12 Mei 2014

Kuala Lumpur banjir kilat lagi

11 Rejab 1435. [MOD] -


Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur susulan hujan lebat bermula sekitar jam 2.30 petang tadi.

Paras air meningkat di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Semantan, lapor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Sistem Maklumat Bersepadu Pengangkutan (ITIS) milik mereka.

PAS setia bersama PR walau musuh cetus keretakan

11 Rejab 1435. [MOD] -



GEORGE TOWN: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru PAS seluruh negara menghantar jentera membantu calon DAP mulai hari penamaan calon sehingga hari pengundian.

Presiden PAS itu berkata, jentera parti perlu bergerak aktif seolah-olah PAS bertanding dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Pertandingan 4 penjuru PRK Bukit Gelugor

11 Rejab 1435. [MOD] -


GEORGE TOWN: Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo Karpal Singh sah merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan tiga lagi calon.

Mereka ialah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, Wan Abu Backer Sidiq (Bebas) dan Muhamed Nabi Bux Mohamed Sathar (Bebas).

MB T'ganu dilapor letak jawatan

11 Rejab 1435. [MOD] -


  • Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu malam ini.