23 November 2013

Letak jawatan: Tahniah, JK Pemilihan bertanggungjawab

19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: PAS Pusat menolak keputusan jawatankuasa pemilihan untuk meletakkan jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam kertas undi bagi pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat semalam.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, selepas perbincangan, Presiden Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memutuskan peletakan jawatan tidak perlu dilakukan kerana proses pengundian masih berjalan.

Tuan Guru Abdul Hadi juga mahu proses pengundian diteruskan sehingga selesai.

"Pasukan pemilihan berasa bertangungjawab terhadap apa yang berlaku, mereka menemui pimpinan dan mengakui kegagalan dan bersedia meletakkan jawatan.

"Pihak pimpinan khususnya presiden berasa peletakan jawatan tidak perlu dilakukan kerana kita dalam proses melakukan pengundian.

"Saya mewakili pimpinan dengan pandangan presiden merasakan bahawa kesilapan teknikal ini akan dihadapi manusia sepanjang zaman," kata beliau dalam ucapan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.

PAS juga katanya menerima permohonan maaf Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi dan pasukan kerjanya serta merakamkan ucapan tahnia atas sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan.

"Pihak pimpinan menerima permohonan maaf dan presiden nasihatkan pimpinan terus beri kepercayan dan teruskan proses pengundian.

"Tahniah atas rasa tangungjawab yang kita tak temui dalam organisasi lain terutamanya Umno BN.

"Tapi jawatankuasa kita mengakui kesilapan," katanya.

Harakahdaily

Tiada ulasan: