11 Jun 2009

Kisah Mengharukan Seorang Kakak dan Adik

"Al-Irsyad Surabaya" al_irsyad_sby@yahoo.com

Sebuah Kisah untuk kita renungkan dan jadikan motivasi.

Aku dilahirkan di sebuah dusun pegunungan yang sangat terpencil. Hari demi hari, orang tuaku membajak tanah kering kuning, dan punggung mereka menghadap ke langit. Aku mempunyai seorang adik, tiga tahun lebih muda dariku. Suatu ketika, untuk membeli sebuah sapu tangan yang mana semua gadis di sekelilingku kelihatannya membawanya, aku mencuri lima puluh sen dari laci ayahku.

Ayah segera menyadarinya. Beliau membuat adikku dan aku berlutut di depan tembok, dengan sebuah tongkat bambu ditangannya. “Siapa yang mencuri uang itu?” Beliau bertanya. Aku terpaku, terlalu takut untuk berbicara. Ayah tidak mendengar siapa pun mengaku, jadi Beliau mengatakan, “Baiklah, kalau begitu, kalian berdua layak dipukul!”

Dia mengangkat tongkat bambu itu tinggi-tinggi. Tiba-tiba, adikku mencengkeram tangannya dan berkata, “Ayah, aku yang melakukannya!”

Tongkat panjang itu menghantam punggung adikku bertubi-tubi. Ayah begitu marahnya sehingga ia terus-menerus mencambukinya sampai Beliau kehabisan nafas.

Sesudahnya, Beliau duduk di atas ranjang batu bata kami dan memarahi, “Kamu sudah belajar mencuri dari rumah sekarang, hal
memalukan apa lagi yang akan kamu lakukan di masa mendatang? Kamu layak dipukul sampai mati! Kamu pencuri tidak tahu malu!” Malam itu, ibu dan aku memeluk adikku dalam pelukan kami. Tubuhnya penuh dengan luka, tetapi ia tidak menitikkan air mata setetes pun. Di pertengahan malam itu, saya tiba-tiba mulai menangis meraung-raung. Adikku menutup mulutku dengan tangan kecilnya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi sekarang. Semuanya sudah terjadi.”

Aku masih selalu membenci diriku karena tidak memiliki cukup keberanian untuk maju mengaku. Bertahun-tahun telah lewat, tapi insiden tersebut masih kelihatan seperti baru kemarin. Aku tidak pernah akan lupa tampang adikku ketika ia melindungiku. Waktu itu, adikku berusia 8 tahun. Aku berusia 11.

Ketika adikku berada pada tahun terakhirnya di SMP, ia lulus untuk masuk ke SMA di pusat kabupaten. Pada saat yang sama, saya diterima untuk masuk ke sebuah universitas propinsi. Malam itu, ayah berjongkok di halaman, menghisap rokok tembakaunya, bungkus demi bungkus.

Saya mendengarnya memberengut, “Kedua anak kita memberikan hasil yang begitu baik… hasil yang begitu baik…” Ibu mengusap air matanya yang mengalir dan menghela nafas, “Apa gunanya? Bagaimana mungkin kita bisa membiayai keduanya sekaligus?” Saat itu juga, adikku berjalan keluar ke hadapan ayah dan berkata, “Ayah, saya tidak mau melanjutkan sekolah lagi, telah cukup membaca banyak buku. ” Ayah mengayunkan tangannya dan memukul adikku pada wajahnya. “Mengapa kau mempunyai jiwa yang begitu keparat lemahnya? Bahkan jika berarti saya mesti mengemis di jalanan saya akan menyekolahkan kamu berdua sampai selesai!” Dan begitu kemudian ia mengetuk setiap rumah di dusun itu untuk meminjam uang. Aku menjulurkan tanganku selembut yang aku bisa ke muka adikku yang membengkak, dan berkata, “Seorang anak laki-laki harus meneruskan sekolahnya; kalau tidak ia tidak akan pernah meninggalkan jurang kemiskinan ini.”

Aku, sebaliknya, telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan ke universitas. Siapa sangka keesokan harinya, sebelum subuh datang, adikku meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian lusuh dan sedikit kacang yang sudah mengering. Dia menyelinap ke samping ranjangku dan meninggalkan secarik kertas di atas bantalku: “Kak, masuk ke universitas tidaklah mudah. Saya akan pergi mencari kerja dan mengirimimu uang.” Aku memegang kertas tersebut di atas tempat tidurku, dan menangis dengan air mata bercucuran sampai suaraku hilang. Tahun itu, adikku berusia 17 tahun. Aku 20. Dengan uang yang ayahku pinjam dari seluruh dusun, dan uang yang adikku hasilkan dari mengangkut semen pada punggungnya di lokasi konstruksi, aku akhirnya sampai ke tahun ketiga (di universitas) .

Suatu hari, aku sedang belajar di kamarku, ketika teman sekamarku masuk dan memberitahukan, “Ada seorang penduduk dusun menunggumu di luar sana! “Mengapa ada seorang penduduk dusun mencariku? Aku berjalan keluar, dan melihat adikku dari jauh, seluruh badannya kotor tertutup debu semen dan pasir. Aku menanyakannya, “Mengapa kamu tidak bilang pada teman sekamarku kamu adalah adikku?” Dia menjawab, tersenyum, “Lihat bagaimana penampilanku. Apa yang akan mereka pikir jika mereka tahu saya adalah adikmu? Apa mereka tidak akan menertawakanmu?” Aku merasa terenyuh, dan air mata memenuhi mataku. Aku menyapu debu-debu dari adikku semuanya, dan tersekat-sekat dalam kata-kataku, “Aku tidak perduli omongan siapa pun! Kamu adalah adikku apa pun juga

1,000 Polis di Manek Urai : Siapa sebenarnya mengendalikan pilihan raya – SPR atau PDRM?

Wanita KEADILAN memandang serius perkembangan terbaru di mana PDRM bercadang menugaskan 1,000 orang anggota polis pada hari mengundi di Manek Urai. Nisbah anggota polis kepada pengundi ialah lebihkurang seorang anggota polis bagi setiap dua-belas orang pengundi (1:12). Ini melebihi jumlah kakitangan SPR sendiri yang akan bertugas pada hari mengundi dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai.

Ini jelas bukan untuk menjaga ketenteraman awam. Sebaliknya, ini akan memberi kesan menyukarkan keadaan bagi penduduk tempatan dan mengganggu mereka dalam menjalankan kehidupan seharian sepanjang tempoh pilihan raya kecil ini.

PDRM sepatutnya mencontohi keadaan semasa tempoh kempen pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil N.12 Penanti di mana kehadiran bilangan polis yang minima membolehkan penduduk Penanti menjalankan kegiatan harian mereka tanpa gangguan dari kesesakan lalulintas.

Kita sedia maklum bahawa kebanjiran anggota polis setiap kali pilihan raya kecil semenjak Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu sudah menjadi cemuhan penduduk dan pengundi di Malaysia. PDRM sepatutnya mengambil iktibar agar kehadiran mereka dihargai dan bukan dicemuh.

Kita juga merasa ragu-ragu; apakah peranan yang akan dimainkan oleh anggota polis dari Bukit Aman? Kita dapat lihat dengan jelas pemasangan kamera pengawasan oleh pihak polis di kedua-dua belah pintu masuk pusat pengundian semasa proses pengundian di Penanti. Adakah ini salah satu daripada syarat mengendalikan pilihan raya?

Wanita KEADILAN ingin bertanya kepada SPR; siapa sebenarnya mengendalikan pilihan raya – SPR atau PDRM?

YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
http://www.keadilanrakyat.org

Segera hentikan polimik kerajaan perpaduan.

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya sudah lama didengari dalam Pas iaitu sebelum muktamar lagi. Walau bagaimanapun, isu ini tamat diperkatakan apabila Tuan Guru Presiden Pas di dalam kenyataannya berkata bahawa `Tiada lagi Kerajaan Perpaduan' bersama Umno sejurus Najib mengambil alih jawatan PM menggantikan Pak Lah. Alhamdulillah, isu tersebut dinoktahkan dan semua ahli Pas serta rakan-rakan di dalam PR bergembira dengan keputusan muktamad Tuan Guru Presiden tersebut. PR bersama Pas dilihat lebih bersemangat selepas itu sepertimana yang telah dapat dibuktikan di dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.

Entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba terpacul semula isu ini di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Mungkin, ada beberapa kerat pemimpin yang masih tergila-gila dengan usaha sama Pas dengan Umno ini yang kecewa teramat sangat apabila Tuan Guru Presiden menoktahkan isu tersebut sebelum ini. Maka, isu ini timbul semula di dalam keadaan `versi' yang agak berbeza serta diubahsuai agar kelihatan lebih `Islamik atau Syarie'. Pokoknya, perpaduan itu menyebut nama Umno iaitu satu nama yang teramat jelik di hati rakyat terutamanya di Perak. Muktamar mungkin tidak terasa bagaimana sukarnya Ir Nizar berhadapan dengan Umno di Perak di dalam keadaan wakil Pas di dewan paling kecil jumlahnya daripada wakil DAP dan PKR. Namun, Ir Nizar bersyukur keranadi Perak, PR telah membuktikan bahawa PR mampu senang dan susah bersama, bahkan sanggup mati demi maruah PR sendiri.

Saya suka membezakan sikap dan pengorbanan rakan-rakan di dalam PR di Perak dengan Selangor. Di Selangor, awal mula pertama mula PR menawan Selangor, sudah ada pemimpin yang otaknya tidak keruan kerana gagal mendapat majoriti kerusi partinya bagi membolehkan dilantik sebagai MB Selangor. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin ini sanggup berjumpa pemimpin Umno sehingga ke peringkat PM ketika itu bagi membincangkan `perpaduan' bersama Umno, kononnya. Tidak menjadi rahsia lagi, pertemuan yang saya anggap `keluar dari kelambu dan masuk kelambu' orang lain itu turut membincangkan sekiranya `perpaduan' bersama Umno di Selangor ini berjaya, pemimpin tertentu ini telah dicadangkan sebagai MB Selangor dan bukannya Tan Sri Khalid. Inilah pengkhianat yang kini masih berada di dalam parti dan lebih berbahaya lagi memegang jawatan penting, dan ironinya pemimpin ini `terselamat' dari sebarang tindakan disiplin parti.

Setelah mereka inigagal di dalam pengkhianatan pertama mereka, usaha terus dijalankan dan digunakan muktamar yang mulia ini sebagai pembawa `virus' mereka. Kini, virus tersebut mula melanda di dalam parti dan dilihat semakin parah. Pemimpin ini sedar bahawa majoriti perwakilan tidak menyokong serta bersubahat dengan usaha khianatnya, maka di`sejukkan' suasana dengan menyeru ahli-ahli dan rakan-rakan dalam PR agar `Lupakan sahaja Isu Kerajaan Perpaduan'. Begitu mudah lidah berbicara untuk menyelamatkan diri masing-masing. `Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

Pada pandangan saya, tiada jalan lain yang dapat dilakukan oleh pimpinan kecuali secara tegas dan muktamad membatalkan segala ucapan berkaitan isu ini. Keputusan muktamar yang lalu diguna pakai semula termasuk kata-kata Tuan Guru Presiden sebelum ini bahawa isu `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno dinoktahkan. Jangan kita salahkan rakyat dan ahli yang memperbesarkan isu ini kerana isu ini sememangnya besar, jika tidak masakan disebut di dalam muktamar?/ wfauzdin.blogspot.com.

Ketuanan Melayu Yang Mengarut......

Nukilan Anak Rajawali-ketuananrakyat

bypass308.blogspot.com

Pertama,sebenarnya istilah ‘Ketuanan Melayu’ tidak perlu wujud sama sekali.. kenapa..? kerana dalam perlembagaan,sudah jelas mengatakan dan menyebut Akta 152,153 yang secara sahih menunjukkan bahawa orang melayu dan bumiputera akan dijaga hak mereka..jadi apa perlunya lagi istilah ‘Ketuanan Melayu’ ni jika dalam perlembagaan Malaysia sendiri sudah menyebut bahawa hak kita sbagai orang melayu ini sudah termaktub?

Kedua,siapa yang memperjuangkan ‘Ketuanan Melayu’ ini? Parti politik mana? Lain dan tidak bukan gerombolan UMNO..UMNO sendiri namanya tidak menggunkan bahasa melayu..nak perjuangkan melayu,tukar dulu nama UMNO tu..nampak sangat minda masih dijajah oleh British.

