2 Syawal 1432H. [MOD] -
TRIPOLI 30 Ogos - Isteri pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan tiga orang anaknya melarikan diri ke Algeria semalam, menjadi petanda jelas Gaddafi kini sudah tidak lagi berkuasa di negara ini.
Kementerian Luar Algeria dalam satu kenyataan mengesahkan isteri Gaddafi, Safia bersama dua anak lelakinya, Hannibal dan Mohamed serta anak perempuannya, Aisha memasuki negara itu.
Ia berkata, pihak berkuasa Algeria telah memaklumkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Majlis Keselamatan PBB dan ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Pembantu pemimpin NTC, Ahmed Jibril berkata, pihaknya akan menggesa pihak berkuasa Algeria menghantar pulang ahli keluarga Gaddafi untuk dibicarakan di atas pelbagai dakwaan.
‘‘Anak-anak Gaddafi memainkan peranan penting dalam tentera, kehidupan dan ekonomi Libya. Hannibal mengetuai syarikat pengangkutan maritim, Mohammed pula adalah ahli jawatankuasa kontinjen Olimpik negara manakala Aisha merupakan peguam yang membantu dalam pembelaan diktator Iraq yang digulingkan, Saddam Hussein,’’ katanya.
Jurucakap NTC, Ahmed Bani berkata, pihaknya tidak terkejut mendengar laporan Algeria menerima keluarga Gaddafi itu.
Sebelum ini, pemberontak pernah menuduh Algeria menyediakan askar upahan kepada Gaddafi sejak pemberontakan bermula enam bulan lalu.
Ahmed semalam berkata, pemberontak mungkin berjaya membunuh seorang lagi anak Gaddafi, Khamis dalam satu pertempuran dengan konvoi tentera di bandar Tarhouna pada Sabtu lalu.
‘‘Mayat dalam kereta yang musnah dalam pertempuran itu tidak dapat dikenal pasti. Tetapi kami yakin Khamis sudah mati kerana askar yang ditangkap mendakwa mereka merupakan pengawal peribadinya,’’ ujarnya.
Dalam pada itu, kedudukan Gaddafi masih belum diketahui di mana mereka yang rapat dengan pemimpin Libya itu mendakwa beliau masih berada di negara ini dan berusaha merampas kembali kuasanya.
‘‘Gaddafi masih mampu melakukan sesuatu pada saat-saat akhir,’’ kata pemimpin pemberontak, Abdul-Jalil kepada pegawai NATO di Qatar.
Di Washington, pentadbiran Presiden Barack Obama menyatakan pihaknya tidak mempunyai maklumat Gaddafi berada di luar Libya. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan