17 November 2009

Pengetua Politeknik Permatang Pauh ditukar

PERMATANG PAUH, 15 Nov: Pengarah Politeknik Seberang Perai, Norazahan Othman telah ditukar ke Jeli, Kelantan dipercayai akibat tindakan beliau membenarkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di situ pada 3 Oktober lalu.

Hari ini, pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai yang terletak di Jalan Permatang Pauh didakwa telah mengadakan jamuan perpisahan terhadap beliau.

Beliau dijangka akan berpindah ke negeri asal dalam masa terdekat.

Pertukaran itu juga didakwa dilakukan dengan tergesa-gesa berkemungkinan atas desakan pihak yang tidak senang dengan sikapnya yang dilihat 'pro-pakatan'.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengadakan Majlis jamuan Aidil Fitri dan turut di hadiri oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas.

Satu sumber mendakwa, sebuah parti politik pembangkang Pulau Pinang tidak dibenarkan menggunakan dewan Politeknik tersebut kerana tidak menjelaskan bayaran tunggakan sewaan program yang pernah dibuat.

Tindakan Norazahan yang membenarkan kerajaan negeri menggunakan dewan politeknik itu pula mungkin dilihat bahawa beliau pro pakatan.

Kerana bertindak atas sikap profesionalnya, ada pihak didakwa telah tidak senang dan telah berusaha menukar beliau.

HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:

masuksuku berkata...

salam yb
kesian pengetua politeknik tu..orang bee end tak ingat langsung jasa pengetua tu mendidik anak bangsa ..menjadi manusia berguna..tiada langsung rasa hormat pada pengetua tersebut..kenanglah sikit jasa kawan tu..
ini hanya lihat kes tersebut langsung lupa jasa kawan tu..yang nampak hanya kesalahan ..
kena ingat kawan tu pun ikut arahan arang atas..sediakan tempat..jadi begini pula..
apalah orang bee end ni..hanya membuatkan orang ramai lebih menyampah dan getik pada diaorang..

mus berkata...

Takpa lah, dia tukar balik negeri. Lagi pula ke negeri Pakatan jugak.

Semoga beliau bersabar menerima dugaan tersebut. Semoga Allah melaknat orang-orang yang berlaku zalim.