IPOH: Pengumuman 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam 2014 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak adalah salah satu usaha mengelirukan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (gambar) berkata, Najib cuba memberi gambaran di mata rakyat bahawasanya kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat hingga sanggup berkorban termasuklah untuk mengurangkan elaun menteri.
Menurutnya, 11 langkah penjimatan tersebut secara realitinya bukanlah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat sebaliknya tindakan untuk menutup kegagalan kerajaan memerintah negara dengan baik apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak petrol dan gula serta kenaikan tarif elektrik secara mendadak sehingga berlakunya kenaikan berantai.
Menurutnya, 11 langkah penjimatan tersebut secara realitinya bukanlah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat sebaliknya tindakan untuk menutup kegagalan kerajaan memerintah negara dengan baik apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak petrol dan gula serta kenaikan tarif elektrik secara mendadak sehingga berlakunya kenaikan berantai.
"Sebelas langkah pengurangan yang diumumkan itu tidak langsung memberikan faedah kepada rakyat, ianya juga tidak menjadi satu jawapan utama terhadap permasalahan sebenar iaitu kos kehidupan rakyat semakin meningkat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Razman menjelaskan, PAS mahu melihat kerajaan menyelesaikan perkara pokok termasuklah ketirisan dan pembaziran yang berleluasa didalam pentadbiran negara ketika ini.
Kerajaan katanya tidak ada satu usaha untuk menyelesaikan kepincangan pemerintahannya sebaliknya cuba menutup kegagalan itu dengan pengumuman yang tidak mendatangkan faedah besar.
"Kerajaan seharusnya lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah rakyat yang dihimpit dengan tekanan kehidupan seharian apabila kerajaan sewenang-wenangnya mengumumkan pelbagai kenaikan.
"Masih ramai lagi rakyat hidup dalam keadaan perdapatan minima yang sudah pasti terbeban dengan pelbagai kenaikan ketika ini," jelasnya lagi.
Namun begitu, PAS menyambut baik satu langkah murni kerajaan untuk membuat satu langkah penjimatan dalam menggunakan dana wang negara dan sepatutnya ianya diamalkan sejak dulu lagi.
"Seharusnya semua kepimpinan kerajaan turut menginsafi untuk mengamalkan penjimatan dalam kehidupan mereka dengan melihat tekanan yang dilalui oleh rakyat marhaen kini," jelas Razman.
Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan