31 Ogos 2011

Anwar: Imej Najib tercalar, rakyat mahu k'jaan baru

2 Syawal 1432H. [MOD] -

Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.

"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.

“Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.

azlanIni kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.

Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.

azlan“Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?" kata Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.

libya sirte final assault rebel fighter 1“Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar lagi.

Hasil kajian Merdeka Center itu turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

NONEBagaimanapun, tidak seorangpun pemimpin Umno dan BN menerima keputusan kajian berkenaan berbanding reaksi mereka apabila badan bancian yang sama menunjukkan tahap puas hati Najib pada tahap yang tinggi satu ketika dahulu.

Malah, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menempelak kajian Merdeka Center itu dan berkata kepimpinan Najib diterima majoriti rakyat di negara ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan perdana menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti perdana menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

NONE“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.

Menurut Rais, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Najib dan kerajaan BN secara ikhlas.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

janggutsemanggol berkata...

Menteri PEMBODEK........Najib.

Qaseh Bonda berkata...

Memang pun rakyat sana sini dah kerja kuat dan dah kenalpasti bakal pemimpin wakil rakyat masing2.

Apa yang rakyat harapkan kali ini jangan ada lagi mainan politik tangan2 ajaib sepertimana yang di amalkan di masa2 lalu. Sampai masa calun harapan yang bekerja siang dan malam diketepikan hanya kononnya tidak ada popularity. Setakat popular dikalangan atasan belum tentu popular dikalangan rakyat. Jauh sekali nak membela nasib rakyat dikawsasan masing2.

Jika masih mengamalkan seolah2 pakatan rakyat khususnya PKR seperti pelanduk dua serupa dengan UMNO.