25 September 2017

Takut Tertinggal.

Pena Idham Lim
4 Muharram 1439/25 Sept. 2017.

Orang sanggup berbaris panjang di Lapangan Terbang sehingga mereka terlepas dari kewajipan solat yang lebih utama dengan alasan mereka takut ditinggalkan oleh penerbangan ke berbagai destinasi. Namun mereka lupa dengan mereka meninggalkan solat mereka akan tertinggal dari masuk golongan hambaNya yang akan mendapat perlindungan dan  rahmat Allah SWT.

Sejahtera Bersama Islam.

22 September 2017

Jangan Bermusuh Untuk Kalahkan Musuh

Pena Idham Lim
1 Muharram 1439/22 Sept. 2017.

Anggota sebuah jamaah yang memperjuangkan Islam mestilah sentiasa mencari persamaan pemikiran, amalan dan tindakan. Hindarkan perbezaan dan perselisihan peribadi kerana ia akan merencatkan kekuatan untuk mengalahkan musuh. Bagaimana untuk mengalahkan musuh kalau sesama kita yang bermusuh.

Sejahtera Bersama Islam.

21 September 2017

Hijrah dan Pengorbanan.

Pena Idham Lim
30 Zulhijjah 1438/21 Sept. 2017.

Beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru mengikut kalender Islam. Ianya merupakan detik sejarah Hijrahnya Baginda Rasulullah dari kota Mekah kota Madinah. Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut sekurang-kurangnya menjadi insan yang sedar bahawa Islam memerlukan penganutnya yang sentiasa rela untuk mengorbankan apa sahaja demi Islam. Dengan pengorbanan mereka yang terdahulu Islam berkembang dan sampai kepada kita pada hari ini..

Sejahtera Bersama Islam.

20 September 2017

Ibu bapa adalah model.

Pena Idham Lim
29 Zulhijjah 1438/20 Sept. 2017.

Ibu Bapa semestinya terlebih dulu menjadi model yang baik bagi pembentukan akhlak dan tingkahlaku anak-anak. Bukan menjadi contoh yang buruk, kesan dari didikan dirumah memberi kesan kepada keadaan diluar rumah. Apalagi diluar rumah anak-anak sedang didedahkan dengan berbagai perkara yang merosakkan.

Sejahtara Bersama Islam.

19 September 2017

Berwasapadalah...

Pena Idham Lim
28 Zulhijjah 1438/19 Sept. 2017.

Menjadi kelaziman bagi sebahagian manusia yang begitu berat hatinya untuk beribadah, termasuk ibadah yang diwajibkan seperti sholat. Namun merasa ringan dan tidak terbeban ketika mereka melakukan perkara yang tidak bermanfaat malah mengundang dosa dan kerosakan. Berwaspadalah, kerana itu merupakan tanda bahawa diri kita sedang ditawan syaitan, dan kita memiliki pelbagai penyakit yang kelak menjerumuskan kita kepada dosa yang berpanjangan.

Sejahtera Bersama Islam.

18 September 2017

Muhasabahlah diri sendiri.

Pena Idham Lim
27 Zulhijjah 1438/18 Sept. 2017.

Bermuhasabahlah tentang diri sendiri . Di sana pasti terdapat tanda-tanda pada diri kita yang memberi petunjuk apakah kita berada dalam kebaikan atau sedang menuju kepada keburukan.

Sejahtera Bersama Islam.

17 September 2017

Badut Politik...

Pena Idham Lim
26 Zulhijjah 1438/17 Sept. 2017.

Semakin bertambah koleksi badut politik negara dengan politik dangkal kehulu kehilir melompat sekadar mencari kepuasan dunia  yang bersifat sementara.  Saya rasa bertuah kerana masih istiqamah dijalan ini hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah dan sebagai jawapan kepada kehidupan abadi yang semua akan menemuinya.

Sejahtera Bersama Islam.

16 September 2017

Martabatkan Islam.

Pena Idham Lim
25 Zulhijjah 1438/
16 Sept. 2017

Terkejut dengan hasil siasatan kes kebakaran Maahad Tahfiz adalah hasil jenayah terancang oleh sekumpulan anak muda yang positif dadah terlarang. Tidak selesai masalah dengan ribuan dan jutaan kecaman kepada mereka. Penyelsaiannya hanya kembali kepada ISLAM. Marilah kita tingkatkan usaha semoga Islam diletakkan ditempat yang sebenarnya. Islam adalah untuk diikuti serta dipatuhi dan bukannya barang dagangan dan sekadar pemanis mulut dengan mengikuti kehendak penguasa yang jahil.

Sejahtera Bersama Islam.

Kenapa solat sindiri tanpa berjemaah

Pena Idham Lim
24 Zulhijjah 1438/15 Sept. 2017.

