09 February 2014

PAS ucap takziah pemergian Pak Yazid

9 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

SAYA bagi pihak seluruh kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama dengan ahli-ahli serta pendokongnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri al-Marhum dan ahli keluarga,  di atas pemergian al-Marhum Ustaz@Pak Yazid Jaafar ke rahmatullah pagi Ahad 9hb Rabiuakhir 1435H bersamaan 9 Februari 2014M.
Sesungguhnya  pemergian Almarhum merupakan kehilangan besar buat semua ahli, pendukung dan penyokong PAS seluruh Negara khususnya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan serta. Semoga segala khidmat dan pengorbanan yang Almarhum persembahkan kepada perjuangan Islam mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Rabbul Jalil.

Bagi pihak  seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali saya mengucapkan takziah  dan berharap kepada semua keluarga, sahabat-handai, pend0kong dan penyokong PAS agar bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan Semoga al-Marhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT. Mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT,  InsyaAllah.

Sekian. Wassalam.

DATO’SERI TUAN GURU  HJ ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
9 RabiulAkhir 1435H / 9 Februari 2014M

No comments: