25 Mei 2009

Ust. Ahmad Awang: Penganti saya orang yang lebih dinamik, progresif dan bertenaga.

TELUK INTAN , 24 Mei :- Saya sudah 8 tahun memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perak dan 2 Tahun sebulum itu menjadi Timabaln Pesuruhjaya, sudah 10 tahun, satu dekad sudah, jadi saya mahu pengganti saya orang yang dinamik, progresif dan bertenaga. Demikan antara ucapan Pesusuhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang semasa menggulung ucapan sempena Konvensyen PAS Perak disini.

"Saya akan terus berbakti bersama dengan PAS Perak" katanya dalam keadaan sedikit hiba.

Ucapan Ust. Ahmad Awang itu menyusul setelah beberapa hari lepas beliau telah mengumumkan seperti dipetik dalam malaysiakini bahawa beliau tidak akan bertanding dalam apa-apa jawatan parti pada pemilihan akan datang.

Dalam kenyataannya juga beliau mengatakan akan menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.

6 ulasan:

Farid Hilmi Embong berkata...

Inilah sepatutnya yang WAJIB dijadikan contoh..Al Fadhil Ust. Ahmad Awang bukan berkehendakkan PANGKAT dan JAWATAN..apa yang beliau impikan (pada hemat saya) ialah TERTEGAKKAN DIN AL ISLAM ini..kpd YB-YB dan PARA PIMPINAN (baik PAS atau UMNO)..contohilah peribadi ini...

Unknown berkata...

Ust.Ahmad Awang sememangnye pemimpin gerakan Islam yang berjiwa besar,cekal dan Istiqamah dalam perjuangan.

InsyaAllah Generasi Pejuang Islam yang lahir khusus di negeri Perak selepas ini akan terus menyambung perjuangannya hasil bimbingan dan didikan yang beliau curahkan selama ini.

Bario berkata...

dengan memberi ruangan kepada tokoh-tokoh pemimpin yang baru, ini akan dapat memastikan perjuangan dapat diteruskan pada masa hadapan... pemimpin yang lama juga hendaklah terus berjuang bersama-sama dengan tokoh-tokoh pemimpin baru dalam perjuangan dengan memberikan idea, cadangan dan sokongan berdasarkan ilmu dan pengalaman perjuangannya sebelum ini.

ubatkuat berkata...

TERUSKAN PERJUANGAN UTK MENEGAKKAN KETUANAN ISLAM,HANYA ORANG YG BERAKHLAK DAN MAMPU MEMIKUL BEBAN PERJUANGAN SEPERTI UST.AHMAD AWANG DAPAT MELAKUKANNYA DENGAN IZIN ALLAH DAN MENDAPAT DOKONGAN PEJUANG2 ISLAM YANG LAIN,PAS TAK BOLEH LARI DARI MENGAITKAN PERJUANGAN ISLAM DENGAN BUMI PERAK,,SIAPA YANG TAK TAHU NAMA YG TERSOHOR SEPERTI ALMARHUM ZULKIFLI MUHAMAD???
TERUSKAN LANGKAH WAHAI PEJUANG ISLAM
TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

Tanpa Nama berkata...

Siapa lagi kalau DS Ir Nizar

Tanpa Nama berkata...

Calon terbaik ialah DS Ir Nizar