MIRI - PAS Miri bersama Unit AMAL Malaysia Bahagian Miri telah melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Dalam B, Batu 6, Lambir dekat sini semalam.
Dalam kejadian kebakaran yang berlaku jam 7.40 pagi beberapa hari yang lalu, seorang budak lelaki berusia tiga tahun, rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya di Kampung Sungai Dalam, Batu 6, Lambir. Ibu dan nenek mangsa turut mengalami kelecuran di beberapa bahagian badan mereka. Datuk mangsa, Sebri Pawi, 81, yang ditemui memberitahu bahawa api berpunca daripada salah satu bilik di rumah kayu tersebut.
PAS Miri amat simpati akan nasib yang menimpa keluarga tersebut dimana mereka kehilangan anak dan juga rumah mereka musnah sama sekali. PAS Miri menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga mangsa untuk meringankan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran.
Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat memberi bantuan kecemasan dengan membina semula rumah mereka yang musnah dalam kebakaran tersebut. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah masalah keselamatan rumah kampung yang tidak ada pemadam api.
Pihak kerajaan dan pihak bomba perlu memberi penerangan tentang cara-cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta memberitahu cara penggunaan pemadam api yang betul untuk mencegah kebakaran kepada penduduk kampung.
Sekurang-kurangnya dengan adanya pemadam api dan juga pili bomba, ianya satu langkah awal untuk memadam dan mencegah api dari merebak dan juga dapat menyelamat nyawa serta kemusnahan harta. Harap perkara ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dengan menyediakan setiap rumah kampung ada satu pemadam api demi keselamatan penduduk kampung yang kurang pengetahuan tentang pencegahan api dari merebak.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan