Oleh: WFAUZDIN NS
ISU Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya sudah lama didengari dalam Pas iaitu sebelum muktamar lagi. Walau bagaimanapun, isu ini tamat diperkatakan apabila Tuan Guru Presiden Pas di dalam kenyataannya berkata bahawa `Tiada lagi Kerajaan Perpaduan' bersama Umno sejurus Najib mengambil alih jawatan PM menggantikan Pak Lah. Alhamdulillah, isu tersebut dinoktahkan dan semua ahli Pas serta rakan-rakan di dalam PR bergembira dengan keputusan muktamad Tuan Guru Presiden tersebut. PR bersama Pas dilihat lebih bersemangat selepas itu sepertimana yang telah dapat dibuktikan di dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.
Entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba terpacul semula isu ini di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Mungkin, ada beberapa kerat pemimpin yang masih tergila-gila dengan usaha sama Pas dengan Umno ini yang kecewa teramat sangat apabila Tuan Guru Presiden menoktahkan isu tersebut sebelum ini. Maka, isu ini timbul semula di dalam keadaan `versi' yang agak berbeza serta diubahsuai agar kelihatan lebih `Islamik atau Syarie'. Pokoknya, perpaduan itu menyebut nama Umno iaitu satu nama yang teramat jelik di hati rakyat terutamanya di Perak. Muktamar mungkin tidak terasa bagaimana sukarnya Ir Nizar berhadapan dengan Umno di Perak di dalam keadaan wakil Pas di dewan paling kecil jumlahnya daripada wakil DAP dan PKR. Namun, Ir Nizar bersyukur keranadi Perak, PR telah membuktikan bahawa PR mampu senang dan susah bersama, bahkan sanggup mati demi maruah PR sendiri.
Saya suka membezakan sikap dan pengorbanan rakan-rakan di dalam PR di Perak dengan Selangor. Di Selangor, awal mula pertama mula PR menawan Selangor, sudah ada pemimpin yang otaknya tidak keruan kerana gagal mendapat majoriti kerusi partinya bagi membolehkan dilantik sebagai MB Selangor. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin ini sanggup berjumpa pemimpin Umno sehingga ke peringkat PM ketika itu bagi membincangkan `perpaduan' bersama Umno, kononnya. Tidak menjadi rahsia lagi, pertemuan yang saya anggap `keluar dari kelambu dan masuk kelambu' orang lain itu turut membincangkan sekiranya `perpaduan' bersama Umno di Selangor ini berjaya, pemimpin tertentu ini telah dicadangkan sebagai MB Selangor dan bukannya Tan Sri Khalid. Inilah pengkhianat yang kini masih berada di dalam parti dan lebih berbahaya lagi memegang jawatan penting, dan ironinya pemimpin ini `terselamat' dari sebarang tindakan disiplin parti.
Setelah mereka inigagal di dalam pengkhianatan pertama mereka, usaha terus dijalankan dan digunakan muktamar yang mulia ini sebagai pembawa `virus' mereka. Kini, virus tersebut mula melanda di dalam parti dan dilihat semakin parah. Pemimpin ini sedar bahawa majoriti perwakilan tidak menyokong serta bersubahat dengan usaha khianatnya, maka di`sejukkan' suasana dengan menyeru ahli-ahli dan rakan-rakan dalam PR agar `Lupakan sahaja Isu Kerajaan Perpaduan'. Begitu mudah lidah berbicara untuk menyelamatkan diri masing-masing. `Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.
Pada pandangan saya, tiada jalan lain yang dapat dilakukan oleh pimpinan kecuali secara tegas dan muktamad membatalkan segala ucapan berkaitan isu ini. Keputusan muktamar yang lalu diguna pakai semula termasuk kata-kata Tuan Guru Presiden sebelum ini bahawa isu `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno dinoktahkan. Jangan kita salahkan rakyat dan ahli yang memperbesarkan isu ini kerana isu ini sememangnya besar, jika tidak masakan disebut di dalam muktamar?/ wfauzdin.blogspot.com.

2 ulasan:
saudara WFAUZDIN NS..
cuba saudara berfikir sejenak :
1. Apa Hikmah Cadangan Kerajaan Perpaduan... kenapa perlu memikirkan kepada ke arah negatif dan agak beremosi..
2. Krisis di perak yang anda maksudkan "RAKYAT" siapa sebenarnya.. kalau nak ikut pengundi melayu masih ramai dan majoriti yang menyokong BN terutama selepas 3 YB menjadi ADUN bebas... Perkataan "RAKYAT" yang di gunakan adalah tidak tepat dan yang lebih tepat adalah perkataan Pengundi PR dan kalau ikut kedudukan Ahli Dewan Kebanyakan Pengundi PR adalah Bukan Melayu dan Islam..
3. Jika PR memerintah negara ada jaminan ke dari segi kesinambungan pemerintahan melayu dan islam.. kerana di kalangan parti PKR tentu satu hari nanti akan ada presiden Bukan Melayu dan Islam.. so siapa yang akan jadi ketua di kalangan parti PR.. berbeza denga BN UMNO merupakan ketua gabungan dan Timbalan PM mesti dari UMNO yang merupakan Tim. Presiden.. so kalau Pas boleh jadi ketua gabungan PR tak ada masalah.. saya akan setuju seratus peratus... bukan Perti keadilan..tapi mau ker DAP menerimanya..
kita jgn panik dgn pnubuhan kerajaan perpaduan ni..
blum lg muktamad, bru idea je..
tp klau jd pnubuhan krajaan perpaduan, aku pun tak stuju...
Catat Ulasan