LOS ANGELES: Gempa bumi dengan berkekuatan 6.2 pada skala Richter menggegarkan selatan Pulau Hawaii pada 2148 GMT dengan kedalaman kira-kira 35 kilometer (km) pada Ahad, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).
Gegaran berlaku kira-kira 27 km tenggara-Naalehu, yang terletak di kawasan paling selatan Pulau Hawaii, pulau terbesar dan mempunyai gunung berapi paling aktif, lapor Xinhua.
Beberapa gempa susulan turut dilaporkan.
“Berdasarkan semua data yang ada dari Pusat Amaran Tsunami Pasifik, tiada ancaman tsunami terhadap kepulauan Hawaii,” menurut kenyataan Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii.
Menurut kenyataan itu pihak berkuasa tempatan sedang memantau situasi dan menilai kerosakan yang mungkin berlaku.
Media tempatan melaporkan gegaran turut dirasai penduduk di Pulau Hawaii sehingga ke Kauai serta Oahu. Tiada kerosakan teruk atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.
FMT/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan