16 Februari 2009

Salahuddin tidak pertahan jawatan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan dewan tersebut Jun ini.

Salahuddin berkata, keputusan tersebut diambil berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya kesukaran menyandang jawatan itu dalam usia yang meningkat dan proses meremajakan Dewan Pemuda Pas Pusat.

''Sudah sampai masanya saya tinggalkan jawatan, usia pun dah 47 tahun, kalau dilihat parti lain pun, jawatan Ketua Pemuda dipegang oleh calon-calon berusia dalam lingkungan 30-an," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di Kediaman Menteri Besar, Sri Mentaloon di sini kelmarin.

4 ulasan:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

tahniah YB atas khidmat cemerlang sebagai Ketua Pemuda PAS selama ini. Jasa dan baktimu kami kenang sampai bila-bila.. Hanya kepada Allah kami mohon agar setiap titis keringat yang mengalir dari tubuhmu, dan setiap sela hembus nafasmu diganjari dengan pahala adanya...

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

ISLAM UNTUK SEMUA, PAS UNTUK SEMUA.

ikhlas dari,
Ketua Umum,
Pemuda PAS Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan
www.pemudakemehe1.blogspot.com
emai: pemudakemehe1@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Semoga YB akan terus meneruskan khidmat bakti utk masyarakat, negara terutama terus menjadi pimpinan PAS ...

Tanpa Nama berkata...

Salam, semoga yang patah kan tumbuh yang hilang berganti. Tahniah atas usaha serta kerja kuat Saudara YB Salahuddin selama ini.
... kalau UMNO dah lama dapat pangkt Dato ni.
he he. .. dia pun x hingin!

refah00 berkata...

Hmmm sapa bakal ganti dia ye.Nasaruddin tontowi kot.