11 Oktober 2021

COVID-19: Angka korban global lebih 4.85 juta

  Foto fail NSTP

Foto fail NSTP

WASHINGTON: Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.85 juta.

Berdasarkan data terkini Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 713,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 601,000 kes.

Setakat ini India pula merekodkan lebih 450,500 kes dan Mexico dengan hampir lebih 282,000 kes, manakala Russia mencatatkan lebih 212,500 kematian.

United Kingdom (UK), Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 94,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 142,600 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 39,000 diikuti Malaysia dengan lebih 27,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 17,000 angka korban.

Sementara itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 237.8 juta, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

AS kekal negara paling terjejas dengan 44.3 juta kes, diikuti India dengan lebih 33.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.5 juta kes.

UK mencatatkan lebih lapan juta kes, manakala Russia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih tujuh juta kes.

Iran merekodkan lebih 5.7 juta kes jangkitan. Argentina turut melebihi lima juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.3 juta kes dan Thailand dengan 1.7 juta kes, manakala Singapura menghampiri 127,000 kes. - AGENSI

Tiada ulasan: