PARIT BUNTAR, 6 April :- Kekuatan Pas di Kawasan Parit Buntar semakin menyerlah dengan pelancaran Kelab Penyokong PAS Kaum India untuk Parlimen Parit Buntar. Peresmian di sempurnakan oleh YB. Dr. Muhahid Yusuf, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lajnah perpaduan nasional PAS Pusat. Hadir Sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, YB.Tn. Hj. Zainuddin Mohd Yusuf, ADUN titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, YB. Abd. Yunus Jamhari, YDP PAS Kawasan, Tn . Hj. Harun Hashim , Wakil Kaum Tionghua,Wakil Kaum India dari Kelantan,dan Bekas Calon DUN Ulu Tiram, Johor, Cik R. Kumutha. Pelancaran itu dilakukan dengan kehadiran lebih 1000 kaum india di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar ini disini.
Majlis Peresmian telah dipengerusikan oleh Kapten Jeyamogan, Pengerusi kelab Penyokong PAS India Kawasan Bukit Gantang. Se awalnya majlis bermula dengan persembahan Tamil Vaithu yang memukau para hadirin.
Hasil dari usaha gigih dari En. M . Sivakumar sebagai pengerusi Jawatankuasa Program, merangkap Pengerusi Kelab Penyokong PAS India Parit Buntar dan En Hamdan Fadel bin Ahmad, Pengerus Lajnah Perpaduan Nasional Pas Kawasan Parit Buntar, sambutan kepada kelab tersebut mendapat dokongan yang luarbiasa dari masyarakat India setempat. Buktinya pada majlis tersebut En. M. Sivakumar telah menyerahkan 500 borang keahlian Kelab Kepada Yb. Dr. Mujahid . Selain itu pihak panitia juga telah menerima sekitar 200 borang keahlian baru pada malam tadi.
Dalam tempoh yang terdekat En. Hamdan yakin jumlah borang keahlian yang diserahkan akan mencecah kepada 1000 orang.
Ahli parlimen Parit Buntar juga telah menerima 300 borang keahlian dari kelab penyokong PAS Kaum Tionghua dari walilnya En. Ah Wee yang juga akan dilancarkan dalam waktu terdekat.
Selain dari ucapan Wakil Kaum India Kelantan, Ucapan peresmian dan ucapan Exco Kerajaan Perak, cara lain yang menarik para pengunjung yang terdiri dari berbagai bangsa ialah acara menyalakan lilin yang disempurnakan oleh tetamu-tetamu kehormat yang hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan