KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines kini menawarkan tambang promosi bermula 25 November hingga 2 Disember 2013, bagi perjalanan antara 28 November 2013 dan 30 Jun 2014.
Tambang kelas ekonomi diberi diskaun sehingga 50 peratus, manakala kelas perniagaan akan dikurangkan sehingga 60 peratus, demikian menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tawaran berkenaan meliputi tambang dari Malaysia ke destinasi di Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Selatan, Timur Tengah, Australia, Amerika Utara dan Eropah.
"Malaysia adalah tempat yang indah dengan pelbagai tawaran dan 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia, kami menggalakkan pelancongan domestik bagi rakyat Malaysia dan yang lain untuk meneroka syurga tropika ini," kata Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Muzammil Mohamad dalam kenyataan itu.
- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan