Terkini tiga ketua sayap UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri, tidak hadir pada majlis taklimat Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di ibu negara hari ini dengan alasan mereka bertiga menghadiri tugas rasmi dan perkara itu dimaklumkan kepada parti.
Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pelajaran dikatakan kini berada di Paris, Perancis, bagi menjalankan tugas rasminya sebagai anggota Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).Beliau dimaklumkan akan menghadiri mesyuarat pertama lembaga itu selama tiga hari yang akan bermula esok. Hishammuddin dilantik ke jawatan itu pada 24 Oktober tahun lepas.
Ketua Penerangan Puteri UMNO, Shahaniza Shamsuddin ketika dihubungi berkata ketuanya, Datuk Noraini Ahmad yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia kini berada di Sabah bagi menghadiri program rasmi kementerian itu. Persoalannya adakah sabah sangat jauh sehingga Noraini tidak dapat balik sebentar mendengar taklimat. Pak lah juga baru balik dari Sabah.Sedangkan peserta taklimat juga terdiri dari pemimpin UMNO Sabah.
Saya mengambil gambaran umum tentang pergolakan Azlina yang merupakan bekas Ketua Puteri dengan Rafidah ketua Wanita. Noraini dilihat tidak berkecuali apabila beliau nampaknya menyokong bekas ketuanya jadi ketua wanita.
Difahamkan Ketua Wanita UMNO , Rafidah Aziz juga mempunyai program rasmi melibatkan Wanita UMNO menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada majlis taklimat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.
Hebatnya Kak Fidah, program wanita UMNO nampaknya lebih besar dari taklimat persidennya, nampaknya marah sungguh dia kepada Pak Lah yang tidak lantik dia sebagai menteri. Kemarahanya tidak dapat disembunyikan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan