MARANG, 15 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sinis menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cepat melakukan siasatan melibatkan pemimpin PAS berbanding pemimpin Umno BN sebagai 'peka' terhadap PAS.
Menurutnya, tindakan SPRM yang cepat memberi respon untuk membuka kertas siasatan terhadap penajaan haji Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, seolah-olah mereka peka untuk menyelamatkan PAS berbanding BN.
“SPRM cukup peka untuk selamatkan PAS,” ujarnya kepada wartawan di sini, kelmarin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut melahirkan rasa kesal dengan sikap SPRM yang terlalu cepat melakukan siasatan apabila membabitkan pemimpin PAS.
Lebih mengecewakan katanya, SPRM juga dakwanya sering bertindak hanya hanya berdasarkan laporan media sahaja walaupun tiada aduan dilakukan.
Keadaan itu katanya berbeza apabila melibatkan pemimpin Umno dan BN di mana SPRM lewat bertindak seolah olah mahu mengelak dari membuat penyiasatan.
SPRM sehingga kini berdepan dengan tanggapan melakukan penyiasatan dan pendakwaan terpilih ekoran dilihat cepat bertindak terhadap apa-apa dakwaan salah guna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat berbanding pemimpin Umno BN.
HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:
salam yb
pihak sprm..s stand for suruhan saja..takda jaya pun..bermaksud suruhan orang atas le tu..gaji dibayar oleh pihak bee end pada fikiran mereka..yang diperolehi dari poket tebal pemimpin bee end sendiri..bukan duit rakyat..
mereka mereka ini ibarat haiwan yang di bela dan berkhidmat hanya untuk kepentingan orang orang bee end..(bukan semua ya..hanya untuk top brass saja)
sebab takut berhenti nanti jadi jaga je..dan tak diletakkan jadi pengerusi apa apa syarikat pun..
lepas tu nanti dah berhenti baru join pembangkang sebab konon dah sedar hukum ALLAH..
DOUBLE STANDARD kita sudah tersebar luas di dunia..hanya pada Allah kita mohon perlindungan dan keadilan..
salam, nampaknya haji hadi dah berubah jugakla skit-skit dr dulu yg sunyi sepi. harap2 haji hadi dpt buat perubahan atas dirinya yg dilihat kurang stim akhir2 ini.
Catat Ulasan