17 November 2010

Program Qurbaan dan Kebajikan PAS Miri 1431 H Perkukuh Ukhuwah Sesama Masyarakat


10 Zulhijjah 1431H.
www.pas-miri.blogspot.com

Program Qurbaan dan Kebajikan PAS Miri 1431 H berjaya dilaksanakan dengan jayanya di sekitar DUN Senadin. Bermula program Puasa Sunat Hari Arafah pada Selasa (bersamaan 9Zulhijjah) dan Iftar ,petugas PAS disemua peringkat meraikan Hari Kebesaran Ediul Adha 1431 H dengan sederhana sekali. Buat julung kali 2 Ekor dikorbankan pada pagi yang mulia ini 10 Zulhijjah dengan dana disumbangkan oleh ahli dan petugas PAS Kawasan Miri.

Selain sumbangan barang keperluan yang disumbangkan sejak hari Isnin kepada penduduk sekitar Kg Tukau,Tudan dan Luak;program kali ini turut melibatkan agihan korban pada Hari Raya Eidul Adha. Sebanyak 180 bungkusan daging korban yang menggunakan beg plastik PAS telah diedarkan disetiap pelusuk Kampung sekitar Miri termasuk ke Kuala
Baram.

Suasana ukhuwah dan gembira jelas terpancar diwajah para penerima pada hari yang mulia ini. Program diketuai Setiausaha Kawasan Miri,Saudara Arif dan AJK Pemuda dan Muslimat.InsyaALLAH satu Majlis Jamuan Eidul Adha akan diadakan dirumah YDP PAS Kawasan Miri pada hari akhir Tasyrik 13 Zulhijjah Sabtu ini bersempena juga dengan Aqiqah beberapa sahabat anggota PAS Miri yang baru menerima cahayamata.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruskan kerja kuat, tanpa kira masa dan tenaga, walaupun tiada wang senyuman lebih bermakna

Tanpa Nama berkata...

salam,, silap cara pas ini. tak boleh nak politikkan korban sampai plastik pun nak cop pas...ini tak betul nanti ini jadi alasan mereka menentang pas.biar pakai plastik biasa je. apa yang penting ikhlas..
www.muslimmall.blogspot.com