UMNO memperjuagkan Ketuanan Melayu ini kerana apa?Kerana,inilah satu2nya cara untuk survive dalam arena politik sekarang,ataupun boleh kita panggil political millage untuk menyambung talian hayat karier politik mereka, dengan cara seolah2 mereka lah hero kepada orang2 melayu..

itu baru mukadimah..ini isi2nya..
ketuanan melayu..?
berapa tahun dah ketuanan melayu ni?51 tahun..
51 tahun,kita tgk lah skrg ni tahap orang melayu di mana..
khususnya orang melayu di pulau pinang dipinggirkan,walaupun berpuluh tahun di bawah pentadbiran BN… ekuiti orang melayu masih belum mencapai sasarannya walaupun 51 tahun di bawah pemerintahan yang kononnya ketuanan rakyat melayu ni..

ORANG2 MELAYU, JANGANLAH JADI BODOH..JANGAN MUDAH PERCAYA.. YA, NAMANYA KETUANAN MELAYU, TETAPI BUKAN KETUANAN RAKYAT MELAYU, TETAPI KETUANAN PEMBESAR2 MELAYU UMNO YANG SEBENARNYA..

-tolong jawab kenyataan ini-
sebagai bukti,siapa yang mendapat permit teksi?adakah pemandu2 teksi melayu??tidak,menteri melayu yang dapat sampai beribu2..
Approved Permit (AP),siapa yang dapat?adakah kita rakyat Melayu yang memandu kereta di jalanraya?tidak,kroni2 besar melayu yang dapat, di mana sebuah syarikat mendapat 8000 ribu lebih AP,dan hanya 77 sahaja syarikat di dalam Malaysia ini yang mendapat AP..kenapa hanya 77?kroni?ya..apa lagi kalau bukan kroni?

tanah ini tanah kita..ya..tanah melayu..
kecurian pasir secara besar2an di johor baru2 ini,apa crita?di bawah pemerintahan siapa?dari parti mana Menteri Besarnya? Hanya tutup mata sahaja,di depan pasir atau tanah melayu hilang..ini baru betol mencuri tanah orang2 melayu namanya..

aku sokong kata2 Hishamuddin Rais,Ketuanan Melayu Haprak!!!
Hanya mengkayakan pemimpin2 besar melayu,dan rakyat melayu yang miskin,terus miskin…
aku ingin memetik kata2 Sultan Selangor, “Malaysia belongs to all races, not just the Malays. The country is what it is today because of the contributions of all races and that is something we must acknowledge.”

kata meor:
tak kira Melayu atau kaum apa pun.. belajar dari sejarah!
dan kepada orang Melayu sendiri yang mempersoalkannya..
jangan nanti kita orang Melayu diusir dari tanah tumpah darah kita sendiri…

aku jawab:
‘belajar dari sejarah!!!’ kata meor dengan penuh lantang dan bersemangat. Tapi bagi aku,aku tidak berbangga jika nak mengatakan Malaysia ini(Tanah Melayu) adalah Melayu yang punya dan Melayu lah tuan kepada Tanah Melayu ini jika ianya diungkapkan atas dasar sejarah!!! ya,sejarah itu betul!!! sejarah tidak pernah menipu!!! tanah melayu ini melayu yang punya!! betul!! aku sokong..

tp,cuba fikir betol2..kosongkan minda,tenangkan jiwa..fikir..
nanti,pada tahun 3030 (bukan 2020),sebagai contoh, jika pada masa itu hanya tinggal seorang sahaja melayu yang ada di tanah melayu ini, si melayu itu boleh menjerit kepada kaum2 lain, “ini tanah aku,ini negara kau..negara ini melayu yang punya,kerana SEJARAHNYA kami penduduk asal.”

kalau itulah kata2 si melayu tersebut,memang betol..tidak ada salah walau sekecil kuman pun.. tetapi dia harus sedar,mengapa pada masa itu,hanya tinggal dia seorang sahaja melayu? kerana yang lain mungkin telah pupus ataupun diusir bak kata meor.. maksudnya,tidak ada guna kita berbangga tanah melayu ini melayu yang punya atas dasar sejarah!!!

untuk menjadikan tanak melayu ini melayu yang punya(aku juga ingin melihat sedemikian), bukan atas dasar sejarah,tapi adalah atas dasar USAHA-USAHA ORANG MELAYU PADA MASA KINI DAN PADA MASA HADAPAN UNTUK MEMASTIKAN MELAYU TERUS MAJU DAN SETERUNYA MENJADI PEMEGANG EKONOMI UTAMA DI TANAH MELAYU (MALAYSIA). Jika pada masa hadapan, orang Melayu menjadi dominasi dalam ekonomi dan sebagainya,hasil daripada usaha kita semua, barulah kita boleh berbangga dengan mengatakan, “MALAYSIA INI ORANG MELAYU YANG PUNYA!!!!”

itu baru betol..sekarang ini,kita orang melayu kena buktikan yang kita boleh berjaya,bukan dengan KETUANAN pembesar2 MELAYU, tetapi dengan KETUANAN RAKYAT, di mana Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau.

Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India , Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Jadi,jika Melayu usaha dengan lebih keras, orang melayu akan berjaya. Apakah salah meminta orang melayu berusaha lebih gigih?

Memorandum Muafakat Ulama' Mansuhkan PPSMI kepada Majlis Raja-raja Melayu

Penyerahan Memorandum Muafakat Ulama' Mansuhkan PPSMI kepada Majlis Raja-raja Melayu melalui Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja Melayu.

Kuala Lumpur,10 JUN - Pihak Majlis Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Engku Ngah Ibrahim telah sudi mengadakan pertemuan dan menerima memorandum wakil ulama' bagi mendesak kerajaan memansuhkan segera PPSMI.

Pertemuan itu diketuai Pengerusi SHURA,Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsudin ; Setiausahanya, Haji Azmi Abd. Hamid ( Presiden TERAS ) ; Prof Shaharir Mohd. Zain ( Timb. Pengersui Gerakan Mansukan PPSMI ) Encik Hasni Abas ( Saetiusaha Gerakan Mansuhkan PPSMI ) Prof. Abdullah Hassan ( Pensyarah UPSI ) Ustaz Dr. Abdul Rahman Awang ( Pensyarah UIAM ) Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abd. Aziz ( Pengerusi Persatuan Penyokong Sekolah Agama Rakyat ) Hj. Salleh Abu Bakar (Ketua Penerangan TERAS ) Ustaz Azhan Ishak ( Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa,Ipoh )

Menurut Ustaz Abdul Ghani, pelbagai NGO Islam dan seramai 800 ulama'seluruh negara menyatakan sokongan bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI. Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung di Pejabat Penyimpan Moohor-mohor besar raja-raja berhampiran Istana Negara. Ustaz Abdul Ghani dan ahli rombongan juga mengharapkan memorandum itu dapat dipanjangkan kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2009 di Kuching, Sarawak.

Rujuk : http://asyiqahfalah.blogspot.com/

Shukery Hashim meninggal dunia

Ahmad Baei Jaafar

Pelakon terkenal Sdr. Shukery Hashim (55) telah meninggal dunia di Hospital UKM Ceras jam 01 tengahari semalam akibat penyakit kanser pankreas. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham Puan Fatimah Mohd Desa, semoga dia boleh bersabar dan tenang menghadapi ujian ini. Allah sayangkannya lalu mengambilnya di saat ini.

Allah selalu mengingatkan umatnya bahawa setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan mati. Jadi beruntunglah mereka yang sudah bersedia ke arah itu. Taubat daripada dosa itulah antara persiapan yang harus diberi keutamaan dalam hidup.

SAIFUL BUKHARI BIMBANG BILA DS ANWAR MINTA BAHAN BUKTI?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAIFUL BUKHARI pemuda yang menuduh DS Anwar meliwatnya merasa seperti hairan apabila peguam DS Anwar memohon agar segala dokumen serta bukti CCTV yang berkaitan dengan kes tersebut diserahkan kepada DS Anwar untuk persediaan pembelaan. Di dalam blog Saiful pemuda yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Pusrawi bahawa tiada kesan liwat ke atasnya, seolah-olah membayangkan DS Anwar takut untuk menghadapi perbicaraan kes tersebut nanti. Saya tidak tahu sejauh mana cerdiknya si Saiful ini apabila beliau turut bimbang jika kes tersebut di`tendang' lebih awal sebelum perbicaraan.

Jika Saiful merasa beliau punya bukti dokumen atau CCTV yang boleh mengaitkan tuduhan DS Anwar telah meliwatnya (samada paksa atau sukarela), apa yang perlu ditakuti oleh beliau? Serahkan sahaja keperluan yang dikehendaki oleh peguam DS Anwar demi memberikan hak dan keadilan kepada orang yang beliau tuduh itu. Apakah kesemua bukti tersebut jika diserahkan kepada peguam DS Anwar maka di pihak beliau tiada salinannya? Jangan cuba mengaitkan DS Anwar seorang yang takut berhadapan dengan mahkamah kerana DS Anwar sudah lali dengan `permainan' mahkamah yang bermacam ragam ini. Mungkin Saiful yang bimbang berhadapan dengan mahkamah takut-takut lidah terkelu nanti atau berbelit-belit hingga memakan diri.

Persoalan ramai orang sekarang mengapa Saiful masih berdiam diri ke atas laporan oleh doktor Pusrawi yang mengesahkan dubur beliau tiada mempunyai kesan liwat? Bukankah laporan itu menggambarkan bahawa beliau telah membuat aduan palsu? Sekiranya beliau berani mempertahankan maruah dirinya sekiranya maruah itu masih ada, sewajarnya Saiful menyaman doktor berkenaan atau pihak Hospital Pusrawi. Mengapa ini tidak dilakukan? Saya teringat juga kisah seorang pemimpin yang telah dituduh berbagai-bagai oleh akhbar media asing berkaitan kes jenayah, sehingga kini pemimpin berkenaan diam terkedu. Tiada tindakan atau teguran pun terhadap media tersebut sedangkan jelas laporan media berkenaan mencemarkan nama baiknya yang kebetulan pula seorang pemimpin besar. Di mana sikap berani kerana benar?

Dalam kes Saiful ini, saya harap Saiful bertenang kerana bukan sikap DS Anwar untuk menyembunyikan diri apatah lagi beliau merasa beliau tidak bersalah bahkan beliau merasa bahawa tuduhan ini adalah lanjutan daripada mainan fitnah yang terdahulu. Saiful seharusnya yang perlu bersedia mulai sekarang untuk berhadapan dengan hujah-hujah peguam DS Anwar dan tidak mustahil DS Anwar sendiri akan berhujah dengan beliau. Jika perlu ada skrip yang perlu dihafal, hafallah mulai sekarang. Jangan nanti tersangkut-sangkut sebagaimana Saiful melakukan `akad' Sumpah Laknat sebelum ini. Tentu malu bukan?

Rakyat sudah tentu menantikan episod menarik selepas ini. Rakyat juga sudah tentu bersedia menerima siapa jua hakim yang ditetapkan untuk menghakimi kes ini nanti sepertimana rakyat telah dibiasakan dengan berbagai jenis hakim di dalam kes liwat DS Anwar yang terdahulu dan kes krisis di Perak baru-baru ini. Hakim di dunia sudah pasti tidak sama dengan hakim di Akhirat nanti. Lain-lain artikel klik wfauzdin.blogspot.com.

Tubuh Suruhanjaya Diraja, bersihkan kerajaan Perak

KUALA LUMPUR, 10 Jun : - Pemuda PAS Perak mendesak supaya ditubuhkan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perubahan kuasa di Perak ekoran rentetan perkembangan politik di negeri ini bermula awal Februari lalu hingga sekarang.

Setiausahanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata tujuan penubuhan badan itu adalah untuk menyiasat secara terperinci insiden 'rampasan kuasa' itu demi kepentingan rakyat dan perlu diperjelaskan serta dibersihkan oleh Kerajaan Negeri.

"Kita percaya ada unsur tertentu dan sebab kenapa tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas pada awal Februari dahulu.

"Tindakan mereka itu jelas mengkhianati serta menafikan hak rakyat yang memilih mereka di atas nama Pakatan Rakyat dan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS negeri itu katanya akan mempersembahkan cadangan tersebut kepada Paduka Seri Sultan Perak demi menegakkan demokrasi dan akan juga membersihkan pentadbiran Kerajaan Negeri di samping yakin usaha ini akan memberikan perkembangan positif kepada pelabur dan juga pemulihan ekonomi kepada Kerajaan Negeri kelak.

"Kita amat yakin dan percaya jika usaha ke arah penubuhan suruhanjaya ini dan akan menjalankan siasatan yang bakal mendedahkan kepada seluruh rakyat bagaimana perubahan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas oleh Umno / Barisan Nasional (BN)," katanya. Harakahdaily.

BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat - Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Jun - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno-BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihan raya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihan raya yang telus.

Insya-Allah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG,
DEWAN RAKYAT MALAYSIA.