02 April 2011

3,604 Mangsa Banjir Masih Berada Di Pusat Pemindahan Di Perlis

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KANGAR: Sebanyak 3,604 mangsa banjir di Perlis masih berada di pusat-pusat pemindahan sehingga pagi ini berbanding lebih 4,000 orang malam Jumaat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata kebanyakan mangsa adalah daripada kawasan Kangar membabitkan 2,955 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Sebanyak 590 mangsa adalah daripada kawasan Arau yang ditempatkan di lima pusat pemindahan manakala di kawasan Padang Besar jumlah mangsa hanya 59 orang yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Setakat ini lebih 1,000 mangsa telah dibenarkan pulang dan hampir 20 pusat pemindahan telah ditutup.

Tiada ulasan: