Oleh : mohd hafez sabri
Beberapa hari sebelum ini, telah tercetus satu kontroversi tentang isu sensitiviti agama. Demostrasi itu dilakukan setelah selesai Solat Jumaat, luar kawalan pihak polis dan perkataan-perkataan pada banner yang mencurigakan. Mengulas tentang beberapa perkara yang berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memberitahu bahawa isu sensitiviti tersebut sudah pasti bukan daripada ajaran Islam.
Beliau berkata, Islam adalah agama yang menghormati agama lain. Islam berdakwah bukanlah dengan cara yang ditunjukkan oleh peserta demo tersebut. Perkara ini telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA sendiri apabila tidak mengganggu tempat ibadah orang bukan Islam, ketika mereka menguasai sesebuah negeri tersebut.
“Sesiapa yang ingin beribadah dengan agama mereka, dipersilakan. Tetapi umat Islam diharamkan murtad..” katanya.
Beliau berkata lagi, demikian tersebut adalah di dalam situasi perang. Di dalam situasi perang sekalipun, tempat ibadah bagi orang Islam tidak diganggu, apatah lagi dalam keadaan Malaysia hari ini? Terdapat seseorang yang mendakwa bahawa mereka hanya tidak mahu kuil dibina di kawasan majoriti orang Islam. Adakah alasan ini cukup kukuh untuk kita menimbulkan isu keagamaan tersebut?
Sedikit pengajaran yang ditunjukkan oleh Baginda SAW ketika Perjanjian Hudaibiah. Antaranya ialah, mereka yang ditawan oleh orang Islam perlu dikembalikan kepada keluarga mereka. Manakala mereka ditawan oleh orang musyrikin, tidak akan dikembalikan. Lalu, perkara ini dilihat sebagai satu ketidakadilan, sedangkan Baginda SAW bersetuju dengan perjanjian tersebut.
Beliau menambah lagi, di dalam hasil Perjanjian Hudaibiah tadi, orang Islam yang ditawan oleh orang musyrikin akhirnya dapat menyebarkan dakwah mereka. Ini kerana mereka benar-benar bersungguh dalam penyebaran dakwah tersebut. “Kita kena bersungguh, Ini peluang kita” Katanya.
Selain itu, beliau juga menyelar UMNO yang menjadi dalang dalam demo ini. Sekiranya masih ada yang bertanya, apakah bukti saya untuk mengatakan bahawa ia adalah tindakan UMNO? Maka saya akan katakan bahawa setiap perkara yang terjadi, pasti ada petanda. Contohnya hujan, petanda turunnya hujan ialah mendung. Tetapi kadangkala hari mendung, tetapi tidak juga hujan. Tetapi kalau bunyi hujan sudah kedengaran, adakah kita masih lagi menafikan bahawa ia bukanlah hujan?
Beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai petunjuk bahawa ia adalah tindakan UMNO ialah, perkataan “TAKE BEER” yang kononnya dikatakan sebagai Takbir. “Makna pun sudah tidak kena” Katanya. Selain itu, tindakan polis yang agak pelik. Kalau sebelum ini, setiap demo anjuran PR, pasti ada bermacam-macam halangan dan rintangan. Walaupun demo tersebut adalah secara aman dan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti.
Tetapi yang peliknya, polis boleh terlepas pandang dalam isu sensitiviti yang begitu kronik ini. Kenapakah tiada polis yang berkawal? Bukankah mereka mencetuskan isu perkauman? Soal beliau.
Saya yakin, UMNO pada mulanya ingin mencetuskan isu ini, lalu mereka akan mengkritik semula tindakan ini. Ini kerana mereka cuba menampakkan kepada umum bahawa mereka sangat sensitiviti tentang isu perkauman, dan mereka sangat membela golongan bukan Islam. Tetapi malangnya, mereka agak lemah dalam strategi, bahkan membahayakan Malaysia sendiri.
Beliau berkata, tindakan keterlaluan mereka ini hanya akan mengundang bahaya. Jangan burukkan Islam dengan gaya method UMNO. Ini kerana gaya menthod UMNO bukanlah untuk menaikkan Islam, bahkan lebih menjatuhkan. Kalau hendak bermain isu pun, berhati-hatilah, katanya.

7 ulasan:
Bukan semua strategi yang berlandaskan ajaran syaitan boleh berjaya, kadang2 strategi itu makan diri, apatah lagi bila ia diimplimantasikan atas nama Islam,. ternyata perkara itu amat jelas syrik dan bidaah. Sembelih atas nama Allah, berarak kepala seperti amalan jahiliyah...Nauzubillah...
demontrasi oleh lembu UMNO, sebab tu tiada tindakan....lembu-lembu 1 Malaysia....
Salam YB,
Mamat tu buat statement tu ada bukti ke. Kalau ada kenapa tak buat laporan Polis. Jangan buat tuduhan saja. Itu dah kira mengumpat. kalau mngumpat berdosa hukumnya. Kalau brdosa, nanti masuk neraka. Pahala orng mgmpat ni macam daun kering di makan api. Hnsur smuanya.
Jgn buat fitnah di bulan puasa ni. Org Umno yang taat tak akan buat kerja mcam tu.
Betul ke Polis tak ambil tndakan. Kan Mnteri dh bagi jaminan akan siasat. Tngulah. Jgn lah cari publisiti murahan, suka2 buat sttment.
Dibulan puasa ni kena byk buat ibadat. Pahala kan brganda. Kalau malas sgt pergi tidur kat masjid. Niat ittikaf.... free aja dapat pahala drpd buat ulsan yg tak apa2 ni.
Kena byk brdoa smoga smua org Islam brsatu smula di bwah payung Umno... kan slamat tu.
orang islam bersatu di bawah payung UMNO?
bawah payung pkr xle?
appa ra...
pikir la dulu sblom ckp..
demonstrasi orang berotak lembu ... sebab itu bawa kepala lembu...dimana pimpinan UMNO ? Kenapa tak perintahkan 'topi merah' kawal mereka bawa kepala lembu ? Malu negara, rakyat Malaysia demonstrasi bawa kepala lembu...macam demonstrasi tahun 50 an...UMNO memerintah negara 52 tahun, ...tak pandai ajar rakyatnya...pemimpin UMNO kena beri ilmu demonstrasi beradab ...demonstrasi teruskanlah...bawa mesej gaya cerdik !
Salam a'laikum Encik Dol Kakirempit, saya doakan semoga Tuan di beri hidayah oleh Allah dlm bulan ramadhan yg mulia ini utk dapat melihat kebenaran/kebathilan yg berlaku dibumi Malaysia ini.
Sepanjang saya mengikuti catatan Tuan dlam blog ini, kelihatan sepertinya hati Tuan ini telah tertutup untuk melihat/menilai sesuatu kebenaran itu sebagai kebenaran.
Kelihatannya Tuan juga ade banyak ilmu tentang tentang agama/ibadah. Bagus dan tahniah. Saya amat menyukai Tuan kerana Tuan ini adalah seorang yang berilmu.
Dalam bulan yang penuh barakah ini, cubalah Tuan mohon petunjuk dengan Allh dengan bersungguh2 agar Allah nampakkan kepada Tuan antara yang bathil dan haq. Sebagaimana saidina Umar yang mana pada suatu masa dulu menjadi Musuh Islam. Tetapi apabila sudah menerima petunjuk ALlah, Dia menjadi pejuang Islam yang sejati.
Semoga ALlah memberi petunjuk dan hidayah kepada Tuan (DOL KAKIREMPIT).... Amin....
Puak UMNO ini muga Allah beri hidayahnya,Akhlak adalah yg Allah sering nyatakan dalam Quran,paling penting yang mesti ada pada manusia muslim kalau nak masuk shurga. Daripada pemimpin dan isteri pemimpin UMNO lihatlah akhlak mereka kepada Allah dan masyarakat. Kalau dah pemimpin tak berakhlak tak hairanlah ahli-ahli dan penyokong UMNO tak berakhlak kesian deme jadi manusia tak berakhlak kononnya pembela agama tapi tempah neraka memalukan org islam di kacamata org kafir sahaja contoh org yg berakhlak di malaysia ini lihatlah Tok Guru Nik Aziz, Nizar, Hj Hadi dan lain-lain pemimpin Pas dan tak hairanlah kalau ahli-ahli pas dan penyokongnya ini banyak yang berakhlak. Sikap Akhlak org kafir yang sokong PAS lebih baik daripada yg usung kepala lembu memalukan sahaja ahli UMNO ini. Kita berharap di bulan ramadan yg mulia ini ustaz-ustaz UMNO dapatlah buat tazkirah mengenai akhlak dalam radio dan TV untuk ahli-ahli UMNO yg memalukan umat islam ini.
Catat Ulasan