Singgah di mesjid, Surau solat alangkah rugi bila melihat gelagat manusia solat sendiri tanpa berjemaah. Kagum dengan seorang pak cik yang sudah lanjut usia  jalan membongkok berkeliaran mencari jemaah untuk dijadikan imam. Satu sikap yang terbaik untuk kita contohi. Buat apa berhenti solat di mesjid dalam keadaan orangnya ramai namun tiada solat jemaah yang didirikan.

Sejahtera Bersama Islam.

14 September 2017

Takziah...

Pena Idham Lim
23 Zulhijjah 1438/14 Sept. 2017.

Takziah kepada keluarga mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Surau Ittifaqiah, Jalan Keramat Hujung, Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur pagi tadi. Setakat ini dilaporkan  seramai 25 orang telah ditemui meninggal dunia. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.

Sejahtera Bersama Islam

13 September 2017

Doa untuk Sahabat.

Pena Idham Lim
22 Zulhijjah 1438/13 Sept. 2017..

Setiap kali rasa terkejut bila ada sahabat yang diserang berbagai penyakit kronik. Kekadang kerana itu ada yang telah dipanggil lebih dulu oleh Allah walaupun rasanya banyak tenaganya diperlukan untuk perjuangan murni ini. Semuga Allah memberi kesembuhan kepada Sahabat kami Sdr. HIsham  jawatan terakhir sebagai Ketua Penerangan Jentera Pilihanraya PAS Perak yang diserang angin ahmar dan sekarang dirawat di Hospital Ipoh. Juga semoga Allah kurniakan kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya dalam menghadapi ujian ini.

Sejahtera Bersama Islam.

12 September 2017

Mulianya Kerja Dakwah.

Pena Idham Lim
21 Zulhijjah 1438/12 Sept. 2017.

Dengan kegigihan usaha dakwah Baginda Rasulullah s.a.w, para Sahabat dan para ulama, Islam sampai kepada kita pada hari ini. Begitu mulia kerja mereka. Namun janganlah kita termasuk dikalangan mereka yang mewarisi usaha menentang Islam bermulanya datang nya Islam sehingga hari ini yang juga diwarisi oleh penentang Islam dalam pelbagai bentuk dan wajah. Hinanya kerja mereka.

Sejahtera Bersama Islam.

11 September 2017

Pertahan Prinsip Perjuangan.

Pena Idham Lim
20 Zulhijjah 1438/11 Sept. 2017.

Jadilah individu yang punya prinsip dan mempertahankan perinsip dan dasar yang diperjuangkan. Jauh sekali tidak akan mengkhianati dan melompat kesana-kesini bagaikan katak.  Mempertahankan wadah perjuangan dengan Islam sebagai dasarnya adalah Rahmat sebenar dari Allah yang memilih kita berada disini. Berbekalkan keikhlasan Allah telah kekalkan mereka yang sepatut berada didalam wadah perjuangan ini.

Sejahtera Bersama Islam.

10 September 2017

Penentu Rezeki.

Pena Idham Lim
19 Zulhijjah 1438/10 Sept. 2017.

Yang menentukan rezeki bukanlah keputusan peperiksaan yang cemerlang atau berjaya masuk universiti ternama. Atau kerana pangkat, kedudukan dan pengaruh sokongan yang kuat . Yang menentukan rezeki dan kejayaan sebenar seseorang perlulah diukur daripada aspek yang telah ditetapkan oleh Pemberi Rezeki dan Pencipta Semua Makhluk iaitu Allah SWT.

Sejahtera Bersama Islam.

09 September 2017

Tindakan lebih utama dari teori sahaja.

Pena Idham Lim
18 Zulhijjah 1438/9 Sept. 2017.

Pepatan Cina ada menyebut "Hua xiang bu yi ding mei li, neng shuo bu yi ding hui zuo" . Bunga yang harum belum tentu bunga yang indah, seorang yang pandai berkata-kata belum tentu dapat dia  lakukan .  Pepatah ini mambawa maksud bahawa tindakan dan amalan seseorang lebih baik dari ucapan atau berteori sahaja..

Sejahtera Bersama Islam.

08 September 2017

Rezeki Dari Allah.

Pena Idham Lim
17 Zulhijjah 1438/8 Sept. 2017.

Beli 15 ketulan gulai ayam kampung dibungkus 4 bungkusan 4.4.4.3 ketul. Semua bungkusan nampak sama. Selepas singgah beberapa tempat dan disedakahkan sampai dirumah  tinggal  sebungkus lagi itulah bungkusan 3 ketul jadi milik kami. Hati ini mengucapkan Alhamdulillah kerana telah sedekahnya yang banyak kepada orang lain tanpa mengetahuinya.  itulah rezeki kami yang telah ditentukan Allah. Rezeki juga ianya belum basi selepas berada dalam kenderaan selama 12 jam selepas dibeli.

Sejahtera Bersama Islam.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1914865585445632&id=100007666270430

07 September 2017

Baik buruknya segala sesuatu di dunia, tergantung pandangan seseorang.

Pena Idham Lim
16 Zulhijjah 1438/7 Sept. 2017.

Baik buruknya segala sesuatu di dunia, tergantung pandangan seseorang. Kerana itu ingatlah bila  melakukan sesuatu pada pandangan kita sudah sempurna malah tidak bercanggah dengan ajatan Islam, pasti disana akan ada yang tampil mempertikai malah memperkecilkan tindakan kita. Oleh itu lakukan sesuatu kerana Allah necaya datanglah ketenangan dan kepuasan yang sejati.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1914626558802868&id=1000076a66270430

06 September 2017

Cinta Dunia Takut Mati.

Pena Idham Lim
15 Zulhijjah 1438/6 Sept. 2017.

Salah satu tanda akhir zaman ialah bila manusia sudah terlalu cinta kepada dunia  dan takut kepada mati. Disana mereka sanggup saling bermusuhan dan menghancurkan satu sama lain demi untuk meraih harta duniawi. Segala cara menjadi halal demi kesenangan dunia yang sementara. Sedangkan kematian yang sedang menuggu dan semakin hampir dan mereka tak mampu lari darinya walaupun sesaat.

Sejahtera Bersama Islam

05 September 2017

Jangan Lupa Jasa....

Pena Idham Lim
14 Zulhijjah 1438/5 Sept. 2017.

Pepatah Cina ada menyebut "Ketika minum air sumur, jangan lupa penggalinya" Bermaksud jangan sesekali dilupakan orang-orang yang pernah membantu kita mencapai tahap kejayaan yang dibanggakan sekarang ini. Tanpa mereka siapalah kita..Bermula dari Ibu dan Bapa serta semua yang telah berjasa, itulah kita yang berjaya sekarang.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1913589305573260&id=100007666270430

04 September 2017

Berjuang kerana Allah.

Pena Idham Lim
13 Zulhijjah 1438/4 Sept. 2017.

Berjuang dengan niat yang ikhlas kerana Allah adalah benteng yang kukuh dari godaan dan tawaran perjuangan yang menjanjikan kemenangan didunia yang sementara. Kerana janji dan jumlah habuan dari Allah tentunya pasti dan lebih besar jumlah.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1913323398933184&id=100007666270430

03 September 2017

Berkorban hati yang Ikhlas.

Pena Idham Lim
12 Zulhijjah 1438/3 Sept. 2017.

Korban adalah ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan hati yang ikhlas. Bila ditinjau sejarahnya, hanya orang-orang yang ikhlas  sahaja yang mahu berkorban karena Allah. Seperti ikhlasnya Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Ismail a.s.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1912898235642367&id=100007666270430

02 September 2017

Mencintai Kebenaran.

Pena Idham Lim
11 Zulhijjah 1438/2 Sept. 2107.

Nabi Ibrahim as adalah contoh sosok tubuh yang sangat mencintai kebenaran. Bila individu , keluarga, masyarakat dan sebuah bangsa tidak lagi mencintai kebenaran. Dari peringkat pemimpin hinggalah kepada rakyat biasa  jika rasa cinta kepada kebenaran telah tiada, sehingga mereka sudah keliru yang mana benar dan yang mana salah. Maka hancurlah peradaban sebuah bangsa itu.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1912415972357260&id=100007666270430

01 September 2017

Makna Pengorbanan Yang Luas.

Pena Idham Lim
10 Zulhijjah 1438/1 Sept. 2017.

Makna pengorbanan sangat luas. Sewajarnya kita juga mampu berkorban dengan suatu keinsafan bahawa apa yang kita nikmati, yang yang kita miliki dan apa yang kita capai sekarang adalah hasil dari pengorbanan orang lain.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1911918082407049&id=100007666270430

Makna Pengorbanan Yang Luas.

Pena Idham Lim
10 Zulhijjah 1438/1 Sept. 2017.

Makna pengorbanan sangat luas. Sewajarnya kita juga mampu berkorban dengan suatu keinsafan bahawa apa yang kita nikmati, yang yang kita miliki dan apa yang kita capai sekarang adalah hasil dari pengorbanan orang lain.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1911918082407049&id=100007666270430

Pengorbanan disetiap detik masa

Pena Idham Lim
9 Zulhijjah 1438/31 Ogos 2017.

Seorang yang berkorban menyembelih binatang korban mudah dilakukan kerana ianya sekali dalam setahun. Namun disana kita dituntut untuk mengorbankan diri kita untuk taat kepada perintah Allah disepanjang tahun. Tuntutan pengorbanan dan ketaatan disetiap detik dan masa biasanya payah untuk ditunaikan oleh orang yang sama.

Sejahtera Bersama Islam.