IPOH, 15 Jun :-Pemuda PAS Perak mestilah membela 5000 orang miskin tegar yang terdapat di negeri Perak. Disamping itu usaha-usaha membantu Armalah(ibu tunggal) dan anak-anak yatim mestilah diberikan keutamaan sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan. demikian antara ucapan Exco DPP Pusat, YB. Ust. Ahmad Baihaki Atiqullah semasa meresmikan Muktamar Tahunan DPP Perak kali ke 25 dini hari ini.
Adun Pasir Tumbuh, Kelantan YB. Ust. Bahaiqi (tengah)
Hadir sama pada Muktamar tahunan pemuda itu ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, YB. Encik Wong Kah Woh, ADUN Canning dan YB. Encik Sum Cheok Leng ADUN Bercham . Manakala Wakil Bandan Perhubungan PAS Perak diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya ,Ust. abu Bakar Hussin. Selain itu kehadiran dari kelan penyokong PAS kaum Tionghua sekitar 30 orang meramaikan lagi kehadiran.
YB. Drs. Lim Chuan Hing (PAS/Titi Serong),YB. Encik Wong Kah Woh (DAP/Canning)dan YB. Encik Sum Cheok Leng (DAP/Bercham) hadir pada muktamar DPP Perak hari ini.
ADUN Pasir Tumbuh itu juga mengucapkan tahniah kepada semua pemuda PAS yang bertungkus lumus memenangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Setelah memegang pemerintahan kerajaan negeri pasti akan ada pelbagai ujian, kerana itu katanya pemerintah mestilah bijak dalam menengani masalah tersebut. Antaranya sebelum memerintah dan menang ramai yang takut untuk mengaku PAS tetapi mungkin sekarang ini dialah yang paling dekat dengan Menteri Besar, kata Ustaz Baihaki.
Beliau juga meneyeru semua pemuda perak hadir dalam demonstrasi pada bulan July nanti di Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan harga minyak.
Menceritakan mengenai pemerintahan di Kelantan, YB. Baihaki menjelaskan kalau sesiapa hendak bertemu dengan Menteri besar amat mudah sekali, demikian juga dengan Exco . Harapan nya demikian juga berlaku di negeri Perak.
Diakhir ucapannya beliau berharap tidak akan ada perebutan menjadi calon dan ini bukan kerja pemuda. Katanya emas yang terdapat diperut bumi orang akan gali, demikianlah manusia kalau kita layak dan bernilai, InsyaAllah kita akan dipilih. Yang lebih penting nasihatnya, kita mestilah berkerja untuk membantu rakyat. "Berikanlah kritikan yang membina bukan kritikan yang meruntuhkan" katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan