menerima ajaran dan
seruan utusan Allah. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 10 hingga 14
yang berbunyi;
فَارْتَقِبْ
يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ
أَلِيمٌ (11) رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ (12) أَنَّى لَهُمُ
الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ (13) ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا
مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ (14)
Maksudnya : “Oleh itu tunggulah (Wahai Muhammad) semasa
langit membawa asap kemarau yang jelas nyata, yang akan menimpa seluruh keadaan
manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata) : "Ini adalah azab
yang sungguh menyakitkan". (Pada saat itu mereka akan merayu dengan
berkata): "Wahai Tuhan kami! hapuskanlah azab ini dari kami, Sesungguhnya
Kami akan beriman!". Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji
mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul
yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! sekalipun
demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil
berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing),
Dia juga seorang yang gila!"
Menurut Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri di dalam
kitabnya Tarjumanul Mustafid ketika mensyarahkan ayat 10 surah
ini dengan menyatakan:-
“Maka nanti olehmu Ya Muhammad jika mereka itu pada hari datangnya
asap yang nyata menutupi langit maka
kemaraulah bumi dan bersangatanlah
kelaparan mereka itu sehingga kelaparan mereka itu seperti kelakuan asap
antara langit dan bumi”
Sidang Jumaat sekalian,
Sesungguhnya, tiada kebinasaan yang ditimpakan ke atas
manusia melainkan kerana kezaliman manusia sendiri. Justeru, manusia hendaklah
sentiasa memuhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Islam mengajar
kita beriman kepada qadha’ dan qadar dari Allah. Baik takdir yang baik, mahu
pun takdir yang buruk. Semuanya datang dari Allah untuk menguji
manusia. Gunakan kesempatan tidak melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah
dengan mengisi ruang yang ada untuk meningkatkan amal ibadat dan bertaubat
kepada Allah.
Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku jerebu
untuk melakukan solat istisqa’ iaitu solat minta hujan, kita juga digalakkan
berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman. Serta memperbanyakkan amal
soleh seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan
beristighfar dan menghindari
daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik
yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءانِ الْعَظِيْمِ،
وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
فَارْتَقِبْ
يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat sekalian,
Marilah kita mengambil pengajaran daripada musibah ini
dengan mengingatkan diri kita kepada
Allah. Mengingatkan kita tentang kelemahan insan. beberapa pengajaran untuk
iktibar kita bersama ialah :
1.
Manusia,
walau sehebat mana dan semaju mana pun, tidak dapat menandingi kuasa Allah.
Teknologi yang dicipta manusia tetap perlu diisi dengan iman dan taqwa.
2.
Ketika
jiwa manusia gundah-gulana, manusia perlu bersabar dan kembali kepada Allah.
Sebagaimana manusia juga perlu bersyukur dan mengingati Allah ketika senang.
3.
Manusia
hendaklah mendidik jiwa mereka supaya redha dengan ketentuan Allah. Sikap
berputus asa menyebabkan manusia, merana di dunia, dan sengsara pula di
akhirat.
4.
Memperbanyakkan
amal kebajikan dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan
dosa.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ،
وَاجْعَلْ فِى
قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ
اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ
الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ
يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ
الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ
ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم
لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ،
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
*AMARAN!!!
Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari
kandungan khutbah yang dikeluarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan