14 Mei 2009

Nizar hadir Forum di PJ malam ini.

IPOH, 13 Mei : - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dijadualkan ke Kuala Lumpur petang ini bagi menghadiri forum di Petaling Jaya malam ini.

Menurut Setiausaha Politiknya, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Nizar akan menyertai forum itu bersama beberapa panelis lain bagi membincangkan pergolakan politik di Perak.

Sementara esok, Nizar juga akan menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut difahamkan berhubung strategi terkini selepas isu Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam YB, minta penjelasan dengan rayuan yang telah dikemukan oleh peguam Ir nizar? knp senyap sahaja? minta penjelasan YB..

botak kuala kurau berkata...

salam YB, minta penjelasan dengan rayuan yang telah dikemukan oleh peguam Ir nizar? knp senyap sahaja? minta penjelasan YB..

Tanpa Nama berkata...

salam YB,
boleh tau kat mane forum mlm ni diadakan?terima kasih

Tanpa Nama berkata...

zambry sekadar boleh tangguh je la....dia pun dengan tak tahu malu jadi mb pulak...lepas tu siap suruh adakan mesyuarat exco....lepas tu nak adakan sidang dun...lepas tu nak usulkan undi tidak percaya pd mb...padahal masa tu dia mb....nak usulkan undi tak percaya pd mb yg mana...pening2....

Unknown berkata...

Antara pemimpin Pas dan pemimpin rakyat
By webmaster • May 13th, 2009 • Category: Isi I, Mat Saman Kati

Post Meta

* May 13, 2009
* Isi I, Mat Saman Kati
* mujahid yusuf rawa, nizar
* Comments Below
* webmaster
* 404 Words

Aku orang PKR. Nombor ahli…165446.

Tahun 2004-2006..aku jadi tukang komen kat Malaysia Today. Dan menjadi orang paling kuat menghentam Pas selain daripada GAP. Dan aku berhenti jadi tukang komen kat Mtoday bila aku kena ban kali ketiga.

Ramai orang Pas marah kat aku…macam-macam gelaran yang aku dapat…macam-macam musuh yang aku dapat.

Tapi…diantara ramai musuh-musuh yang aku dapat…ada seorang musuh yang paling aku hormat..nama dia Anti-Hypocrisy. Malah aku pernah kata…kalau AH jadi Presiden Pas…aku akan sain borang masuk Pas.

Kalau aku masuk Pas..bukan pasai aku menerima Islam. Aku dah memang Islam (mudah-mudahan diterima) …dan kalau nak masuk Islam tak payah masuk Pas. Dan kalau tak masuk Pas pun Islam jugak.

Sekarang ni…ramai orang masuk Pas. Yang tak boleh masuk…jadi penyokong rasmi Pas pun tak apa. Pasai apa depa masuk dan sokong Pas?

KEPIMPINAN!!!

Yang tu saja. Mujahid boleh tulis apa saja..boleh bagi alasan apa saja mengapa orang suka kat Pas. Tetapi bagi aku, diPerak..orang suka kat Pas pasal Nizar. Mujahid boleh tulis la…pasai parti lain hau siau, pasai lompat melompat. Dulu pun Pas hau siau jugak…sampai Presiden dia masuk Umno.

Perbezaan sekarang ialah kepimpinan. Kalau Mujahid jadi Menteri Besar Perak..belum tentu Pas diterima macam sekarang. Tengok pulau Pinang sudah la. Pas Pulau Pinang macam Pas Kuala Kangsar.

Tapi di Perak…Nizar menunjukkan kepimpinan rakyat…bukan setakat pemimpin Pas. Sapa yang tak suka kat Nizar? Cuma Jamal dan Osman..dan geng-geng UBN yang tak dapat balak saja yang tak suka kat dia. Sampaikan Anwar sendiri rela menyerahkan Malaysia kat Nizar! Betui la…Malaysia ni bukan Anwar punya…tapi dari ayat tu terserlah pengiktirafan terhadap Nizar.

Aku lebih suka kalau Nizar kekal sebagai MB Perak..tapi kalau nak diangkat jadi Perdana Menteri lagi aku suka. Tak kisah la aku orang PKR ka…orang bukan Pas ka..yang penting kepimpinan.

Masa Nizar mula-mula jadi Menteri Besar dulu..aku pun kutuk Nizar kow-kow. Sebab dia berceramah macam penceramah Pas…bukan macam Menteri Besar. Tapi semasa PRK Kuala Terengganu…aku kata, Nizar sudah menjadi asset kepada Perak. Jual namanya pun boleh laku. Kalau aku nak buat duit pun senang…sebut saja aku rapat dengan Nizar..gerenti berpuluh orang minta huloq permohonan balak.

Nizar sudah jadi pemimpin rakyat Perak. Dia boleh masuk majlis DAP, majlis PKR…sapa pun tak terasa dia pemimpin Pas. Itu keistimewaan dia. Dan kalau lebih ramai pemimpin Pas jadi macam Nizar..lebih mudah Pas diterima oleh semua.

nizar1

Tapi kalau pemimpin Pas asyik bercakap tentang Pas saja…tok sah kata rakyat nak terima. Ahli Pas sendiri tolak depa. Macam yang terjadi kat Parit Buntaq. Nasib baik Mujahid tidak bertanding dalam muktamar Pas Parit Buntaq. Silap-silap…dia pun hanyut.