11 Jun 2009

BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat - Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Jun - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno-BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihan raya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihan raya yang telus.

Insya-Allah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG,
DEWAN RAKYAT MALAYSIA.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai ahli seumur hidup PAS, rasa sangat marah dgn sikap bodoh sombong emimpin pemipin kecil PAS ni. Ceramh di Surau surau pun tak ubah ubah pendekatan, asyik maki, maki, pelece orang , pelece Dr Asri dsbnya.Ada penceramah yg perasan kononya dia balik dari syria, rasa takbur kata dah pandai, lalu kata dr ASRI tu alahh, ingat ada Ph d pandaui ka, aku ni ha , ngaji pondok, ngaji di syria....
Sorang lagi pulak, marah kat penganjur ceramah terang terang dalam majlis yg dihadiri kami dgn bahasa kesat...aku jaki betul kat si ..kerana aku nak disekat dari mengajar di surau ini!
Dan sekarang isu haram SIS.Khalid samad yg diketahui outspoken, gopoh dan rasa terpandai...buat buat silap teknikal pulak isu haram SIS.hoi anda semua...PAS jangan jadi beruk dapat bunga la. Di p buntar pun ada yg dah tak mau bersalam dengan beberapa orang kuat cawangan. ini kisah benar. betulah anda semua bagai beruk dapat bunga

rostam berkata...

kepala hotak hang tanpa nama 11:10PM, cakap ikut sedap mulut je...hang baguih sangat ka? kata orang beruk hang lagi beruk...bapak beruk...nak peringat orang konon...hang yang tak ada akhlak....bacalah dulu SIS tu apa....sapa yang terlibat dalam IFC...islam liberal lah...islam hadhari lah....apa islam yang dibawa oleh Rasulullah dulu sampai sekarang tak relevan lagi kah? manusia sekarang hebat lagi dari Rasulullah....termasuk hang lah kot...