9 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
ROMPIN - Kira-kira 20 tahun lalu, penduduk Kampung Kurnia, Setajam di
sini, tidak pernah menikmati bekalan air paip, namun sejak setahun lalu
bekalan air di kampung itu mula disalurkan di kawasan itu.
Bagaimanapun, kegembiraan kira-kira 30 penduduk di situ menikmati
bekalan air tidak bertahan lama apabila mereka sekali lagi berdepan
masalah apabila bekalan air bersih tidak sampai ke rumah penduduk sejak
sebulan lalu.
Penduduk meluahkan rasa kesal berikutan masalah terputus bekalan air itu berlaku terlalu lama sekali gus menjejaskan urusan seharian.
Penduduk meluahkan rasa kesal berikutan masalah terputus bekalan air itu berlaku terlalu lama sekali gus menjejaskan urusan seharian.
Sehubungan itu, Pengurusan Air Pahang (Paip) Berhad digesa menangani
masalah itu segera, apatah lagi hanya tinggal tiga hari saja lagi umat
Islam bakal menyambut ketibaan Aidiladha.
Seorang penduduk, Siti Zaiton Husin, 43, berkata, penduduk terpaksa
menadah air hujan dan menggunakan air telaga apabila bekalan asas itu
tidak sampai ke rumah penduduk seperti kebiasaannya.
“Bukan sehari dua masalah bekalan air di kampung ini terputus, tetapi
masalah ini berterusan sejak sebulan lamanya,” katanya kepada Sinar
Harian.
Siti Zaiton berkata, penduduk naik bengang dengan masalah itu kerana
mereka terpaksa mendapatkan air telaga dan menadah hujan bagi membasuh
pakaian dan mencuci pinggan mangkuk.
“Sejak dahulu lagi kami memang berharap mendapatkan air bersih, sudah dapat air timbul masalah lain pula hingga kami terpaksa hidup seperti dahulu, sekali gus menyukarkan urusan harian,” katanya.
“Sejak dahulu lagi kami memang berharap mendapatkan air bersih, sudah dapat air timbul masalah lain pula hingga kami terpaksa hidup seperti dahulu, sekali gus menyukarkan urusan harian,” katanya.
Alahan pada kulit
Selain itu, Siti Zaiton berkata, akibat menggunakan air tercemar,
seorang anaknya mengalami alahan pada kulit selepas menggunakan air
telaga yang sudah lama tidak dirawat.
“Dahulu kami memang gunakan air telaga, tetapi sejak bekalan air paip
disalurkan dari rumah ke rumah penduduk, telaga air sudah lagi tidak
digunakan, malah saya sendiri menimbus telaga itu.
“Kami terpaksa menumpang rumah jiran yang mempunyai telaga untuk keperluan mandi dan basuh pakaian, namun sampai bila keadaan ini akan berterusan kerana kami memerlukan sumber bekalan air bersih,” katanya.
Ropisah Mohamad, 42, berkata, jika dahulu penduduk berdepan dengan masalah tekanan air rendah, namun sejak sebulan lalu setitik air paip pun tidak sampai ke kampung itu.
“Bukan saya seorang saja berdepan masalah ini, tetapi semua penduduk di sini mengeluh kerana biasanya jika tiada air pun ia tidak berlarutan sampai dua atau tiga hari, tapi kali ini sudah sampai sebulan,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa membasuh baju dan pinggan mangkuk di telaga
belakang rumah sementara berharap air tangki yang dibekalkan Paip
seminggu sekali bagi kegunaan makan dan minum.
“Kadang-kadang sampai seminggu baru kami peroleh bekalan air dari Paip dan keadaan ini sungguh membebankan, apatah lagi bagi kami yang mempunyai keluarga yang ramai,” katanya.
Ropisah berkata, bekalan air amat diperlukan terutama hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Aidiladha.
Sambutan raya hilang seri
Menurut Ropisah, jika tahun lalu mereka berasa lega kerana memperoleh bekalan air yang disalurkan terus ke rumah, namun untuk tahun ini mereka mungkin sekali lagi terpaksa berdepan situasi ketiadaan bekalan air seperti tahun sebelumnya.
“Kalau masalah ini berterusan sehingga Aidiladha ini mungkin sambutan raya haji kali ini hilang serinya, apatah lagi pada waktu itu anak-anak mula pulang ke kampung dan sanak saudara pastinya akan berkunjung ke rumah,” katanya.

Selain itu, katanya, penduduk yang mengadakan majlis perkahwinan anak
mereka pula juga terpaksa membeli air daripada Paip bagi mendapatkan
sumber bekalan air bersih.
“Mujur dalam sebulan ini tidak ada berlaku kes kematian, jika tidak sudah tentu jenazah si mati juga terpaksa dimandikan di kampung lain,” katanya.
“Mujur dalam sebulan ini tidak ada berlaku kes kematian, jika tidak sudah tentu jenazah si mati juga terpaksa dimandikan di kampung lain,” katanya.
Mohamad Amril Syafiq Mohamad Zaini, 19, berkata, masalah itu sudah lama dihadapi penduduk dan ia amat membebankan mereka.
“Saya tidak tahu punca sebenarnya, tapi masalah tiada air ini sudah
lama dan selalu berlaku. Memang menyusahkan kami, jangan katakan hendak
mandi, hendak menadah air segayung pun belum tentu ada,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, masalah itu perlu ditangani segera bagi memastikan penduduk kembali menikmati kemudahan itu semula.
“Tiap-tiap bulan kami bayar bil air, jadi kami berharap agar masalah
ini dipandang serius kerana tidak mahu masalah ini terus berlarutan
tanpa ada jalan penyelesaian,” katanya.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan