31 Mei 2014

PRK Teluk Intan Kotor kerana BN, bukan PR

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tidak berhak melabel Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai paling kotor kerana partinya sendiri mengamalkan taktik itu sepanjang kempen berjalan, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
P7

Beliau berkata, kenyataan Mah itu jelas menggambarkan bahawa beliau cuba menutup kesalahan sendiri, kerana umum mengetahui BN adalah sumber kepada kekotoran yang sedang berlaku.

Tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu, sumber kekotoran dalam PRK ini bukan Pakatan Rakyat tapi Umno BN sendiri.

“Ini dapat dilihat dalam kempen 24 jam setakat ini, di mana mereka telah mengedar pelbagai risalah fitnah penuh pembohongan di seluruh Teluk Intan,” ujarnya dipetik Roketkini.

Menurutnya, risalah itu dalam pelbagai bahasa, sebagai contoh akhbar Anson Bay yang mengeluarkan fitnah jahat terhadap DAP untuk meraih undi.

“Antara yang tertera dalam risalah itu adalah seperti jika DAP berkuasa kami kononnya akan mengusir orang Melayu, menghapuskan mata pelajaran agama Islam di sekolah dan hanya boleh dipelajari di surau ataupun masjid, menjelang 2020 agama rasmi negara adalah Kristian kerana 90 peratus kepimpinan menganut agama itu, bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua dan sistem raja akan dihapuskan,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, hari ini.

Beliau menegaskan, Mah tidak boleh lagi menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dalam taktik penipuan seperti ini.

“Persoalannya, adakah Mah bersedia bertanggungjawab dalam perkara ini? Dia mungkin boleh kata tak tahu, semuanya dia tak tahu,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: