25 Mei 2009

UMNO mula siarkan rakaman sidang DUN 5 minit burukkan PR.

UMNO mula menayangkan rakaman 5 minit persidangan DUN Perak dalam siri penerangannya. Demikian didedahkan oleh pembahas dari PAS Kawasan Parit semasa memberikan ucapannya sebentar tadi.

Sebenarnya saya sudah mendengar beberapa hari lepas usaha terdesak yang akan dilakukan oleh UMNO setelah mereka melihat Sidang DUN 7 Mei yang lepas tidak memihak kepada mereka .

Segala usaha untuk menutup kebobrokan UMNO dan BN semasa sidang lepas sehingga mereka cuba mengedit sidang yang berlangsung selama sekitar 6 jam itu, maka terpilihlah 5 minit untuk menggambarkan kononnya jahatnya Pakatan Rakyat.

Jawapan mudahnya selama 5 Jam 55 minit yang lain tidak boleh memihak kepada mereka, itulah keganasan yang ditunjukkan oleh wakil rakyat UMNO yang cuba memukul ADUN pakatan Rakyat. Termasuklah disana keganasan pihak polis yang menyeret hampir sepuluh ADUN Pakatan termasuk Speaker yang sah yang dibawa lari bersama dengan kerusinya dan dikurung selama sejam di dalam satu bilik stor.

Segala tembelang UMNO sebenarnya dijawab oleh media alternatif yang banyak menyiarkan suasana dan gambaran sebenar. Siapa lagi yang boleh percaya dengan klip terpilih 5 minit yang mahu memperbodohkan orang yang tidak cerdik.

Polis juga melakukan pemeriksaan di Ibu Pejabat DAP di Seksyen 20/9 Petaling Jaya petang semalam dan mengambil beberapa bahan bukti termasuk komputer dan perisian yang disyaki digunakan untuk menerbitkan risalah yang mengandungi unsur hasutan.
Saya membantah tindakan yang sangat memihak kepada kerja jahat UMNO tersebut.

Semuga rakyat mentertawakan usaha jahat BN yang mungkin akan dijaja seluruh pelusuk negeri Perak. Rakyat sudah tahu yang mana intan yang mana berlian, semuga undi BN semakin berkurang dengan usaha pembohongan terbaru ini.

14 ulasan:

f.zaki berkata...

UMNO dh x keruan. Dh tersepit dan terkepit.

madkrie berkata...

Kezaliman zaman Mahafiraun akan berulang..Dasar menghalalkan cara akan terus berleluasa.
Selepas berakhirnya era RAMSIS 1 kini menjelma RAMSIS 2.

abu muaz berkata...

PDRM perlu menubuhkan satu jabatan lagi untuk menguatkan penguatkuasaan dinegara kita. Antara jabatan yang sedia ada :

1.Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ)
2.Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)
3.Jabatan Narkotik
4.Jabatan Siasatan Pakatan Rakyat(JSPR)- harap dapat dilancarkan sempena Hari Polis 2010.

Tanpa Nama berkata...

hantam sajelah labu, aku rasa ramai gak yang mcm aku malehhh nak pening-pening kepala, walaupun keadaan rakyat dah tak sehangat masa mula-mula rampasan perak ni jadi tapi AWASS! BN kena ingat, bahang dlm hati rakyat cuma jadi bara je sekarang ni, tunggu masa akan meletus..heh..heh..bila? tunggu..tengok je kat PRU12 dulu, sikit punyer syokk depa bantai..tapi last-last terkejot BEROK mengalahkan KJ yang kata pembangkang tu semua BEROK pasal rakyat bagi hukuman sebenarnya siapa sepatutnya jadi BEROK..

Tukang Cerita berkata...

UMNO tayangkan insiden yang memburukkan UMNO itu sendiri...

Rakyat dah menolak UMNO.. UMNO sudah terlambat..
Yang tua akan meninggal dunia, yang muda akan besar.. Generasi muda yang akan mengundi memberi kemenangan kepada PR.. InsyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

Ada sekurang-kurangnya 3 medan dimana PR perlu merancang dan melaksanakan program-program:

1. Medan Rakyat
Masa ini adalah masa untuk bekerja, meneruskan proses melebar-luaskan lagi sokongan rakyat. Pakatan rakyat sedang memegang teraju majoriti sokongan rakyat. Tetapi, ada banyak lagi rakyat Perak yang terdinding dari melihat perkara yang sebenarnya. Pintas segala sistem propaganda BN.

2. Mahkamah
Teruskan serangan ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Tetapi menggunakan strategi yang lain, berbanding strategi semasa di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan - yang mana kita 2-3 langkah dibelakang berbanding Najib Tuya. Rancang dengan teliti. Wujudkan lagi "spotlight"/kanta pembesar, supaya hakim-hakim itu dilihat dari segala sisi mereka, agar mereka malu atau tertekan untuk kuat memegang kebenaran. Atau pun kita dapat mengaut keuntungna sepenuhnya melalui perbicaraan ini bagi meningkatkan lagi sokongan rakyat.

3. Sultan dan pembesar perak.
Inilah medan yang agar sukar ditembusi. Tetapi, PR tiada pilihan melainkan memikirkan langkah2/program2 menukar hubungan dengan istana menjadi yang lebih bermakna lagi.

Oleh kerana serangan kepada sisi medan rakyat sahaja PR menguasai, maka dari sisi itulah kerja-keras mesti diteruskan. Tetapi tidak melupai juga untuk menyerang sisi2 lain dimana BN bergantung.

jebat berkata...

salam perjuangan ...

saya yg tak reti berjuang & tak tahu berjuang
cuma cadangkan semoga PAS & PR dpt bersabar dlm krisis ini sehingga PRU13
kumpulkan kekuatan .....
semakin ghairah menyerang semakin sumbang langkah ... kerana belum sedia

anak2 yg baru belajar

zambry berkata...

Sila lawati blog saya

Tanpa Nama berkata...

blog yg tak mantap n tidak mencelikn minda buat apa nk lawati baik lawati blog Yb ni ada ummmphhhh

Pejuang kebebasan berkata...

Mereka boleh mempamerkan video yg hanya 5 minit.Jgn lupa mahkamah Allah akan mengadili dan bisa memPamerkan segalanya!

otai-otai kampung berkata...

BN/UMNO adik bradik yuhudi...lebih lgi tu

jentayu berkata...

kesian kat zambry kena pelawa orang ke blog dia.Apakejadah kita nak tengok muka penyamun dan pemikliran perompak.YB Nizar tetap dihati.Orang Venise pun nyampah nengok zambry inikan pulak orang perak.Khak tui!

Wan Ramli Setiu berkata...

Pasang video lima ka, sepuluh minit ka atau 6 jam ka memang ternyata UMNO dan parianya cuba melantik speaker ke"Ganesan"nya namun nampak janggal di mata rakyat.Tunggulah hukuman pada pru 13 nanti.
Tahniah YB.... bila nak datang ceramah di setiu , Trg?

Unknown berkata...

UMNOBN TETAP DIKAKI RAKYAT.